Khamis, 11 Oktober 2012

PEMBENTANGAN...MEMBACA...BERCERITA...

Huuuhhaaiiiii semua....Apa khabar? Sihat? Harap la korang semua sihat hendaknya...Fuh dah lama jugak aku tak buat entri dekat blog aku ni...dah naik suram aku tengok...okla, kali ni aku nak kongsi dengan korang semua tentang pendapat dan juga pandangan aku dalam mengkelasifikasikan individu yang dipanggil MEMBENTANG, MEMBACA, DAN BERCERITA...Aku yakin sangat, bila kita berada dalam dunia akademik, kita tidak akan terlepas dengan tugasan sama ada secara bertulis mahupun secara lisan. Fokus kepada entri ini ialah kepada tugasan secara LISAN.

Bila bercakap mengenai LISAN sudah tentu kita akan terbayang tentang percakapan bukan? Jadi, untuk dipendekkan cerita, tugasan secara LISAN ini ialah satu bentuk tugasan yang memerlukan diri kita untuk bercakap atau senang kata, tugasan pembentang. Bila kita ditugaskan untuk membentang sesuatu tugasan yang diberikan, sudah tentu kita merasa gugup dan takut untuk berdiri dan bercakap di hadapan orang ramai bukan? Aku juga pernah menghadapi perkara yang sama...dan alhamdulillah aku dapat mengatasi perasaan gugup tersebut dengan baik.

Semasa sesi pembentangan, kita diminta membentang sesuatu tugasan yang telah diberikan, namun amat mendukacitakan bila sesi pembentangan...individu yang membentang tersebut tidak melaksanakan tugasnya dengan baik. Dalam  konteks ini, ada segelintir individu semasa membentang tidak menunjukkan ciri-ciri yang dia sedang membentang. Sebaliknya, hanya membaca...(Ingat apa??? Sesi membaca berita ka????) Sekiranya ada membuat perkara sedemikian, saya nasihatkan di sini agar anda mengubah tindakan anda tersebut. Bukan apa, tindakan anda itu hanya akan membuatkan para pendengar cepat bosan sehinggakan ada yang tidak dapat menumpukan kepada pembacaan anda...Akhirnya, sesi pembentangan anda menjadi melankolik, suram dan muram tidak bermaya....Sekaligus akan menjejaskan markah penilaian pembantangan anda.

Lantas, bagaimanakah cara untuk menjadi seorang pembantang yang baik? Apabila bercakap mengenai pembantang yang baik, ini bermakna semasa sesi pembentangan "Si Pembentang" mampu bercakap tanpa melihat skrip mahupun "Handout" yang diedarkan kepada pembaca... Malah, "Si Pembentang" mampu menangkap jiwa pendengar untuk mendengar pembantangan yang sedang dilakukan... Bagaimana? Dengan menggunakan bahasa yang dekat dengan pendengar serta menggunakan "Bahasa Tubuh" yang baik serta intonasi suara yang bersesuaian. Malah pembentang yang baik juga, ialah individu yang bijak untuk bermain dengan isu-isu semasa dan mampu menjawab serta memenuhi kehendak soalan yang dikemukan oleh pendengar semasa sesi soal jawab bergantung kepada tajuk yang dibentangkan.

Bagaimana pula dengan Bercerita? Adakah dengan menggunakan kaedah bercerita itu relevan semasa sesi pembentangan? Bagi saya amat bagus dan sangat relevan! Ini kerana, dengan cara itu pendengar akan lebih memahami sesuatu tajuk yang sedang dibentangkan. Namun ditekankan di sini, bercerita hanya merujuk kepada apa sahaja yang berkaitan dengan apa yang hendak disampaikan dan bukannya melalut tak tentu hala.

Amat jelas bukan untuk menjadi seorang pembentang yang baik...Anda hanya perlu yakin dengan setiap perincian kata semasa sesi pembentangan. Perkara ini dapat membantu anda dan para pendengar untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan disamping membentuk kemahiran Insaniah yang unggul. Sekiranya anda berhadapan dengan kekeliruan atau kekaburan terhadap sesuatu perkara semasa sesi pembentangan...Jangan risau, kerana anda boleh menanyakan pendapat atau pandangan daripada para pendengar terhadap masalah anda tersebut semasa sesi soal jawab. Justeru, akan wujud interaksi dua hala di antara pembentang dengan pendengar yang mana, situasi tersebut mampu menghidupkan lagi suasana semasa sesi pembentangan.

Selamat Mencuba!






Rabu, 10 Oktober 2012

AKU DIZALIMI (-_-)



Amat benar kata mak aku...bila kita berjauhan daripada keluarga tercinta, baru kita akan menghargai mereka sewaktu masih masih di sisi mereka... Jauh daripada keluarga telah mengajar aku agar tabah mengharungi cabaran tanpa mengenal erti putus asa...Bermulanya semester baru, makin banyak cabaran yang aku kena lalui...berhadapan dengan situasi baru...atmosfera baru...rakan baru...tugasan baru dan juga musuh baru...

Sinonim dengan tajuk entri aku kali ni, aku terasa amat dizalimi oleh individu-individu yang hanya ingin mengeksploitasi diriku yang kerdil serta cetek ilmunya ini....Terasa amat terbeban dengan tanggungjawab yang terpaksa kau tanggung sendiri...Bila aku sibuk bersengkang mata, mencari idea, menyiapkan tugasan berkumpulan....Mereka sibuk bersuka-ria...menginjak-injak diriku di atas kegembiraan mereka....Lantaran aku terpaksa mengusung bebanan tanpa dibantu...Tidak kurang juga buat mereka, yang telah banyak menabur janji-janji manis...semata-mata ingin menyenangkan hatiku...bila aku dirundum kegelisahan...kerumitan....Namun diakhir permainan mereka itu, hanya akan meninggalkan luka yang teramat perit...Setiap pengorbananku, hanya mampu meraih pujian enteng...hanya mampu dibalas dengan senyuman sinis...hanya mampu ku raih dengan tangis....tangis kecewa dengan sikap mereka....

Amat benar, untuk menampakkan bahawa diri ini tidak lemah...terpaksa ku mereka muka gembira....menyorok duka...menghapus gelisah...menyimpan seribu rasa kecewa...disebalik senyum dan wajah ceria...Teman terdahulu sudah berpaling..tak ingin lagi bersamaku untuk menyelami keperitan ini...Teman baru pula...terlihat bagaikan dibebani dengan derita ini...Sudah cukup! Aku tidak sanggup menjadi diriku di tika ini...Tidak sama sekali menggambarkan diriku yang sebenar...

Betapaku berharap agar semua masalah ini lekas sirna dari hidupku...Aku ingin kembali seperti yang dulu...bisa hidup dengan tenang...bisa berfikir dengan waras..bisa bergerak bebas...tanpa dibatasi dengan duka...tangis...dan suram...




Sabtu, 22 September 2012

PRODUK BAEEKKKKK PUNYYYERRRRR!!!!



Huhaaaiiiiii SELAMAT PAGI SEMUA!!!!!!!!!!!! Harap korang sihat lerrrr...Aku nak kongsi la dengan korang semua ni mengenai produk ni....Yang aku baru guna, tapi amat berkesan....walaupun harganya agak mahal tapi yang penting keberkesanannya amat menakjubkan....Produk ni berfungsi untuk menyahkan atau membuangkan  "TOXIC" dari dalam badan. "Apala kesannya?????" Kesannya, korang akan selalu rasa nak buang air besar....kalau korang malar ke bilik termenung a.k.a Tandas, itu bermakna proses menyahkan "TOXIC" sudah berlaku.....Plus, korang tak perlu mengeran nak keluarkan "BONGKAH EMAS" korang...Sebab "Benda tu" akan keluar dengan sendirinya....Lancar gittteewwwww.....

"Jadi apa kebaikannya????" Huhuhuhuhu..banyak manfaat yang boleh diperoleh setelah menggunakan produk tu.....antaranya :

  1. Memperbaiki tahap produktiviti.
  2. Meningkatkan stamina.
  3. Muka berseri (Kalau yang ada masalah jerawat pun amat digalakkan guna produk ni)
  4. Melancarkan sistem perkumuhan.
  5. Memperkuatkan sistem Imun.
  6. Berat badan Ideal.
  7. Mengempiskan perut.
  8. Menyeimbangkan Hormon.
  9. 5 deria manusia berfungsi dengan baik.
  10. Risiko untuk mendapat penyakit Kronik adalah kecil.
Hehehhehehhe...banyakkan manfaat daripada produk tu....huhuhuhuhu...Aku berani jamin Produk ni amat berkualiti....Nak tau kerana apa? Ni sebab, produk ni tidak menggunakan sebarang bentuk bahan kimia ianya 100% bahan semulajadi....."Contonhya?" Produk ni diperbuat daripada serbuk Lemon, serat gandum, Serat Oat, Aloe Vera, serbuk epal, Hawthronberry dan Psylium Husk....bermakna produk ni "NO ADDITIVES, NO COLOURING, NO SWEETENER and NO PRESERVATIVES"

"Halal kerrrr????" Yup...produk ni halal dan mendapat sijil halal daripada "Halal Food Council, Malaysia and Asia Region" Nak tau produk tu macam mana??? Bentuk dia....warna dia...Harga dia....hehheehhee... tunggu...(^_^)




Rabu, 19 September 2012

KEMBAR VS KLON



huuuuhhaaiiiiii semua..apa khabar???? sihat???? Harap sihat lerrr ok.....kali ni aku nak tulis pasal kembar dengan klon pulak....Mesti korang pernah dengarkan pasal dalam dunia ni...kita ada 7 kembar...maksdunya...muka kita hampir sama atau ada iras-iras.....hehehhe...Hah!!!! Ni aku nak bagitaula....sepanjang hidup aku ni, aku baru jumpa seorang jerrr manusia yang muka dia tu sama dengan aku...n bukan kembar ok....ni junior aku masa dekat sekolah lama dulu.....

Tapi petang tadi, masa aku dengan kawan-kawan aku lepak dekat perpustakaan Universiti aku ni, adala sorang kawan aku ni ternampak seorang budak ni (Junior) muka dia sebijik macam aku....Terkejut beruk aku bila kawan aku bagitau aku pasal benda tu....Yerrrlllaaa.....masa mula-mula kuliah hari tu pun, ada jugak sorang member ni tanya dengan aku "Atan...ko ada adikka????" aku jawapla takda...Terus member aku tu cakap "Bukan apa....hari tu aku ternampak Junior baru ni...muka dia sama macam ko bah.....tu yang saya mau tanya ni..."

Maka, aku dah buat keputusan nak cari tau siapa budak yang diorang selalu cakap tu....kalau aku jumpa...aku nak snap gambar....then upload dalam Blog ni....nak korang semua nilaikan sendiri....sama kerr atau tak...Apa macam????? Boleh???? ok...

siapakah dia?????? masih dalam pencarian...


Isnin, 17 September 2012

LIRIK LAGU : FANTASIA (AISHA BRTM 2012)



TERPAKU...
SANG SURIA...
MELIHAT AWAN BERCERITA...
TERBUKA SATU RAHSIA...
MISTERI HIDUP TELAH SIRNA...

LARILAH KITA MENGEJAR KEJORA...
MEMETIK KASIH DI RIMBUN ASMARA...

DAN...
SETIANYA KU MENUNGGU DIA DATANG...
DAN..
SETIANYA KU MENANTI CINTA PULA....
DI MANAKAH KASIH...
OH DI MANAKAH???
TERSEMBUNYINYA ERTI RINDU...
ERTI CINTA...

MUNGKINKAH...
KU BERMIMPI...
DI TABIR MALAM BERILUSI...
BAYANGMU...
MASIHKU CARI...
KELIRU AKU BERFANTASI...

LARILAH KITA MENGEJAR KEJORA...
MEMETIK KASIH DI RIMBUN ASMARA...

DAN...
SETIANYA KU MENUNGGU DIA DATANG...
DAN..
SETIANYA KU MENANTI CINTA PULA....
DI MANAKAH KASIH...
OH DI MANAKAH???
TERSEMBUNYINYA ERTI RINDU...
ERTI CINTA...

BIARLAH...
SERIBU TAHUN LAGI...
KU MENANTIKAN MU...
HANYALAH KAU YANG MAMPU...
MENAWANI JIWAKU...
UNTUK KITA HIDUP..
BERSAMA...

HUUUOOO...HUUUU...
DI MANAKAH KASIH 
OH DI MANAKAH??
TERSEMBUNYINYA ERTI RINDU...ERTI CINTA...
ERTI CINTA...
KAN SETIA KU TUNGGU DIA DATANG...
DAN SETIA...
DAN SETIA MENANTI CINTA PULA...
DI MANAKAH KASIH???
OH DI MANAKAH???
TERSEMBUNYINYA ERTI RINDU...ERTI CINTA...

DALAM RINDU FANTASIA...




Aku minat gila dengan lagu ni...huhuhuhu enjoy ok...(^^)




Sabtu, 15 September 2012

BENAR-BENAR DIUJI




termenung ku sendiri...
Huuuuhaaiiii semua...rasanya aku ni macam dah tak konsisten nak update entri kan....Korang perasan kerrr??? Hurmmm...Ni pasal aku dah tak ada masa lapang yang banyak untuk aku "Lepaking" dalam Blog lerrr...Kalau ada pun...mesti ada jerr kawan-kawan aku yang ajak aku buat itula...inila...huhuhuhu...Okla aku nak fokus kepada tajuk entri aku ni..."Betul tu....kenapa tajuk entri ko macam tu??" Ni ha...dah dekat dua seminggu aku dekat kampus ni...kesabaran aku terus diuji...begitu banyak masalah yang terpaksa aku hadapi...bermula daripada penempatan kolej kediaman...dan juga jam kredit aku yang betul-betul banyak....

Baikla aku mula dengan masalah penempatan aku a.k.a asrama... Terkejut aku bila mana keputusan permohonan untuk tinggal di kolej kediaman aku ditolak hari tu (Masa bulan ramadhan...) Aku terus jadi bingung mencari jawapan mengapa aku tidak mendapat penempatan asrama....Rasa macam tidak adil...Sebab aku ni nak kata tak aktif tak jugak..sebab aku selalu wakilkan kolej kediaman aku dan Universiti aku dalam pelbagai aktiviti....malah bukan setakat peringat kebangsaan sahaja...malah pada peringkat Antarabangsa juga....Lepas tu, aku tak la berdiam diri....aku terus buat surat rayuan (Siap hantar guna   Pos Laju tu) Tapi setelah agak lama aku menanti...tapi jawapan yang aku nantikan itu tak jugak kunjung tiba....Malah amat menyakitkan hati aku...bila mendapat tahu ada segelintir pelajar yang membuat rayuan macam yang aku buat tu dah dapat jawapan...dan diorang sekarang ni dah dapat bilik...Malah ada yang dapat tu bukannya pelajar yang aktif pun...Memang tidak adil bukan...????!!!

Sekarang pulak dengan jumlah Jam kredit aku yang banyak.....huhuhuhu...Rasa macam tak larat pulak...ni bukan apa....kebanyakan kelas dan kuliah aku bermula seawal pagi...dan berakhir selewat malam..korang dah baca entri aku ni TINDAKAN GILA!!! Kalau yang dah baca tu...tentu korang rasa padat sangatkan jadual aku untuk sem ni....huhuhuhu...Hanya mampu tersenyum layu....mengharungi dugaan sebagai pelajar ni...Sabar jerr la....

Seterusnya...kesabaran aku juga turut teruji bila terdapat  segelintir pelajar Junior yang berkelakuan kurang ajar....aku rasa bukan aku sahaja yang mengalami perkara yang sama...mesti korang yang sedang membaca entri aku ni pun pernah melaluinya bukan??? Misalnya, Junior yang memperlekehkan arahan kita walaupun arahan yang kita berikan tu amat bertepatan...Bukannya nak menunjuk hero....Macam kalau aku Senior jadi Junior kena hormatkan aku....Tak la sampai begitu sekali....hurrrmmmmmm...... (-_-)~~~

Minggu pertama di semester baru sudah aku lalui dengan penuh kesabaran...walaupun terkadang kesabaran aku itu diuji...Aku berharap sangat agar minggu hadapan...masih lagi mampu mengharungi kehidupan aku sebagai seorang pelajar....Wish me luck!!!!!!


Khamis, 13 September 2012

TINDAKAN GILA!!!



Huuuuhaaiiii semua...hari ni aku rasa lapang sikit jadi aku ambik masa yang terluang ni dengan membuat Entri aku yang bertajuk agak gila-gila sikit....kekekekke...Hari ni tak la sesibuk hari-hari yang lalu...satu kelas jerr aku kena Attend hari ni..kelas sebelah petang dibatalkan...Aku nak cerita mengenai subjek yang aku dah daftar untuk sem ni...tapi aku perincikan kepada hari Khamis punya Jadual lerrr ok.... Korang nak tau...jadual aku pada hari khamis, merupakan jadual yang betul-betul padat pernah aku lihat selama aku belajar dekat Uni aku ni....

Korang tentu nak tau kan, Apa perkaitan jadual aku dengan tajuk entri aku ni...kan...kan..kan...(Adaka yang nak baca???? ermmmm tengok jer la....) Perkaitan di antara tajuk entri aku dengan Jadual aku ni terletak pada perkataan "GILA" Korang bayangkanla...dalam masa sehari aku kena hadirkan diri dan memperuntukkan masa di dalam Kuliah dengan Tutorial....Percaya atau tidak, aku kena hadirkan diri dalam 6 buah kelas yang aku letakkan dalam jadual aku pada hari Khamis...Bermakna aku kenala bangun seawal pagi....dan pulang selewat malam....(hhahahhaha ada lagi ayat macam tu...kikkkikikikiki)

Itu pun belum ditambah lagi dengan pembentangan..perbincangan...dan yang lain-lain...Korang bayangkanla, dalam hari yang sama..aku kena buat pembentang dan hantar tugasan...kan susah aku... "Dah tau macam tu....kenapa ko sibuk nak padatkan jadual ko pada hari Khamis tu???" Ni la soalan yang sama sedang bermain di minda aku...Ni ha...sebab kalau aku letak dalam hari yang lain pulak..kang berlaku bertindihan kelas...kan susah nak betulkan semula jadual aku tu...Jadi aku sanggup ambik risiko ni...demi keselesaan aku (Chhheeeeewwww..selesa kerr....tunggu jer la...)

Okla korang semua...aku nak menghadap buku pulak ni...nak mencari bahan untuk tugasan yang bakal aku siapkan....salam.. (^^)


Rabu, 12 September 2012

WORDLESS WEDNESDAY




ISU HANGAT UPSR!!!!



Huuuhaaiii semua...Aku lanjutkan entri aku untuk sesi petang pulak....korang dah makan ker???? Heheheh kalau aku dah tadi....kenyang sudah ni (ALHAMDULILLAH) Tadi lepas habis jak menjamah makanan tengahari aku...Aku bukak blog-blog orang lain...tup-tup aku terbaca pasal PELAJAR DILARANG MENDUDUKI UPSR korang cuba baca.....( Aku tunggu korang habis baca sambil gigit KUACI...hhehhehe)

Dah baca???? Apa macam??? apa pendapat korang.....korang rasa patut ker tindakan yang dibuat oleh pihak sekolah tu??? Kalau korang setuju bagi komen...kalau korang bantah....boleh bagi komen...kalau korang ATAS PAGAR...pun boleh komen jugak...(Heheheh..nak baca la juga pandangan korang semua ni....)

ok salam (^^)



neh...korang tengok aku ni...tengah pening nak mencari jawapan tu.....huhuhuhu...

KERANA CINTA...HILANG NYAWA!!!!



Huuuuuhhhuuuhhhuuuuu..aku rasa terkejut bila aku bukak news hari ni...Headline yang sangat menyengat dekat pandangan aku ni pasal MAUT ANGKARA CINTA DITOLAK Tajuk news tu bukan main lagi...Tapi amat bertepatan dengan khabar yang cuba disampaikan....korang baca la yerrrr....

Apa macammmm?????? Apa pendapat korang.....terutama sekali yang tengah hangat ber'Couple' ni???? Korang fikir-fikir dulu....kalau dah ada pendapat...korang kongsi dengan aku ni ok.... (^^)

SEGALANYA SEMPURNA...



Huuuhaaiiiiii korang semua....Pagi-pagi ni aku nak update blog....buat entri....(heheheh tajuk entri aku ni bukan main lagi....) setelah aku bercuti daripada dunia blog selama 3 hari...sekarang ni...baru aku ada peluang nak update blog ni...(Kalau ada pun entri yang aku dapat publish hari tu...aku tak rasa kepuasan sangat...sebab terlampau pendek jerrrr......hurmmm)

Mesti korang tertanya-tanyakan...mengapa aku bubuh perkataan dekat atas tu sebagai tajuk entri aku ni.....hehheehe...ni bukan apa, aku rasa selama aku dah mula masuk ke kelas....kuliah....dan sebagainya..aku rasa sangat puas hati dengan Lect. yang duk ajar aku ni...aku paling minat pasal kelas ICT FOR SOCIAL SCIENCE......"Kenapa pulak ko suka kelas tu????" Ni sebab dalam kelas tu semua pelajar akan didedahkan dengan ilmu mengenai ICT.....jadi, pelajar yang ikut kelas tu (macam aku ni ) berpeluang untuk menajamkan pemahaman serta kemahiran aku dalam dunia ICT ni.....macam dunia Blog ni....dalam kelas tu juga akan diajar serba sedikit mengenainya....dan yang paling yang aku teruja dan sukewwww sangat ni...pasal tugasan Projek  dia yang memang dah menjadi minat aku....Kami kena bina sebuah laman Web (Website) hhehehehe..jadi dengan berbekalkan pengalaman yang aku kutip daripada rakan-rakan blogger ni....macam mana nak buat website..macam mana nak dapatkan Domain...aku berasa sangat yakin yang aku boleh bagi yang terbaik dengan tugasan tu....huhuhuhuhuhuhu.... (^^)

Masa kelas dah nak berakhir petang semalam (Kelas ICT), banyakla kawan-kawan aku yang nak ambil aku untuk join kumpulan diorang....Ermmmmm entahla....mungkin diorang rasa yang aku ni ada sedikit pengetahuan dalam selok-belok nak buat website ni....Tapi setakat ni, aku tak boleh buat keputusan....sebab aku kena pilih kumpulan yang mana ahlinya terdiri daripada individu yang boleh diharap....(Sebab aku dah jerak dengan tugasan berkumpulan sem-sem yang lepas).

hehehhe....banyak pulak celoteh aku kali ni...Bah, aku berhenti dulu setakat ni..kang kalau ada masa terluang aku janji akan update entri yang lebih panasssssszzzzz dan sensasi (huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu katanyyyeeerrrrrrr) Ok la salam...Chilllll~~~


sangat gumbiraaaaa aku hari ni....(^^)



Selasa, 11 September 2012

KULIAH...TUTORIAL...ASSIGNMENT....




HUhaaaaai semua korang apa khabar?????harap korang sihat....hurmmmmm...mula dari semalam hingga hari ni... aku duk sibuk memanjang... nah....tu yang buatkan aku ni liat nak update entri ni.... 
Tapi untuk tidak mengecewakan korang semua....aku sanggup curi masa dalam kelas....kikikikiki...(padahal entahla...ada ker yang nak baca entri aku ni..... ) AKu nak khabak dengan hang semua...yang kelas aku dah bermula semalam....Pagi dengan kelas DR Tang.... petang pulak dengan DR Morsli....mlm pulak ada latihan....hurmmmmm....


Hari ni.... pagi ada kelas dengan En. Baszley....lepas tu dengan PN.Irma.... choppppppppp!!!!!! Tentu korang tak larat nak baca entri aku ni..... jadi aku bagitau separuh jerr dulu..... yang selebihnya nanti.... 
Okla korang Lect dah datang aku chaw dulu... salam.... :)

Nota kuliah pertama aku dalam sem 1
                                     

Ahad, 9 September 2012

MASA BERSANTAI SUDAH TAMAT!!!!!!!!!!

Huuuuuuhaiiii.....hari ni aku berangkat pulang ke kampus....sebab masa untuk aku bersuka ria sudah TAMAT....bermakna bermula la semula kehidupan aku sebagai pelajar yang penuh dengan cabaran...

Tapi kalau nak berjaya jugak....aku kena harungi cabaran itu...(waaaahhhhh...kata-kata semangat dipagi hari...kekeke....) okla...doakan aku agar selamat sampai.. baru aku ingat....bila bercakap pasal rintangan...rintangan pertama yang aku kena hadapi ialah berada di dalam bas selama 9 jam ...huuuuuuuuuu......tak kisahla janji aku selamat sampai.. okla aku gerak dulu.....salam.   (^_^)

Sabtu, 8 September 2012

TERIMA KASIH

HUUUUUHAIIIII korang semua apa khabar???? Harap -harap sihat la yerrrr.....hari ni aku terpaksa update blog guna Blogger Application jerrr.....sebab line WIFI tak okla hari ni.....walau apa pun rintangan..... "HAK BERBLOG HAK AKU"....ceeeeewwwahhhh.....macam iklan MILO La puloookkkk....

Aku nak ucapkan terima kasih kepada member aku ni.... yang selalu bagi aku sokongan dan galakkan dalam berblog ni.... Ni dia .AZRIFF...Tak lupa jugak dengan member-member blogger yang lain... tanpa korang aku tak La bertahan lama dalam blogging ni....

Terima kasih semua.... (^_____^)


Jumaat, 7 September 2012

ENTRI KE-100 : BLOG REVIEW



Huuuhaaiiii semua...akhirnya...sampai jugak hasrat aku nak capai ENTRI yang ke-100....Jadi sempena entri aku yang ke-100 ni...aku nak buat BLOG REVIEW...ni pun berdasarkan blog-blog daripada FELLOW FOLLOWERS aku...huhuhu...korang layan jerr....

#1

neh...ni Blog dari sahabat Follower aku yang selalu aku jengukkk...Aku suka baca entri-entri dia yang kadang-kadang gila-gila sikit....aku paling suka entri dia yang bertajuk HIJRAH DARI BLOGSPOT KE DOT COM Huhuhuhu...aku merasa macam terpanggil untuk ikut berhijrah macam yang si Azriff ni buat...tapi aku belum yakin lagi..tunggula sampai ke suatu masa nanti....kalau aku dah kukuh dalam Dunia ni...Isya-Allah aku akan berhijrah jugak....Lepas tu..bahasa yang dia guna ni..."lu" "Gua" memang "IN" la dengan aku....walaupun agak kasar sikit...tapi aku tak kisah....Tu yang membuatkan aku letakkan dia sebagai #1 dalam senarai Blog review aku ni....hehhehe...

#2

Ermmmm....blog yang aku selalu jengukkk la jugak..Blog si Adam ni....Nak tau sebab apa???? Ni...memandangkan aku ni penggemar Kartun...jadi aku ternampakla dalam Blog dia ni...banyak gambar kartun yang dia lukis sendiri...huhuhuhu...So, talented dia ni kan....Aku ni pulak baru nak merangkak buat Kartun atau Art ni...kekkekeke....

#3

Blog milik sahabat blogger aku ni NICK juga merupakan Blog yang selalu aku jenguk...Plus pemilik blog ni NICK selalu jugak datang ke blog aku...dan komen....kebanyakkan komen yang diberikan oleh dia ni amat membina....Tu yang membuatkan aku terus bersemangat berblog ni....kalau tak dah lama jadi PUSARA blog aku ni...kikikkikikiki...Aku tertarik dengan entri yang dia Buat...Macam entri yang ni BILA ENTRI ANDA TIADA ORANG KOMEN dalam entri tu...dia ada bagila beberapa sebab mengapa sesebuah Entri yang kita tulis tu tak da yang sudi komen...Nah jadi....aku mula la memperbetulkan semula langkah aku dalam Blogging ni....Credit kepada NICK

#4

"Aikkkkkk asyik LELAKI jerrrrrrr??????!!!!!!!! perempuan takda kerrrr?????" Huhuhuhu CHOP!!! Perempuan pun ada jugak...salah satunya pemilik blog ni yang bernama YANA ...huhuhu korang nak tau...aku ni dengan YANA merupakan kawan sekelas masa dekat sekolah menengah dulu...malah sampai Uni pun masih lagi bersama...heheheh...Aku suka jenguk blog dia ni bukan sebab dia ni kawan Sekolah atau SeUNI aku...tapi sebab dia selalu buat entri...dan yang paling penting setiap entri yang dia buat mesti ada GAMBAR....korang tak percaya???!!! korang boleh cek sendiri ok....

#5

OK the last but not the LEAST...aku suka jugak jenguk blog adik cute ni...nama dia LIYANA...Liyana say hai dekat semua.....huhuhuhu...Blog adik Liyana ni cute la...tambahan lagi dengan Muzik Background yang sedap jer di dengar...Bunyi Piano...( Siapa yang main tu??? Adik Liyana kerrr???) Korang nak tau...Adik Liyana ni akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ni...So kita doakan dia...semoga dia selamat menjawab nanti...dan bawak pulang keputusan yang cemerlang...To Adik LIYANA Abang nak pesan...GOOD LUCK ok!!!!! (^____^)

Hah...itulah serba sedikit Blog yang selalu aku jenguk...selama aku berblog ni....Aku pilih ni pun berdasarkan minat aku dengan blog diorang ni...Chooppp!!! Blog korang pun aku selalu singgah...jadi jangan sedih tau...Next time mana tau aku buat Entri macam ni...Blog korang pulak yang aku pilih...okla...Selamat Berblog semua!!!!! (^________________^)




LAWAK SENGAL : ROKOK MAHAL...



Seorang pelajar yang sedang asyik merokok ketika sedang menunggu bas, ditegur oleh seorang anggota polis peronda....

POLIS : Kenapa awak hisap rokok?
PELAJAR : Saja-saja Tuan!
POLIS : Siapa yang beri awak duit untuk beli rokok?
PELAJAR : Duit sayalah....!
POLIS : Okey... sehari berapa batang rokok yang awak hisap?
PELAJAR : Sebungkus sehari. Harga sekotak RM 10...
POLIS : Rugi...rugi!!!! Awak bakar duit RM 10 setiap hari. Cuba kamu kumpul duit tu selama
              setahun....mungkin kamu dah boleh beli Motorsikal, tak perlu tunggu bas macam ni....
PELAJAR : Err...boleh saya tanya Tuan???
POLIS : Boleh...
PELAJAR : Tuan merokok ???
POLIS : Tidak....
PELAJAR : Memang patut pun...Tuan naik motorsikal Peronda....kekekkekeke....

Korang faham kerrr????? *%@#$^*



Khamis, 6 September 2012

PATUTLA RASA CEPAT SEMACAM...







Huuuuhaaiii semua...Erm...korang perasan tak...yang sejak kebelakangan ni rasa MASA macam cepat jak berlalu...Siang cepat ke Malam....Malam cepat ke Siang....kan...kan...kan...Fenomena ni yang  membuatkan aku membuat Research....dan aku terjumpa ni....GEMPA BUMI DI JEPUN MEMENDEKKAN HARI....

Baru aku tau...korang baru tau jugak??? Samala kita...Ini juga menunjukkan bahawa usia dunia semakin tua... jadi kita doa jak la yer....Moga-moga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan-NYA...amin...

UMUM LA CEPAT!!!!!!!!



Dari hari tu lagi...persoalan pasal Tarikh sebenar Pilihan Raya Umum ni bila????? Ada yang kata Bulan Jun la...Julai la...ni sampai sekarang belum Umum jugak....Bukak news pulak aku terbaca pasal DATO NAJIB NAK UMUM TARIKH PILIHAN RAYA Nah...harap-harapla kali ni betul...tak kan, nak tunggu lama-lama pulak....kang nanti melanggar Perlembagaan pulak....Yerr la kan dan termaktub bahawa setiap selang 5 tahun kena buat Pilihan Raya....Tak boleh ubah tau....

Jadi yang dah cukup umur tu...korang dah daftar sebagai pemilih???? Kalau belum daftar....aku rasa masih sempat lagi tu....korang daftar la yerrr....Salam...

  

Rabu, 5 September 2012

LAWAK SENGAL : KESIAN KUCING




Seorang budak berusia 8 tahun membeli serbuk pembasuh dari sebuah kedai runcit..

PEKEDAI : Banyak pakaian nak di basuh tu dik
BUDAK : Tak laa.. nak mandikan kucing
PEKEDAI : Hish! Mati la kucing kamu kalau pakai serbuk ni!

Budak tu buat derk je. Lepas membayar harga serbuk tu dia pun blah. Lusa budak tu datang balik ke kedai runcit tu..

PEKEDAI : Amacam dengan kucing kamu tu?
BUDAK : Mati!
PEKEDAI : Kan? Saya dah kata dah!
BUDAK : Saya rasa bukan pasal serbuk pecuci tu kucing saya mati!
PEKEDAI : Abih tu?
BUDAK : Mesin basuh..dia pusing laju sangat
PEKEDAI : Haduyai!





#1 WORDLESS WEDNESDAY







LAGI-LAGI "GANGNAM STYLE"



HUUUhhhaiii semua...pagi-pagi ni aku bukak la news...Perkara pertama yang tangkap mata aku ni nak membacanya pasal "Gangnam Style"...Aku rasa hairanla jugak sebab sejak kebelakangan ni....bila aku bukak FB ada sebut pasal Gangnam Oppa....Bila aku bukak YouTube pun ada jugak video pasal Gangnam ni...Aku paling rasa pelik...bila Benda tu "Gangnam Style" ni menjadi sebutan dan juga ikutan Rakyat MALAYSIA kita ni....

Bila aku tengok, apa itu "Gangnam Style" Rupa-rupanya hanyala sebuah tarian yang ENTAH APA-APA...pertama kali aku tengok video tarian tu....nak termuntah aku dibuatnya.....Takdala best sangat pun...Banyak pergerakan melompat-lompat sambil Kangkangkan kaki jerrr....Lantas kenapa pula ada segelintir masyarakat yang sukakan tarian tu????!!! Bagi aku...aku lagi gemar tarian yang berbentuk SUBJEKTIF namun membawa makna...Hah daripada korang yang dah jadi addictive dengan Gangnam ni....Apa kata korang belajar tarian kebudayaan kita ni...Macam Joget, Zapin, Inang, Etnik Kreatif, dan yang lain-lain....lagi ada faedah daripada korang sibuk nak kangkangkan KAKI semata-mata nak ikut Gangnam Style  ni....

Aku amat suka dengan penegasan yang dibuat oleh seorang Ahli Muzik tanah air kita ni pasal Gangnam Style ni...korang baca ni SHAM KAMIKAZE VS GANGNAM STYLE Apa macam??? Korang setuju kerrr dengan Penegasan daripada Sham Kamikaze tu???? kalau aku..aku setuju sangat.....

SAYA ANTI "GANGNAM STYLE"!!!!!!!

SEGMEN UP FOLLOWER & TAMBAH KENALAN PART 3



                       


                                              miss Z berceloteh


Segmen yang aku join....Korang berminat????!!! Apa tunggu lagi join SEGMEN yang di anjurkan oleh miss Z korang tengok lerr SYARAT-SYARAT nyeerrr dulu...kalau dah pasti...jangan lengahkan masa...mari sertai....!!!!!!!!!! hehehe......

Bilangan Follower saya sebanyak 112 orang
saya berasal dari SABAH
boleh bah kalau KO!!!!

Selasa, 4 September 2012

SEGMEN : FOLLOW BLOG KAMU!!!



HHHHHuuuuhaaiiii...bagi menambahkan lagi jumlah entri aku hari ni...aku amat berbesar hati mau letak SEGMEN dalam entri aku kali ni....tengok Banner dekat bawah ni....

                     

Apa macam ????? Berminat??? huhuhuhu lumayan tu Hadiah yang ditawarkan....Kalau korang semua berminat...korang bolehla baca syarat-syarat yang telah di tetapkan ni SYARAT-SYARAT...
Semua syarat-syarat tu saya sudah penuhi dan Gud luck buat tuan Penganjur SEGMEN GEMPAK NI. Bagi tag kepada seorang blogger yang korang rasa paling kerap Online....Ok aku tag AZRIFF sebab dia ni selalu Online dan jenguk blog aku....plus suka komen....(^____^) 

Jumlah FOLLOWER saya sekarang ni. : 106 ahli

Yang berminat apaa tunggu lagi....LET'S START THE SHOW...!!!! aja-aja FIGHTING!!!!


LAWAK SENGAL : ANAK AJAIB




Pada suatu hari, Andi sedang bermain Tenteng bersama kawannya. Sedang mereka asyik bermain, kawan-kawannya Andi yang lain sibuk bercerita tentang kisah mereka...

ARI : Ayahku selalu cakap yang aku ni paling istemewa kerana aku dilahirkan pada 09.09.1999, sembilan
         tahun setelah orang tua ku nikah!
ATI : Aku juga...(Wah tak mau mengalah...) Aku disebut-sebut anak bertuah kerana dilahirkan duaa tahun
         setelah pernikahan orang tua ku, bermakna tepatnya 08.08.1998.

Dalam pada itu, Andi dah naik bosan dengan perbualan kawan-kawannya itu, lalu dengan membuat muka selamberrr...Andi berkata....

ANDI : Ayah aku cakap yang aku ni anak AJAIB. Bayangkan aku lahir pada 07.07.1998! Korang
            ada???!!!
ARI : Aik???!!! Jadi apa yang ajaibnya??? Kan angkanya tak sama????
ANDI : Memangla!!!! Mak Ayah aku nikah tahun 1999....nah Ajaib la tu.....

hahhahha.....Dibuatnya blur seketika....#?!#%&*


Isnin, 3 September 2012

TERCAPAI JUA...





TERIMA KASIH SEMUA!!!! (^___^)

Alhamdulillah setelah nak dekat sebulan aku berblogging ni...Jumlah Teman Followers aku dah cecah 100 orang...Nampak masih sikit kan...Tapi tak pala...aku hargai dengan korang semua yang sudi jadi Followers aku...Ni pun berkat galakkan korang semua...Untuk terus menggalakkan aku berblog..Dan jangan pernah berputus asa....Kepada Blogger Senior terima kasih di atas tunjuk ajar yang diberikan...dan kepada NEwbie macam aku....teruskan berblog...jangan berhenti....Terus buat etntri...tak kisahla ada yang nak baca atau tak..janji kita Publish hasil penulisan kita....

Masih terlalu panjang perjalanan aku dalam dunia Blog ni...Semakin meningkat jumlah Follower bermakna semakin besar cabaran serta liku yang perlu aku hadapi...Macam hasil penulisan aku kenala baik dan tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak...."LET'S KEEP ON BLOGGING!!!"



ORANG LIDI...




Huuuhaaiiii korang semua....Malam ni aku nak bagi tunjukla hasil Karya aku ni...Aku bagi tajuk "Aku Si Doodles" hehhe...anggapla yang diri aku berubah jadi "Doodles" huhuhuhhu...Ada kawan aku ni..dia tengokla karya aku ni...Dia cakap sama macam aku....Pendek kata apa yang terdapat pada Doodles tu...ada dengan aku jugak....Entah la dia tu...tapi aku memang sukeeeww...Korang pulak??? cer komen sikit...hihhihihi...

Hehehe Purple sentiasa Di hati....(^^)

TERUSKAN...




hehehe...macam biasa...Warna Tema mesti ada...hehhehe...(^_^)

Huuuuhaiiiiii....Hari ni aku masih lagi nak mengasah kemahiran aku dalam buat Art...huhuhu..hari ni aku rasa macam ada keyakinan mau buat Art....Rasa bestla....walaupun memeningkan kepala aku ni...huhuu...Kadang-kadang..kalau silap tekan atau silap langkah...hancuuuSSSS kerja aku....Kena buat balik....Gambar dekat atas tu aku buat dalam masa 1 jam setengah...apa macam ok kerrr??? Korang nilai sendiri la yerrr....

LAWAK SENGAL : GAMBAR



Haiza mengajak Farid teman lelakinya, ke rumahnya supaya dapat berdua-duaan. Sampai sahaja di rumah mereka terus menuju ke bilik. Farid bertanya kepada Haiza, "Darling! ada mancis tak?" "Ada kat dalam laci sebelah katil tu," Jawab Haiza.

Semasa membuka laci, terpandanglah Farid dengan sebuah POTRET lelaki di dalam laci tersebut.

FARID : Gambar siapa tu?????? Gambar suami you ke???
HAIZA : Bukan!
FARID : Gambar kekasih lama you????
HAIZA : Bukan!
FARID : Habis kalau semua bukan, ni gambar siapa???? Cepat bagitau!!!! (Dalam nada Amarah)
HAIZA : Yannngggggg!!! Gambar tu kan gambar I sebelum buat pembedahan jantina. Dulu I HARUN...(       
               Jawab si Haiza dengan penuh Manja....)
FARID : Gluuuupppp!!! (Mampu menelan air liur...)

hehhehehehhehe.....Pesanan dalam Lawak ni...."BERHATI-HATI DI DUNIA INI" sebab tak semua yang CHANNNTEEEKKK tu ORI....kikiiiii


Ahad, 2 September 2012

MY FIRST ART



Huuuuhaaiiii....Fuh aku ambik masa lebih kurang 2 jam untuk siapkan Art aku ni...bukan senang susah ooooooWWWWW.....nampak macam tak seberapa clearkan???? Takpa la...ni masih dalam proses memperbaiki kemahiran ni...korang komen sikit...(^^)

Janji warna tema Purple tetap ada....hehehhe...

BILA LAWATAN "COUPLE" DENGAN LAPORAN




Huuuuhhaaiiii semua….Tiba-tiba bila terjaga dari tidur ni, aku terfikir pasal benda-benda yang pernah aku dengan kawan-kawan aku buat masa Sem lepas hari tu. Biasala kalau masih lagi bergelar pelajar..benda-benda macam buat Assignment, Lawatan, Presentation dan Laporan memang menjadi asset wajib kalau nak dapatkan segulung Ijazah….(hehhehehe..mula la aku dengan Falsafah sendiri…)
OKla…aku nak tunjukkan dengan korang semua Laporan yang aku dengan kawan-kawan aku telah sediakan masa sesi Lawatan dekat MUZIUM NEGERI SABAH…. “Wah!!! Cepatla…teruja aku nak dengarnya….” Korang baca ok…

LAPORAN LAWATAN KE MUZIUM NEGERI SABAH

Lawatan ke muzium ini dilakukan bagi memenuhi salah satu daripada aspek penilaian yang telah ditetapkan bagi para pelajar bagi program HA24 Sejarah yang mengikuti kursus Sejarah Sabah dan Sarawak (1841-1963).
       
Lawatan ini disertai seramai oleh pelajar tahun satu serta pelajar daripada tahun dua dan tiga. Rombongan lawatan ini diiringi dengan dua orang tutor bagi subjek Sejarah Sabah dan Sarawak. Setibanya di tempat lawatan pertama kami iaitu di Muzium Negeri, para pelajar diminta untuk berkumpul di ruang legar Muzium Negeri untuk mendengar sedikit taklimat ringkas daripada tutor yang disampaikan oleh En. Amrullah. Setelah itu, para pelajar diminta untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada lima ahli kesemuanya. Ini bertujuan bagi memudahkan para pelajar menjalankan aktiviti untuk mencari bahan untuk dimuatkan ke  dalam laporan kelak.
       
Tempat pertama yang kami lawati ialah ke kawasan Kampung Warisan. Untuk sampai ke tempat tersebut, kami terpaksa melalui sebuah jambatan gantung. Setibanya kami di Kawasan perkampungan tersebut, kami dapati terdapat beberapa pondok kecil yang dipanggil “Sulap” dengan pelbagai fungsi gunaannya. Misalnya, Sulap Tukang Besi yang berfungsi untuk menghasilkan peralatan yang diperbuat daripada besi. Menurut penerangan yang terdapat pada papan notis, kaum lelaki yang mempunyai kemahiran dalam menghasilkan parang dan pisau kecil yang menjadi alat penting dalam kehidupan mereka. Mereka membuat peralatan tersebut dengan tujuan untuk kegunaan diri sendiri, di samping itu bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat.
       
Selain itu, terdapat juga sebuah pondok kecil “Sulap” yang berfungsi sebagai tempat pemprosesan garam. Menurut keterangan daripada papan info, proses pemprosesan garam tersebut dilakukan secara berperingkat-peringkat. Peringkat pertama, mengambil punca garam seperti daripada air laut, seterusnya proses menyahkan air bagi mendapatkan butiran garam dan yang terakhir proses pengeringan garam.
       
Di kawasan perkampungan warisan tersebut juga terdapat beberapa buah rumah yang mewakili suku kaum yang terkenal di Sabah. Antaranya rumah Bisaya, rumah Cina, rumah Murut, rumah Brunei, rumah Kadazandusun. Menurut pemerhatian kami, kesemua rumah-rumah tersebut kelihatan agak unik malah yang menarik minat kami untuk meneroka bahagian dalam rumah tersebut kerana ciri binaannya yang masih kukuh walaupun telah kelihatan usang. Terdapat juga rumah yang masih menyimpan peralatan untuk kegunaan isi rumah seperti kerusi, meja, pinggan, dapur untuk memasak dan peralatan untuk bercucuk tanam.
     
Setelah selesai melawat kawasan perkampungan warisan, perjalanan lawatan kami diteruskan dengan melawat ke Muzium Negeri Sabah. Setibanya kami di hadapan pintu masuk ke Galeri Muzium, kami sekali lagi diberikan sedikit taklimat ringkas mengenai tatacara semasa berada di dalam galeri. Taklimat tersebut disampaikan oleh salah seorang kakitangan muzium yang bertugas ketika itu. Antara tatacara yang perlu kami patuhi sepanjang berada di dalam galeri tersebut, kami tidak dibenarkan mengambil gambar bahan pameran dan tidak boleh menyentuh bahan pameran yang tidak ditutupi dengan kaca.
      
Sepanjang lawatan kami di Muzium Negeri tersebut, kami tertarik dengan satu bentuk upacara tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Kadazandusun (Keningau). Upacara yang dipanggil sebagai Mensilua yang berkait rapat dengan aktiviti pemotongan kepala, justeru itu pada suatu ketika dahulu Sabah pernah diberikan gelaran ‘The Head Hunter’.
      
Selain itu, terdapat juga beberapa bentuk peralatan yang turut dipamerkan. Misalnya, Bilong yang merupakan sebuah gelang yang digunakan di pangkal lengan. Gelang tersebut diperbuat daripada sejenis kayu, yang berfungsi sebagai perhiasan diri seorang pahlawan Murut disamping berfungsi sebagai pelindung lengan. Papakol merupakan sejenis alat pelindung yang digunakan di bahagian pangkal betis. Papakol tersebut diperbuat daripada sejenis palma yang dianyam. Selain daripada perhiasan diri pahlawan Murut, Papakol ini juga dipercayai sebagai azimat yang dapat membantu apabila seseorang itu berada di dalam hutan. Peralatan yang terakhir yang turut mencuri perhatian kami ialah Mandou. Mandou merupakan sebilah pedang yang sering dikaitkan dengan kegiatan pemotongan kepala musuh dalam medan pertempuran. Perlakuan memotong kepala musuh ini adalah sebagai tanda kegagahan seseorang pahlawan.
       
Lawatan tersebut berakhir pada pukul 3.30 petang. Sebelum menaiki bas, para pelajar dikehendaki mengisi kehadiran pada borang kehadiran yang telah disediakan.

*Hehehe korang semua..gambar-gambar yang terdapat dalam entri ni adalah gambar masa kami melawat satu tempat dalam Muzium tu yang dinamakan Kampung Warisan…Gambar masa kami dalam Galeri Muzium saya tak dapat tunjukkan sebab untuk MEMELIHARA HAK WARISAN…(Takut kang kena kompaun…huhuhu)

Benda pertama yang aku tertarik ni....

Liku-like yang perlu dilalui...

jenis barangan dapur yang terdapat di dalam sebuah replika rumah Brunei

Jenis barangan dapur yang terdapat di dalam replika rumah Cina

Bertanya dengan penjaga rumah Brunei...(hehhehe..)

Bentuk pelamin Suku kaum Bajau...

sesi santai...

Wah!!! Anak siapa la ni...(kekkeke)
















Sabtu, 1 September 2012

TINGKATKAN TRAFIC PAGE ANDA DENGAN BACKLINK TRICK!!!




                                   

Huuuuhaaaiiii semua....Dari masa ke masa..rekod trafik page aku sentiasa meningkat...dan terus meningkat...Tambahan lagi aku ni masih lagi dikatakan sebagai NEWBIE....Tapi ada segelintir kawan blogger aku yang lain hairan mengapa trafik page aku cepat naik....hahhaha...nak tau...???? Ni ha aku gunakan trick untuk menjana trafik yang banyak...

Trick ni mudah je. Tak perlu nak perah2 otak bagai. Korang cuma perlu tulis satu entri yang lebih kurang macam entri aku ni ikut kreativiti masing2. Pastu copy-paste link2 kat bawah nih. 



Tapi sebelum tu, ada beberapa syarat yang korang kena ikut.

1. Sebelum korang copy-paste link2 kat atas ni, sila delete yang no.1 terlebih dahulu.

2. Pastu, up kan link no.2 jadi no.1, link no.3 jadi no.2, link no.4 jadi no.3 dan seterus nyer. (letih weyh kalo nak aku cakap taip sampai abes)

3. Pastu korang masuk kan link korang kat no.15.

4. Korang jangan gatal tangan ubah urutan link tu. Nanti tak jadi..Hah kan susah...aku jugak yang kena...

Dah siap...Publish la Entry korang tu....Dan jangan terkejut bila Trafik korang mencanak naik...hehhehe..selamat MENCUBA (^___________^)

BULAN BARU....HEADER BARU....






Huuuuuhhaaaiiii semua...hehehe...tengok gambar atas ni....ok kerrr???? cumil kerrr.....huhuhuhu...mungkin nampak macam tak seberapa clear...sebab eden guna software edit yang biasa-biasa jerrr.....huhuhuhu...Korang nak tau...??? aku Ambik masa lebih kurang sejam mau buat Headr ni....walaupun tak seberapa glamour...tapi aku tetap berpuas hati dengan hasil kerja aku sendiri...hhhhheeehhheee....Pendapat korang macam mana??? ok??? Komen sikit....(^___^)


BULAN BARU,OH! SEPTEMBER!!!




Huuuuuhaaiiiii....Sedar tak sedar Hari ni dah masuk bulan September...hhhhhuuuuu...rasa cepat jak masa ni berlalu bermula dari Januari hinggala ke September....Begitu banyak pengalaman hidup yang telah aku kutip sebelum-sebelum ni...Aku belajar untuk tidak memberikan kepercayaan penuh kepada orang lain...(kecuali kepada MAK DAN KELUARGA aku) Aku belajar macam mana mau tingkatkan gaya kepimpinan...Aku belajar agar tidak bergantung kepada orang lain....(Berdikari sendiri...) Aku dapat mengetahui adat resam suku kaum lain....

Bulan ni aku nak tetapkan matlamat baru....memandangkan matlamat bulan Ogos hari tu tak semuanya tercapai...jadi aku nak bawak matlamat yang tak menjadi bulan lalu tu ke bulan ni...Aku harap agar apa yang aku rancang ni menjadi kenyataan dan yang penting dipermudahkan oleh-NYA...Amin....(^___^)

Korang pula macam mana??? Ada matlamat baru??? komen sikit...atau kongsi sikit....
Layan lagu ni....



CARA LETAK BERITA ONLINE

Hi semua...Apa khabar??? Sihat kerrr....??? Harap-harap sihat la yerr...Cuti Raya dah Habis, jadi yang kena sekolah tu kenala pergi sekolah macam biasa, kalau yang kerja...kenala pergi kerja macamm biasa...dan yang balik ke kampus...bersiap sediala untuk balik ke kampus...(Huhuhuhu macam aku ni haaa.....) Baikla, hari ni aku nak bagi tunjuk cara bagaimana nak letakan Berita Online dalam blog...Ni merupakan permintaan daripada FOLLOWER aku yang cumil ni...


Memandangkan ini merupakan permintaan daripada FOLLOWER aku yang pertama....Jadi aku nak tunjuk cara mau masukkan Berita Online dalam blog korang semua....hehehhe...macam biasa ikut langkah-langkah ni....

1.LOGIN > DASHBOARD > DESIGN > ADD GADJET > CONFIGURATION FEED then akan keluar gambar macam dekat bawah ni....


2.Sekarang korang isi la bahagian FEED URL tu dengan URL berita yang korang pilih...kalau aku....aku pilih ni...http://www.harian-metro-online.com 

3.Bila korang dah letak URL tu...korang tekan NEXT...akan keluar macam ni...


Ok korang isila apa yang patut macam jumlah PAPARAN berapa yang korang suka....Kalau sudah korang PREVIEW dulu, untuk pastikan ianya menjadi...Lepas tu tekan SAVE...siap!!!!!!

hehehhehe...apa macam???? Dah berjaya???? kalau dah tepuk tangan untuk diri sendiri...hehehhe...(^___^)
Kalau dah letak Berita Online dalam Blog...jangan la pulak malas-malas nak membukanya....sebab bangsa yang celik Ilmu ialah bangsa yang gemar membaca.....ok...salam....



Jumaat, 31 Ogos 2012

JOM TAMBAH FOLLOWER BLOG SEBANYAK YANG MUNGKIN!!!

                             


                     
           http://rahasiabelogaku.blogspot.com/2012/08/segmen-jom-tambah-follower-blog.html
HHHHuuuuuhhhaaaiiiiiii kepada semua....Nak tau jumlah FOLLOWER dalam blog aku ni sebanyak 88 orang....Tapi aku nak tambah FOLLOWER aku...sebab tu aku join segmen ni....korang nak????? Apa tunggu lagu Klik Banner dekat atas ni...ATAU...link yang disediakan dan Janakan kemasukan FOLLOWER ke blog anda....Aja-Aja FIGHTING!!! (^_____^)

CAKAR-MENCAKAR!!!



Adddoooiiiiii semalam dah baca pasal pengakuan akak Rita kita ni yang memang dah KOSONG...KOSONG..KOSONG...Hari ni pulak, terbaca la pasal akak Rita ni nak mencabar akak Jue Aziz...(MAKIN panazzzz cerita diorang ni kan....) korang belum baca lagi???!!! baca ni RITA CAKAR JUE Apa macam??? Naik tinggila rating kedua-dua akak pelakon yang meletops ni.....Entahla sampai bila laa perang cakar mencakar diorang ni nak tutup....

Kesian jugak aku dengan Akak Rita ni....Mintak-mintakla dia terus tabah menjalani kehidupannya...huhuhuhu...kepada akak Jue pulak...cuba la berdamai dengan akak Rita tu... Rasa masih sempat ni..tambahan lagi di Bulan Mulia ni....(^____^)

Terus tabah ya Kak...(^_^)

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram

::ARTIKEL MENARIK::