Memaparkan catatan dengan label Pelajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelajar. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Julai 2013

TIPS MUATKAN KAIN BAJU DALAM SATU BAGASI (ATAU YANG SEWAKTU DENGANNYA)




Assalamualaikum WBT...

Hi korang semua apa khabar? Harap-harap korang semua sihat jaaaaa....HUrm...mesti ada di antara korang yang tengah baca entri aku ni mesti budak-budak lepasan STPM atau Matrikulasi yang bakal menyambung pelajaran di Universiti bulan September nantikan....maklumla...11 JULAI lalu kan keputusan UPU dah keluar... Apa macam dapat masuk Universiti mana? Dekat semenanjung....Sabah atau Sarawak????? APA!!!!! ada yang dapat sambuung dekat OVERSEA????!!! sangat mampu korang tau....Apa-apa pun tahniah la aku nak ucapkan dekat korang semua...Belajar rajin-rajin....


Okey la...itu bukan tujuan utama aku buat entri ni...ni pasal korang la yang nak pegi sambung belajar..atau nak keluar "TRAVEL" ke mana-mana tapi selalu berhadapan dengan masalah dalam memuatkan kain baju korang dalam satu bagai atau dalam satu beg kecil...Ya la kan, kita target nak muatkan semua kain baju kita dalam satu bagasi ja....tapi tak dapat sebab bagasi atau beg kita tak mampu menampung kain baju kita tu....huhuhuhuhuuhu....Masalah ni boleh diatasi dengan segera setelah korang baca entri aku ni....Ni lebih kurang Tips la macam mana nak muatkan kain baju korang tu dalam satu bagasi atau beg...

Percaya atau tidak tips ni pun aku dapat daripada kawan-kawan aku jugak....Ni aku mau kongsi dengan korang pulak....

Korang cuma perlu ikut cara dekat bawah ni tau.....

Lipat baju korang (Tapi bukan lipat baju macam korang buat macam dekaat rumah) Ni korang kena gulung baju korang tu...."Macam mana tu????!!!" Alah...ni macam buat Egg Roll leeerrrr senang ja.... Apa???!!! Tak faham????? ok la korang tengok gambar dekat bawah ni.....

1) Heheh ambik sehelai baju korang....

2) Lipat macam ni...


3) Lepas tu korang gulung macam ni...



4) Taaadddaaa....!!! ni la yang dipanggil lipatan "Egg Roll"

Baju ja????? Seluar pulak macam mana???? la...korang ikut ja cara lipatan yang sama masa korang mau lipat seluar korang tu...senang ja kan....

Lepas korang dah habis lipas kain baju tu semua, korang masuk kan la dalam bagasi....susun elok-elok....contonhnya...untuk baris pertama atau dekat dasar bagasi atau beg korang...korang letak seluar dulu...barisan kedua pula..korang letak la baju... kompom muat punya.... "Psssttt...psstttt...macam mana pulak dengan underwear????" Hahaha...itu korang selitkan la celah-celah baju korang tu....huhuhuhuhuhu...

Apa macam???? dan cuba???? Menjadi tak??? kompom menjadi...kalau tak mesti korang tak susun berul-betul....

ok la....itu ja tips yang dapat aku kongsikan dengan korang semua untuk hari ni...Adiiooossss!!!! (^_^)






Khamis, 21 Mac 2013

SEMAK KEPUTUSAN SPM






Assalamualaikum....
WOW!!!!! Hari ni keputusan SPM akan keluar...
kepada Anda yang tengah menunggu keputusan tu jangan takut atau mengelabah tau....
NAK SEMAK?! 
Hehehehe klik ja dekat bawah ni

Mau cara mudah?!!!
Guna ja perkhidmatan pesanan ringkas atau sms...
Macam mana?
Macam ni...

- Semakan SMS: Taip SPM [No KP] [angka giliran] dan hantar ke 15888

- Contoh: SPM 950909125151 BC001A040 hantar ke 15888

SENANGKAN.....SEMOGA BEROLEH KECEMERLANGAN!!!!!!

Rabu, 13 Mac 2013

SEMAK KEPUTUSAN STPM 2011/2012



Perkongsian maklumat, kepada rakan-rakan yang tak sabar mau tahu keputusan STPM yang lepas korang boleh check keputusan korang dekat bawah ni
Jangan takut....Gemuruh...InsyaAllah Allah s.w.t akan memberikan yang terbaik setimpal dengan usaha kalian semua....
Saya doakan semoga anda semua dapat keputusan yang Cemerlang!!!!!



Khamis, 13 September 2012

TINDAKAN GILA!!!



Huuuuhaaiiii semua...hari ni aku rasa lapang sikit jadi aku ambik masa yang terluang ni dengan membuat Entri aku yang bertajuk agak gila-gila sikit....kekekekke...Hari ni tak la sesibuk hari-hari yang lalu...satu kelas jerr aku kena Attend hari ni..kelas sebelah petang dibatalkan...Aku nak cerita mengenai subjek yang aku dah daftar untuk sem ni...tapi aku perincikan kepada hari Khamis punya Jadual lerrr ok.... Korang nak tau...jadual aku pada hari khamis, merupakan jadual yang betul-betul padat pernah aku lihat selama aku belajar dekat Uni aku ni....

Korang tentu nak tau kan, Apa perkaitan jadual aku dengan tajuk entri aku ni...kan...kan..kan...(Adaka yang nak baca???? ermmmm tengok jer la....) Perkaitan di antara tajuk entri aku dengan Jadual aku ni terletak pada perkataan "GILA" Korang bayangkanla...dalam masa sehari aku kena hadirkan diri dan memperuntukkan masa di dalam Kuliah dengan Tutorial....Percaya atau tidak, aku kena hadirkan diri dalam 6 buah kelas yang aku letakkan dalam jadual aku pada hari Khamis...Bermakna aku kenala bangun seawal pagi....dan pulang selewat malam....(hhahahhaha ada lagi ayat macam tu...kikkkikikikiki)

Itu pun belum ditambah lagi dengan pembentangan..perbincangan...dan yang lain-lain...Korang bayangkanla, dalam hari yang sama..aku kena buat pembentang dan hantar tugasan...kan susah aku... "Dah tau macam tu....kenapa ko sibuk nak padatkan jadual ko pada hari Khamis tu???" Ni la soalan yang sama sedang bermain di minda aku...Ni ha...sebab kalau aku letak dalam hari yang lain pulak..kang berlaku bertindihan kelas...kan susah nak betulkan semula jadual aku tu...Jadi aku sanggup ambik risiko ni...demi keselesaan aku (Chhheeeeewwww..selesa kerr....tunggu jer la...)

Okla korang semua...aku nak menghadap buku pulak ni...nak mencari bahan untuk tugasan yang bakal aku siapkan....salam.. (^^)


Rabu, 12 September 2012

ISU HANGAT UPSR!!!!



Huuuhaaiii semua...Aku lanjutkan entri aku untuk sesi petang pulak....korang dah makan ker???? Heheheh kalau aku dah tadi....kenyang sudah ni (ALHAMDULILLAH) Tadi lepas habis jak menjamah makanan tengahari aku...Aku bukak blog-blog orang lain...tup-tup aku terbaca pasal PELAJAR DILARANG MENDUDUKI UPSR korang cuba baca.....( Aku tunggu korang habis baca sambil gigit KUACI...hhehhehe)

Dah baca???? Apa macam??? apa pendapat korang.....korang rasa patut ker tindakan yang dibuat oleh pihak sekolah tu??? Kalau korang setuju bagi komen...kalau korang bantah....boleh bagi komen...kalau korang ATAS PAGAR...pun boleh komen jugak...(Heheheh..nak baca la juga pandangan korang semua ni....)

ok salam (^^)



neh...korang tengok aku ni...tengah pening nak mencari jawapan tu.....huhuhuhu...

SEGALANYA SEMPURNA...



Huuuhaaiiiiii korang semua....Pagi-pagi ni aku nak update blog....buat entri....(heheheh tajuk entri aku ni bukan main lagi....) setelah aku bercuti daripada dunia blog selama 3 hari...sekarang ni...baru aku ada peluang nak update blog ni...(Kalau ada pun entri yang aku dapat publish hari tu...aku tak rasa kepuasan sangat...sebab terlampau pendek jerrrr......hurmmm)

Mesti korang tertanya-tanyakan...mengapa aku bubuh perkataan dekat atas tu sebagai tajuk entri aku ni.....hehheehe...ni bukan apa, aku rasa selama aku dah mula masuk ke kelas....kuliah....dan sebagainya..aku rasa sangat puas hati dengan Lect. yang duk ajar aku ni...aku paling minat pasal kelas ICT FOR SOCIAL SCIENCE......"Kenapa pulak ko suka kelas tu????" Ni sebab dalam kelas tu semua pelajar akan didedahkan dengan ilmu mengenai ICT.....jadi, pelajar yang ikut kelas tu (macam aku ni ) berpeluang untuk menajamkan pemahaman serta kemahiran aku dalam dunia ICT ni.....macam dunia Blog ni....dalam kelas tu juga akan diajar serba sedikit mengenainya....dan yang paling yang aku teruja dan sukewwww sangat ni...pasal tugasan Projek  dia yang memang dah menjadi minat aku....Kami kena bina sebuah laman Web (Website) hhehehehe..jadi dengan berbekalkan pengalaman yang aku kutip daripada rakan-rakan blogger ni....macam mana nak buat website..macam mana nak dapatkan Domain...aku berasa sangat yakin yang aku boleh bagi yang terbaik dengan tugasan tu....huhuhuhuhuhuhu.... (^^)

Masa kelas dah nak berakhir petang semalam (Kelas ICT), banyakla kawan-kawan aku yang nak ambil aku untuk join kumpulan diorang....Ermmmmm entahla....mungkin diorang rasa yang aku ni ada sedikit pengetahuan dalam selok-belok nak buat website ni....Tapi setakat ni, aku tak boleh buat keputusan....sebab aku kena pilih kumpulan yang mana ahlinya terdiri daripada individu yang boleh diharap....(Sebab aku dah jerak dengan tugasan berkumpulan sem-sem yang lepas).

hehehhe....banyak pulak celoteh aku kali ni...Bah, aku berhenti dulu setakat ni..kang kalau ada masa terluang aku janji akan update entri yang lebih panasssssszzzzz dan sensasi (huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu katanyyyeeerrrrrrr) Ok la salam...Chilllll~~~


sangat gumbiraaaaa aku hari ni....(^^)



Selasa, 11 September 2012

KULIAH...TUTORIAL...ASSIGNMENT....




HUhaaaaai semua korang apa khabar?????harap korang sihat....hurmmmmm...mula dari semalam hingga hari ni... aku duk sibuk memanjang... nah....tu yang buatkan aku ni liat nak update entri ni.... 
Tapi untuk tidak mengecewakan korang semua....aku sanggup curi masa dalam kelas....kikikikiki...(padahal entahla...ada ker yang nak baca entri aku ni..... ) AKu nak khabak dengan hang semua...yang kelas aku dah bermula semalam....Pagi dengan kelas DR Tang.... petang pulak dengan DR Morsli....mlm pulak ada latihan....hurmmmmm....


Hari ni.... pagi ada kelas dengan En. Baszley....lepas tu dengan PN.Irma.... choppppppppp!!!!!! Tentu korang tak larat nak baca entri aku ni..... jadi aku bagitau separuh jerr dulu..... yang selebihnya nanti.... 
Okla korang Lect dah datang aku chaw dulu... salam.... :)

Nota kuliah pertama aku dalam sem 1
                                     

Ahad, 9 September 2012

MASA BERSANTAI SUDAH TAMAT!!!!!!!!!!

Huuuuuuhaiiii.....hari ni aku berangkat pulang ke kampus....sebab masa untuk aku bersuka ria sudah TAMAT....bermakna bermula la semula kehidupan aku sebagai pelajar yang penuh dengan cabaran...

Tapi kalau nak berjaya jugak....aku kena harungi cabaran itu...(waaaahhhhh...kata-kata semangat dipagi hari...kekeke....) okla...doakan aku agar selamat sampai.. baru aku ingat....bila bercakap pasal rintangan...rintangan pertama yang aku kena hadapi ialah berada di dalam bas selama 9 jam ...huuuuuuuuuu......tak kisahla janji aku selamat sampai.. okla aku gerak dulu.....salam.   (^_^)

Ahad, 2 September 2012

BILA LAWATAN "COUPLE" DENGAN LAPORAN




Huuuuhhaaiiii semua….Tiba-tiba bila terjaga dari tidur ni, aku terfikir pasal benda-benda yang pernah aku dengan kawan-kawan aku buat masa Sem lepas hari tu. Biasala kalau masih lagi bergelar pelajar..benda-benda macam buat Assignment, Lawatan, Presentation dan Laporan memang menjadi asset wajib kalau nak dapatkan segulung Ijazah….(hehhehehe..mula la aku dengan Falsafah sendiri…)
OKla…aku nak tunjukkan dengan korang semua Laporan yang aku dengan kawan-kawan aku telah sediakan masa sesi Lawatan dekat MUZIUM NEGERI SABAH…. “Wah!!! Cepatla…teruja aku nak dengarnya….” Korang baca ok…

LAPORAN LAWATAN KE MUZIUM NEGERI SABAH

Lawatan ke muzium ini dilakukan bagi memenuhi salah satu daripada aspek penilaian yang telah ditetapkan bagi para pelajar bagi program HA24 Sejarah yang mengikuti kursus Sejarah Sabah dan Sarawak (1841-1963).
       
Lawatan ini disertai seramai oleh pelajar tahun satu serta pelajar daripada tahun dua dan tiga. Rombongan lawatan ini diiringi dengan dua orang tutor bagi subjek Sejarah Sabah dan Sarawak. Setibanya di tempat lawatan pertama kami iaitu di Muzium Negeri, para pelajar diminta untuk berkumpul di ruang legar Muzium Negeri untuk mendengar sedikit taklimat ringkas daripada tutor yang disampaikan oleh En. Amrullah. Setelah itu, para pelajar diminta untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada lima ahli kesemuanya. Ini bertujuan bagi memudahkan para pelajar menjalankan aktiviti untuk mencari bahan untuk dimuatkan ke  dalam laporan kelak.
       
Tempat pertama yang kami lawati ialah ke kawasan Kampung Warisan. Untuk sampai ke tempat tersebut, kami terpaksa melalui sebuah jambatan gantung. Setibanya kami di Kawasan perkampungan tersebut, kami dapati terdapat beberapa pondok kecil yang dipanggil “Sulap” dengan pelbagai fungsi gunaannya. Misalnya, Sulap Tukang Besi yang berfungsi untuk menghasilkan peralatan yang diperbuat daripada besi. Menurut penerangan yang terdapat pada papan notis, kaum lelaki yang mempunyai kemahiran dalam menghasilkan parang dan pisau kecil yang menjadi alat penting dalam kehidupan mereka. Mereka membuat peralatan tersebut dengan tujuan untuk kegunaan diri sendiri, di samping itu bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat.
       
Selain itu, terdapat juga sebuah pondok kecil “Sulap” yang berfungsi sebagai tempat pemprosesan garam. Menurut keterangan daripada papan info, proses pemprosesan garam tersebut dilakukan secara berperingkat-peringkat. Peringkat pertama, mengambil punca garam seperti daripada air laut, seterusnya proses menyahkan air bagi mendapatkan butiran garam dan yang terakhir proses pengeringan garam.
       
Di kawasan perkampungan warisan tersebut juga terdapat beberapa buah rumah yang mewakili suku kaum yang terkenal di Sabah. Antaranya rumah Bisaya, rumah Cina, rumah Murut, rumah Brunei, rumah Kadazandusun. Menurut pemerhatian kami, kesemua rumah-rumah tersebut kelihatan agak unik malah yang menarik minat kami untuk meneroka bahagian dalam rumah tersebut kerana ciri binaannya yang masih kukuh walaupun telah kelihatan usang. Terdapat juga rumah yang masih menyimpan peralatan untuk kegunaan isi rumah seperti kerusi, meja, pinggan, dapur untuk memasak dan peralatan untuk bercucuk tanam.
     
Setelah selesai melawat kawasan perkampungan warisan, perjalanan lawatan kami diteruskan dengan melawat ke Muzium Negeri Sabah. Setibanya kami di hadapan pintu masuk ke Galeri Muzium, kami sekali lagi diberikan sedikit taklimat ringkas mengenai tatacara semasa berada di dalam galeri. Taklimat tersebut disampaikan oleh salah seorang kakitangan muzium yang bertugas ketika itu. Antara tatacara yang perlu kami patuhi sepanjang berada di dalam galeri tersebut, kami tidak dibenarkan mengambil gambar bahan pameran dan tidak boleh menyentuh bahan pameran yang tidak ditutupi dengan kaca.
      
Sepanjang lawatan kami di Muzium Negeri tersebut, kami tertarik dengan satu bentuk upacara tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Kadazandusun (Keningau). Upacara yang dipanggil sebagai Mensilua yang berkait rapat dengan aktiviti pemotongan kepala, justeru itu pada suatu ketika dahulu Sabah pernah diberikan gelaran ‘The Head Hunter’.
      
Selain itu, terdapat juga beberapa bentuk peralatan yang turut dipamerkan. Misalnya, Bilong yang merupakan sebuah gelang yang digunakan di pangkal lengan. Gelang tersebut diperbuat daripada sejenis kayu, yang berfungsi sebagai perhiasan diri seorang pahlawan Murut disamping berfungsi sebagai pelindung lengan. Papakol merupakan sejenis alat pelindung yang digunakan di bahagian pangkal betis. Papakol tersebut diperbuat daripada sejenis palma yang dianyam. Selain daripada perhiasan diri pahlawan Murut, Papakol ini juga dipercayai sebagai azimat yang dapat membantu apabila seseorang itu berada di dalam hutan. Peralatan yang terakhir yang turut mencuri perhatian kami ialah Mandou. Mandou merupakan sebilah pedang yang sering dikaitkan dengan kegiatan pemotongan kepala musuh dalam medan pertempuran. Perlakuan memotong kepala musuh ini adalah sebagai tanda kegagahan seseorang pahlawan.
       
Lawatan tersebut berakhir pada pukul 3.30 petang. Sebelum menaiki bas, para pelajar dikehendaki mengisi kehadiran pada borang kehadiran yang telah disediakan.

*Hehehe korang semua..gambar-gambar yang terdapat dalam entri ni adalah gambar masa kami melawat satu tempat dalam Muzium tu yang dinamakan Kampung Warisan…Gambar masa kami dalam Galeri Muzium saya tak dapat tunjukkan sebab untuk MEMELIHARA HAK WARISAN…(Takut kang kena kompaun…huhuhu)

Benda pertama yang aku tertarik ni....

Liku-like yang perlu dilalui...

jenis barangan dapur yang terdapat di dalam sebuah replika rumah Brunei

Jenis barangan dapur yang terdapat di dalam replika rumah Cina

Bertanya dengan penjaga rumah Brunei...(hehhehe..)

Bentuk pelamin Suku kaum Bajau...

sesi santai...

Wah!!! Anak siapa la ni...(kekkeke)
















Khamis, 16 Ogos 2012

YANG DAH ,TAHNIAH!!! YANG BELUM TAK NAK KA???


Aku suka sangat dengan tajuk daripada blogger yang dah lama berblog ni...bila sebut jak nama dia ni..kompom sebahagian daripada pemilik akaun laman sosial dalam Internet ni tau sangat dengan dia ni...kaki blog plak jangan cakap....dia ni kira mentorla..(^_^)

Aku sangat tertarik dengan tajuk Entri Beliau ni..."Apa tajuknya bagi tau la cepat???!!!!" Ok korang baca dekat link yang aku bagi serta tau....


Apa macam???? Korang dah baca???? Termotivasi ka???? Terutama sekali buat adik-adik yang bakal menduduki Exam besar tahun ni...macam UPSR,PMR,SPM dan STPM....kalau dah bersemangat lepas baca entri tu...Alhamdulilah....Tak da yang mustahil dalam dunia ni kalau kita nak berjaya...contonhya...Ada sebilangan Pelajar Kurang Upaya yang mampu meraih keputusan yang cemerlang....Teruskan usaha...dan banyakkan berdoa...ok (^_^) 





Selasa, 14 Ogos 2012

REALITI BUKAN SEKADAR FANTASI DUNIA PELAJAR




Bila bercakap mengenai dunia pelajar...mesti kita takkan pernah terlepas dengan perkatan Peperiksaan @ Exam...kan..kan..kan...(Korang jangan temberang dengan aku ok..sebab aku pun masih lagi bergelar pelajar....) Kalau nak diikutkan kronologi...pada permulaan penggal (Lepas cuti panjang..) Aku selalu perhatikan ramai pelajar yang bersemangat dalam minggu tu....(Jadi proaktif....kekkekkeke...) tapi itu semua tak kan kekal lama...."Apala ko ni....cakap macam tu...tak baik bikin 'down' semangat ko ni..." Ermmm...aku rasa apa yang aku cakap kan ni tak menjadi masalah asalkan pembaca entri aku ni yang masih bergelar pelajar mengambil langkah dalam mempersiapkan diri untuk sentiasa bersemangat....dari permulaan penggal persekolahan sehingga penggal akhir...(Aduuuuiiiii....nak main cabar mencabar plak aku ni....hihihi...)

Ok sambung balik....memang benar terutama sekali buat pelajar baru yang masuk ke tingkatan 1...ataupun yang dapat masuk IPT...kalau dalam IPT pelajar mesti akan mengalami Fenomena demam Assignment...betulkan??? (Korang jawab) Dari pengalaman aku sendiri, masa aku bergelar mahasiswa di salah sebuah IPTA ni...di minggu pertama kuliah memang aku bersemangat haabis Babe!!!! Setiap pagi bangun awal...Pergi ke kuliah atau kelas tutorial dengan muka bersemangat dan berseri-seri di tambah dengan senyuman ynag cukup manis...."Manis???? ko makan gula lebih kot????" Alahaiiiiii.....korang takkan tak tau kemanisan dalam senyuman....kalau betul korang tak tau ni hah....dengar lagu ni....


Apa macam???? korang dah tau kemanisan senyuman???? (Harap korang terlebih faham ok....) Sambung balik bebelan aku ni...Lepas tu...bila Pensyarah beri assignment yang pertama....bersemangat nak buatnya...sehingga tak mau balik asrama atau rumah sebab nak cari bahan dekat perpustakaan....(Untuk assignment pertama...assignment yang lain..tunggu...) Dalam kelas pulak, kita sibuk nak tunjukkan yang diri kita ni yang terhebat...."Macam mana tu????" Ermmmmm....macam ni, masa Pensyarah tengah bercakap dihadapan....kita seringkali menggangu syarahan dia dengan mengangkat tangan untuk bertanyakan soalan...."Memang la kena buat macam tu....kalau mau faham....."Yala betul apa yang korang cakap tu....tapi kalau saja nak angkat-angkat tangan nak tarik perhatian Pensyarah atau pelajar-pelajar dalam dewan tu...nak tunjukkan yang korang tu budak yang suka bertanya Baik lupakan.....Sebab bukan semua pelajar atau Pensyarah yang suka dengan perangai kamu tu...(Tapi kalau nak bertanya jugak...kenala tunggu sampai kuliah tu habis...pergi berjumpa dengan pensyarah tu sendiri...atau kalau nak lebih faham....masa dalam kelas tutorial fokus dengan pembentangan tutorial yang dilakukan...senangkan????)

Namun...(mood lemau sikit....hihihhi) bila masuk minggu ketiga...keempat....mula dah ada pelajar yang semangat diorang down....sampai ada yang selalu skip kuliah atau tutorial....(Ni siap mintak bantu kawan-kawan tolong tandatangankan kehadiran......(ishhh.issshhh....tak baik...tak baik...) Semangat untuk siapkan assignment pun dah berkurang..."Sebab kenapa plak??????!!!!" Hah ni pasal selepas satu assignment yang diberikan...selang beberapa hari lepas tu ada lagi assigment lain yang datang carik Pelajar...esok dapat assignment baru....malam ni dapat adik assignment baru.....Nah! tak ka rasa tertekan....(Cuba korang cakap????!!!) Sebab tula..ada yang tak lalu nak siapkan assignment yang berlambak tu...kesudahannya...assignment dilonggokkan...sehingga menjadi bukit....Jadinya masa tarikh deadline nak hantar assignment tu dah dekat baru la sibuk nak siapkan aasignment yang tertunggak tu...(Ni yang menyebabkan para pelajar membuat assignmet tanpa adanya kualiti....)

Tapi semangat tu datang balik......."Semangat apa tu??? semangat hantu????!!" Tak la...ni semangat nak belajar...Bila dan nak dekat final Exam....kan..kan...kan.....(Korang jangan nak tipu cakap "takla.....") Ni sampai sanggup bersengkang mata sampai tak tidur malam....sebab nak buat ulangkaji...(Cubala korang buat  ulangkaji dari minggu pertama kuliah hari tu..kan senang...tak payah dok hadap buku...dengan nota yang tebal-tebal tu.....)

Hurrmmmm....begitulah sedikit sebanyak mengenai dunia pelajar yang aku pernah lalui.....di sini aku hanya ingin berpesan kepada korang semua begitu jugak untuk diri aku...Aku harapla lepas korang baca entri aku ni...kita sama-sama mengubah diri untuk menjadi lebih baik...boleh kan????? Tentunya boleh...ok..salam..(^_^)

Rabu, 8 Ogos 2012

TAK BOLEH 'IN' LA (suatu ketika dahulu...)

haha...bila aku tengah belek-belek sebuaah majalah ni...aku terbaca tentang seorang budak ni yang tengah nak duduk peperiksaan besar tahun ni...SPM. Apalagi terus aku ter'flashback' tentang diri aku masa di Tingkatan 5 hari tu. Sebenarnya tekanan perasaan mula melanda diriku masa dari tongkatan 4 lagi, maklumlah aku kena duduk peperiksaan terbesar dalam hidup aku.



           Masa dalam tingkatan 4, aku ni seorang budak yang kira banyak cakap daripada belajarnya....betul...kelas aku masa tu 4 Agathis. Akula penyebar gossip sensasi dalam kelas aku...tapi aku tidak bergerak secara bersendirian, tapi dibantu dengan rakan karib aku masa tu (kawan-kawan aku yang lain taula siapa kawan sekutu aku tu). Bercakap saja pasal SPM mesti korang semua ada subjek yang korang cakap tak boleh bawak kan kan kan...(TAK BOLEH "IN" LA.....sinonim dengan tajuk aku kali ni). Bagi aku sendiri aku memang tak boleh In dengan satu subjek ni....serius...memang tak boleh. Tiap kali aku dapat rekod kemajuan aku mesti Subjek ni kena tanda guna pen Merah (tak suka nyaaaaaaaaa). Aku  rasala kan masa tu hampir separuh daripada Pelajar yang ada dalam kelas aku tu memang tak leh bawa subjek ni...tapi ada la jugak yang jaguh dalam subjek tu....nak tau??? Ni la kawan segossip aku tu...hahaha....Dia tu memang serasila dengaan subjek tu....Aku pun secara jujurnya memang jelezzz dengan dia ni.....(walaupun best Fren katannnnyyyeeerrrr). Tapi dia ni tak ambik kesah pun kalau kena kata dengan kawan-kawan lain masa dalam kelas masa tu...tapi makin rajin dia bagi tunjuk ajar dengan kawan-kawan yang lain termasuk aku. 


                       Tingkatan 5 pula, subjek yang sama terus menhimpit diriku untuk meraih keyakinan sebelum duduk SPM nanti......(feeling drama dulu...hukhukhuk....) Pernah sekali tu, kami sekelas kena test oleh guru subjek tu (Kata orang ujian bulanan) aku yang tengah Blurrrrr ni dengan yakinnya menyakinkan diri untuk menjawab semua soalan tu....neh....masa kertas ujian tu dikembalikan.....huhuhuhu....Tahniah buat aku..dapat bawak balik telur Busuk sebijik ( dapat 0 dahhhhhh.....malunnnyeerrrrrrr) Aku risau ni...bukan pa...ni SPM dah dekat tapi subjek tu aku belum MASTER lagi.....dup dap dup dap jantung aku masa tu....Sampaila cikgu aku yang ajar subjek tu beri penekanan terhadap pelajar-pelajar yang lemah dalam subjek tu (termasuk jugak aku ni hah). Setelah lebih sebulan aku dengan kawan-kawan yang lain kena train oleh Cikgu tu...alhamdulillah...buat pertama kalinya aku boleh tersenyum lebar menerima Rekod kemajuan dengan semua gred aku ditulis dengan pen biru.....(plus masa peperiksaan percubaan terakhir lagi tu....) Aku melompat-lompat bagai nak rak masa tu...huhuhuhu....



                        Sampai masa duduk SPM hari tu....aku dapat jawab semua subjek yang aku ambik dengan jayanya....(wah YAKIN sakan aku masa tu......) Alhamdulillah.....masa keputusan SPM diumumkan....aku dapat keputusan yang agak-agak cemerlang la jugak...semua kredit...tak da yang sangkooooot.....Alhamdulillah.....



Pesanan dekat sini, kepada adik-adik (adik ker......hahhaha) yang duduk SPM tahun ni....jangan beri banyak alasan kalau mau berjaya.....jangan cakap "Alah, aku Tak "IN"la dengan subjek tu....subjek ni......" jangan cakap macam tu....kalau tau tak In dengan Subjek tu subjek ni.....carilah jalan yang terbaik untuk atasi kelemahan kita tu....lepas tu banyakkan berdoa kalau dah berusaha....sebab semua ni akan di tentukan oleh Pencipta kita....ok GOOD LUCK!!! (^_^)


Layan lagu ni....(DATANG MAI SEMANGAT.....MAI DATANG....)

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram