Ahad, 2 September 2012

MY FIRST ART



Huuuuhaaiiii....Fuh aku ambik masa lebih kurang 2 jam untuk siapkan Art aku ni...bukan senang susah ooooooWWWWW.....nampak macam tak seberapa clearkan???? Takpa la...ni masih dalam proses memperbaiki kemahiran ni...korang komen sikit...(^^)

Janji warna tema Purple tetap ada....hehehhe...

BILA LAWATAN "COUPLE" DENGAN LAPORAN




Huuuuhhaaiiii semua….Tiba-tiba bila terjaga dari tidur ni, aku terfikir pasal benda-benda yang pernah aku dengan kawan-kawan aku buat masa Sem lepas hari tu. Biasala kalau masih lagi bergelar pelajar..benda-benda macam buat Assignment, Lawatan, Presentation dan Laporan memang menjadi asset wajib kalau nak dapatkan segulung Ijazah….(hehhehehe..mula la aku dengan Falsafah sendiri…)
OKla…aku nak tunjukkan dengan korang semua Laporan yang aku dengan kawan-kawan aku telah sediakan masa sesi Lawatan dekat MUZIUM NEGERI SABAH…. “Wah!!! Cepatla…teruja aku nak dengarnya….” Korang baca ok…

LAPORAN LAWATAN KE MUZIUM NEGERI SABAH

Lawatan ke muzium ini dilakukan bagi memenuhi salah satu daripada aspek penilaian yang telah ditetapkan bagi para pelajar bagi program HA24 Sejarah yang mengikuti kursus Sejarah Sabah dan Sarawak (1841-1963).
       
Lawatan ini disertai seramai oleh pelajar tahun satu serta pelajar daripada tahun dua dan tiga. Rombongan lawatan ini diiringi dengan dua orang tutor bagi subjek Sejarah Sabah dan Sarawak. Setibanya di tempat lawatan pertama kami iaitu di Muzium Negeri, para pelajar diminta untuk berkumpul di ruang legar Muzium Negeri untuk mendengar sedikit taklimat ringkas daripada tutor yang disampaikan oleh En. Amrullah. Setelah itu, para pelajar diminta untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada lima ahli kesemuanya. Ini bertujuan bagi memudahkan para pelajar menjalankan aktiviti untuk mencari bahan untuk dimuatkan ke  dalam laporan kelak.
       
Tempat pertama yang kami lawati ialah ke kawasan Kampung Warisan. Untuk sampai ke tempat tersebut, kami terpaksa melalui sebuah jambatan gantung. Setibanya kami di Kawasan perkampungan tersebut, kami dapati terdapat beberapa pondok kecil yang dipanggil “Sulap” dengan pelbagai fungsi gunaannya. Misalnya, Sulap Tukang Besi yang berfungsi untuk menghasilkan peralatan yang diperbuat daripada besi. Menurut penerangan yang terdapat pada papan notis, kaum lelaki yang mempunyai kemahiran dalam menghasilkan parang dan pisau kecil yang menjadi alat penting dalam kehidupan mereka. Mereka membuat peralatan tersebut dengan tujuan untuk kegunaan diri sendiri, di samping itu bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat.
       
Selain itu, terdapat juga sebuah pondok kecil “Sulap” yang berfungsi sebagai tempat pemprosesan garam. Menurut keterangan daripada papan info, proses pemprosesan garam tersebut dilakukan secara berperingkat-peringkat. Peringkat pertama, mengambil punca garam seperti daripada air laut, seterusnya proses menyahkan air bagi mendapatkan butiran garam dan yang terakhir proses pengeringan garam.
       
Di kawasan perkampungan warisan tersebut juga terdapat beberapa buah rumah yang mewakili suku kaum yang terkenal di Sabah. Antaranya rumah Bisaya, rumah Cina, rumah Murut, rumah Brunei, rumah Kadazandusun. Menurut pemerhatian kami, kesemua rumah-rumah tersebut kelihatan agak unik malah yang menarik minat kami untuk meneroka bahagian dalam rumah tersebut kerana ciri binaannya yang masih kukuh walaupun telah kelihatan usang. Terdapat juga rumah yang masih menyimpan peralatan untuk kegunaan isi rumah seperti kerusi, meja, pinggan, dapur untuk memasak dan peralatan untuk bercucuk tanam.
     
Setelah selesai melawat kawasan perkampungan warisan, perjalanan lawatan kami diteruskan dengan melawat ke Muzium Negeri Sabah. Setibanya kami di hadapan pintu masuk ke Galeri Muzium, kami sekali lagi diberikan sedikit taklimat ringkas mengenai tatacara semasa berada di dalam galeri. Taklimat tersebut disampaikan oleh salah seorang kakitangan muzium yang bertugas ketika itu. Antara tatacara yang perlu kami patuhi sepanjang berada di dalam galeri tersebut, kami tidak dibenarkan mengambil gambar bahan pameran dan tidak boleh menyentuh bahan pameran yang tidak ditutupi dengan kaca.
      
Sepanjang lawatan kami di Muzium Negeri tersebut, kami tertarik dengan satu bentuk upacara tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Kadazandusun (Keningau). Upacara yang dipanggil sebagai Mensilua yang berkait rapat dengan aktiviti pemotongan kepala, justeru itu pada suatu ketika dahulu Sabah pernah diberikan gelaran ‘The Head Hunter’.
      
Selain itu, terdapat juga beberapa bentuk peralatan yang turut dipamerkan. Misalnya, Bilong yang merupakan sebuah gelang yang digunakan di pangkal lengan. Gelang tersebut diperbuat daripada sejenis kayu, yang berfungsi sebagai perhiasan diri seorang pahlawan Murut disamping berfungsi sebagai pelindung lengan. Papakol merupakan sejenis alat pelindung yang digunakan di bahagian pangkal betis. Papakol tersebut diperbuat daripada sejenis palma yang dianyam. Selain daripada perhiasan diri pahlawan Murut, Papakol ini juga dipercayai sebagai azimat yang dapat membantu apabila seseorang itu berada di dalam hutan. Peralatan yang terakhir yang turut mencuri perhatian kami ialah Mandou. Mandou merupakan sebilah pedang yang sering dikaitkan dengan kegiatan pemotongan kepala musuh dalam medan pertempuran. Perlakuan memotong kepala musuh ini adalah sebagai tanda kegagahan seseorang pahlawan.
       
Lawatan tersebut berakhir pada pukul 3.30 petang. Sebelum menaiki bas, para pelajar dikehendaki mengisi kehadiran pada borang kehadiran yang telah disediakan.

*Hehehe korang semua..gambar-gambar yang terdapat dalam entri ni adalah gambar masa kami melawat satu tempat dalam Muzium tu yang dinamakan Kampung Warisan…Gambar masa kami dalam Galeri Muzium saya tak dapat tunjukkan sebab untuk MEMELIHARA HAK WARISAN…(Takut kang kena kompaun…huhuhu)

Benda pertama yang aku tertarik ni....

Liku-like yang perlu dilalui...

jenis barangan dapur yang terdapat di dalam sebuah replika rumah Brunei

Jenis barangan dapur yang terdapat di dalam replika rumah Cina

Bertanya dengan penjaga rumah Brunei...(hehhehe..)

Bentuk pelamin Suku kaum Bajau...

sesi santai...

Wah!!! Anak siapa la ni...(kekkeke)
















LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram

::ARTIKEL MENARIK::