Jumaat, 31 Ogos 2012

JOM TAMBAH FOLLOWER BLOG SEBANYAK YANG MUNGKIN!!!

                             


                     
           http://rahasiabelogaku.blogspot.com/2012/08/segmen-jom-tambah-follower-blog.html
HHHHuuuuuhhhaaaiiiiiii kepada semua....Nak tau jumlah FOLLOWER dalam blog aku ni sebanyak 88 orang....Tapi aku nak tambah FOLLOWER aku...sebab tu aku join segmen ni....korang nak????? Apa tunggu lagu Klik Banner dekat atas ni...ATAU...link yang disediakan dan Janakan kemasukan FOLLOWER ke blog anda....Aja-Aja FIGHTING!!! (^_____^)

CAKAR-MENCAKAR!!!



Adddoooiiiiii semalam dah baca pasal pengakuan akak Rita kita ni yang memang dah KOSONG...KOSONG..KOSONG...Hari ni pulak, terbaca la pasal akak Rita ni nak mencabar akak Jue Aziz...(MAKIN panazzzz cerita diorang ni kan....) korang belum baca lagi???!!! baca ni RITA CAKAR JUE Apa macam??? Naik tinggila rating kedua-dua akak pelakon yang meletops ni.....Entahla sampai bila laa perang cakar mencakar diorang ni nak tutup....

Kesian jugak aku dengan Akak Rita ni....Mintak-mintakla dia terus tabah menjalani kehidupannya...huhuhuhu...kepada akak Jue pulak...cuba la berdamai dengan akak Rita tu... Rasa masih sempat ni..tambahan lagi di Bulan Mulia ni....(^____^)

Terus tabah ya Kak...(^_^)

WHY ARE EGGS OVAL???



Honestly...all of us wondering, why the eggs oval??? So today, I want to reveal the reason why the eggs ovals....Okey,Let's start the show....

Eggs come in different colors. No two eggs identical. Most eggs are oval, and sometimes the are long. One end is slightly larger and heavier, while the other end smaller and conical.

Most nests are shaped like a large bowl, the right shape for oval eggs to rest without rolling out and falling down. Birds that don't built elaborate nests, like the penguin, the term and other sea birds, have elongated eggs.

Since these birds lay eggs on rocky ledges or on cliffs, the elongated shapes prevent the eggs from rolling  over and breaking on the rocks. Instead they just spin around.

The adult bird provides constant warmth by sitting on the eggs or incubating them. Not only that, the bird keeps turning the eggs around so that all parts of the egg receiving the same amount of warmth...

Okey..do you get it????!! I hope so...(^_^)



Khamis, 30 Ogos 2012

TERCALAR MARUAH!!!




Haaaiiii apala mau jadi dengan dunia zaman sekarang ni.....Kalau kita lihat, arus perubahan begitu drastik...istilah 'siapa cepat dia yang dapat' memang sinonim dengan pergerakan manusia pada masa kini..."Pergerakan macam mana tu????!" Ni la...masa nak naik kenderaan...masa dalam pekerjaan..dan masa  dalam pelajaran....Fokus aku di sini adalah berkenaan dengan Pergerakan Pantas dalam Pelajaran, memandangkan aku masih lagi belajar...jadi aku nak kongsi dengan korang semua tentang entri aku ni....


Aku rasa sakit hati bila mendapat tahu bahawa pelajar pada masa sekarang ni, tak perlu bersusah payah kalau nak dapatkan segulung Ijazah, Master mahupun PhD....Korang tak percaya..korang baca ni...IJAZAH PANTAS "FIRST CLASS" Dah baca???!!! Apa pandangan korang semua...kalau aku ...nak aku cekik jak individu yaang terbabit dalam sindiket penghasilan Ijazah palsu ni.....Geram sangat...Yala...orang lain belajar jugak untuk dapatkan segulung Ijazah tu....TAPI yang segelintir ni pulak...sibuk duduk terkangkang di rumah...atau dekat mana-mana...Datang tunjuk muka masa nak Ambik Ijazah jak masa sesi Graduasi....Kesian kita orang yang bertungkus-lumus nak dapatkan Ijazah tu...terpaksa berhempas-pulas siapkan tugasan...hadirkan diri dalam kuliah...mantapkan diri dengan Tutorial...tapi bagi yang lain ni pulak (Individu penyeludup ni) Cuma duduk depan laptop...isi Ink Printer untuk siapkan sehelai Ijazah palsu....Adddoooooooiiiiii!!!! sakit hati ni.....Tu satu hal....ni pulak ditambahkan lagi dengan memburukkan nama sesebuah IPTA tu...korang ni!!!!!! Belangkong kang baru tau....

Jadi aku nak pesan dengan korang semua...kalau nak berjaya tu...cuba la dengan cara yang betul...jangan cuba menjinakkan diri dengan mengambil jalan mudah...ok....salam (^___^)


KOSONG...KOSONG..KOSONG...

Terkejut aku bila terbaca dalam berita hari ni pasal akak kita ni...Rita Rudaini...Semalam aku terbaca pasal bekas suami dia..yang Suami dia ni nak rujuk balik dengan akak Rita ni..Tapi terperanjat habis aku dengan penjelasan Rita Rudaini ni....nak tau???? Korang baca ni ok.... RITA RUDAINI...KOSONG

Apa macam dah baca???? Huhuhuhu...aku betul-betul kagum dengan ketabahan Akak kita yang popular ni..(Popular kerrrrr????) Kompom popular....hehehe...

Terus tabah akak ku...(huhuhu..)

Rabu, 29 Ogos 2012

FAKTA SAINS DALAM SOLAT





Assalamualaikum semua...apa khabar??? Moga-moga sihat la yeerrr...Solat merupakan perkara wajib yang perlu dilaksanakan oleh seluruh umat Islam...tiada alasan...kecuali disebabkan keuzuran...Baikla hari ni aku nak kongsi dengan korang semua tentang fakta sains yang terselit di dalam Solat...mari kita baca...
  1. Seseorang yang sedang melakukan solat perlu berdiri dengaan tegak dan yang penting FOKUS. Solat  yang dilakukan dengan khusyuk merupakan penawar masalah tekanan. Posisi berdiri tegak pula memberi keseimbangan dan posisi takbir serta lantunan bacaan mampu melancarkan peredaran darah.
  2. Pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan yang boleh mengurangkan lemak dalam badan dan melambatkan proses penuaan.( Ni petua nak kekal sihat...dan yang penting awet muda.....!!!)
  3. Pergerakan ketika rukuk dapat melambatkan proses penuaan dan menyeimbangkan kandungan air dalam badan sekaligus melancarkan fungsi buah pinggang.
  4. Rukuk, sujud dan duduk memberikan rehat kepada jantung serta mengekalkan kekenyalan arteri di bahagian jantung.
  5. Solat dengan khusyuk memberikan ketenangan dan amat baik untuk mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi serta menguatkan daya ingatan.( Ni pulak amalan yang amat berguna buat yang masih Belajar...macam aku...)
Itula sebahagian daripada fakta Sains dalam Solat yang aku nak kongsi bersama-sama anda semua...Memang benar...setiap perintah yang di turunkan oleh Allah SWT itu mempunyai maknanya yang tersirat...Hanya kita sahaja yakni manusia yang kena rajin  untuk mengkajinya...Ok selamat beramal...salam...(^_^)

(Fakta dipetik daripada astro view) 

NAK LETAK "GLITTER GREETINGS WORD"

Hi semua...kali ni aku nak kongsi dengan korang satu lagi tutorial macam mana nak letak Greetings Word dekat blog korang semua...(Tambahan lagi kalau Greetings Word a.k.a Katan Sapaan yang begitu Glamour...macam aku punya ni....


Nak kerrrr....??? Kalau teringin mau...ok ikut langkah-langkah ni....

1.Masuk laman web ni Glamour>>Glamour>>Glamour ...Tapi korang kenal log in la dulu..kalau belum ada   akaun...korang Sign Up dulu ok...(^___^)

2.Apa macam??? dah Sign Up?? kalau dah korang masuk dalam Tab yang tertulis perkataan "Glitter Text" then tekan "Greeting"....(Korang ikut cara dalam gambar ni ok...)
Maaf la yerrkkk gambar keci sikit....kalau nak jelas klik gambar ni ok...(^_^)

3.Lepas tu...Korang pilihla bentuk Greeting yang korang suka...kalau nak yang warna-warni boleh, Nak yang ada banyak Glitter pun boleh...mana-manapun boleh asalkan nampak Glamourrrr...(huhuhuhu katanyerrr)

4.Kalau dah pilih, KLIK pada gambar yang korang nak sangat tu....nanti akan keluar paparan macam dalam gambar dekat bawah ni....

5.Sudah copy...korang perlu masukkan kod tu dalam blog korang...macam mana??? Ni Login > Dashboard > Design > Add Gadjet > HTML/Javascript

6.Pastekan Kod HTML tu...dalam ruang yang disediakan...dah tu klik Save siap!!! Tapi sebelum tu...korang Preview dulu tau....

Kalau korang nak ubah saiz Greeting tu...korang cari kod ni dalam kod HTML yang korang copy tadi tu...
 *  width=179 ni untuk Lebar
 *  height=156 ni untuk ketinggian
*Korang tukar jerrr saiz yang warna MERAH tu errrkkk...

SELAMAT MENCUBA!!! (^____^)

OH!!! FAKTA KOREA!!!



Anyyyeeoonnggg...huhuhhuu masuk mood Korea sikit....huhuhu..mestila bersesuaian dengan tajuk entri aku kali ni...Aku yakin sangat ada dikalangan pembaca di luar sana yang sangat meminati K-pop kan??? (Jangan nak temberang ok....ni ada bukti tau...) Kita sering memuja dan kagum dengan K-pop dan drama air mata seperti Winter Sonata, Boys Over Flower, My Girl dan lain-lain....pasal tu Aku nak kongsi beberapa fakta mengenai negara asal K-pop ni...iaitu KOREA....Mari kita mula....




  1. MAKANAN: Korang nak tau, makanan Korea mempunyai nilai rendah kalori, kurang lemak, kurang manis, dan mempunyai keseimbangan nutrien. Sebahagian besar makanan Korean berasaskan beras, sayur-sayuran, dan daging dengan elemen utama tentunya rasa pedas yang diperolehi dengan mencampur bahan perisa seperti lada hijau, bawang, kicap, pes kacang, bawang putih, bijan, mustard, cuka dan garam. Kimchi, merupakan hidangan Korea yang paling terkenal diperbuat daripada sayur Kobis yang kaya dengan vitamin c dan serat. Selain Kimchi, Korea turut terkenal dengan pulkogi iaitu daging panggang yang diperap dengan perisa seperti, kicap, bawang putih, gula dan minyak bijan. Malah mereka juga amat gemarkan makanan laut, macam sotong dimakan secara mentah dan ianya mudah didapati di pasar basah mahupun restoran yang menyediakan makanan laut.
  2. SUKAN: Taekwondo merupakan sukan kebangsaan Korea Selatan. Seni mempertahankan diri ini merupakan sebahagian daripada asas pembelajaran kanak-kanak di sana. (Kalau di Malaysia...ermmm...tak tau la pulak...)
  3. PENGANGKUTAN: Teksi di Korea diwarnakan mengikut kod tertentu. Teksi putih atau kelabu lebih murah berbanding teksi hitam yang dilengkapi dengan TV dan menjanjikan perkhidmatan mewah. (Owww patutla...kalau dalam drama-drama korea tu banyak aku lihat teksi berwarna-warni...huhuhu)
  4. KEDIAMAN: Rumah tradisional Korea mempunyai atap yang condong ke atas. Rata-rata penduduk Korea kini tinggal di pangsapuri canggih yang dilengkapi dengan robot sebagai pembantu rumah. Percaya atau tidak suhu penghawa dingin mereka dikawal oleh telefon bimbit!!! (Wah!!! canggihnyeeerrr diorang ni.....)
  5. ADAT: Walaupun jauh maju ke hadapan....penduduk Korea masih lagi mempercayai pantang larang tertentu. Mereka percaya jika kasut tidak disembunyikan pada malam pertama tahun baru, sebelah kasut mereka itu berkemungkinan akan hilang kerana diambil hantu. Dan ya, percaya atau tidak, anda tidak akan menemui tingkat 4 di mana-mana bangunan di Korea....(Kenapa yerrkkkk...???)
  6. BAHASA: Tahukah anda...bahawa Korea mempunyai lebih 600 perbezaan perkataan yang digunakan untuk situasi berbeza mengikut usia. Inilah antara sebab bahasa Korea adalah Bahasa paling sukar dipelajari walaupun pada dasarnya bahasa ini mempunyai 24 huruf sahaja. (Huhuhuhuhuhu...susah ker.....???)
Nah...itula serba sedikit mengenai fakta tentang Korea....Percaya atau tidak itu terpulang dengan korang ok....hehehhe...(^______________^) Kamsahamnida!!!!!!

(Fakta dipetik daripada astro view)

Selasa, 28 Ogos 2012

TOP BLOGGER (DALAM MALAYSIA...)



Hi korang semua....Tadi aku pi la jenguk-jenguk laman-laman web....tup-tup aku terjumpa pasal Top 23 Blog Malaysia Paling Popular....hhihihhi...cerita tu ditulis oleh salah seorang Blogger yang cukup terkenal...ni aku sertakan petikan cerita yang dituliskan tu...huhuhuhu....


Ditulis oleh denaihati, dan diterbitkan pada 21-02-2012 14:29

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai yang sesat ke blog Denaihati kerana mencari Top Blog Malaysia. Kali ini nak senaraikan Top Blog Malaysia paling popular, kenapa popular kerana mereka ini menang World Bloggers Award 2012 yang dianjurkan oleh MSMW2012 hasil daripada pilihan rakyat Malaysia. Popular kerana blog berkualiti atau blog ada ramai peminat. Banyak yang kita boleh belajar daripada Blogger-Blogger hebat ini untuk mencapai tahap yang mereka kecapi.Senarai Top 23 Blog Malaysia Paling Popular mengikut katogeri

1. Paultan.org (Blog Automotif/PR4)
2. Shahabudeenjalil.com (Blog Bisnis/PR3
3. Honeykoyuki.blogspot.com (Blog Selebriti/PR3)
4. Kucing.my (Blog CSR/PR1)
5. iluvislam.com (Blog Pendidikan/PR4)
6. ohbulan.com (Blog Hiburan/PR4)
7. Koleksi1001resepi.com (Blog F&B/PR2)
8. All-aboutiphone.blogspot.com (Blog Gadget/PR0)
9. Rotikaya.com (Blog Gossip/PR3)
10.Ninieahmad.com (Blog Kesihatan/PR3)
11. Founder.limkokwing.net (Blog Inovasi/PR5)
12. Eqbalzack.com (Blog Lifestyle/PR3)
13. Yunainspired.com (Blog Musik/PR3)
14. Danielzaidi.com (Blog photography/PR2)
15. Chedet.cc (Blog Politik/PR5)
16. Kznabihah.com (Blog Shopping/PR2)
17. World-superbikes.blogspot.com (Blog Sukan/PR1)
18. Placesandfoods.com (Blog Travel/PR3)
19. Inianwarhadi.com (Blog Video/PR2)
20. Fukkenlol.blogspot.com (Blog Jenaka/PR1)
21. Hazrey.com (Blog Vocal/PR2)
22. Bicaramakdara.com (Blog Terburuk/PR2)
23. Ariffshah.com (Upcomimg Blogger/PR4)


Semua hebat-hebatkan. Kalau rajin copy paste dan buatlah posting kat blog Rakan Blogger semua kerana mengikut tips yang dapat dari workshop MSMW2012 sesekali kena buat entri senarai seperti ini untuk mendapat trafik organik dari Google


Wah...apa macam???? Aku 'Salute' la dengan blogger-blogger di atas ni...(^_____^)

10 FAKTA NOMBOR YANG ANDA TIDAK TAHU...



Hi...semua, kali ni aku nak kongsi dengan korang semua tentang fakta kes kehilangan kanak-kanak dan juga kes penculikan. Mari kita mula ok....





  1. Di Amerika Syarikat, pada tahun 2001 sahaja, Pusat Maklumat Jenayah FBI (Federal Bureau of Investigation) menerima 840,279 laporan kes penculikan yang melibatkan individu dewasa dan kanak-kanak.
  2. 74% daripada mangsa penculikan kanak-kanak adalah perempuan dan 74% juga daripada mangsa kanak-kanak itu disahkan mati dalam tempoh 3 jam selepas diculik.
  3. Sekitar tahun 2000-2001, rata-rata mangsa penculikan di perairan Filipina adalah warga asing. Filipina digelar ibu negara penculikan dunia berikutan gejala negatif yang dilihat berleluasa sejak tiga dekad lalu.
  4. Dianggarkan seramai 10,000 wanita dijual-beli di negara China setiap tahun. Pada tahun 1999 sahaja, dilaporkan seramai 7,660 wanita diculik untuk sindiket kahwin-paksa yang didalangi ejen pelacuran.
  5. UNICEF (United Nations International Childrens Emergency Fund atau Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu) menganggarkan seramai 300,000 orang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun diperdagangkan sebagai buruh ketenteraan di negara-negara yang terlibat dalam konflik perang.
  6. Dianggarkan 75-80% pemerdagangan manusia adalah untuk menjadikan mangsa sebagai hamba seks, dan kebanyakan hasil kajian yang dijalankan menunjukkan jenayah ini antara penyumbang utama dalam penyebaran virus HIV.
  7. Dianggarkan 30,000 orang mangsa pemerdagangan seks mati akibat penderaan, penyiksaan, tidak diberi makan dan minum serta jangkitan penyakit setiap tahun.
  8. 8% daripada jumlah tersebut adalah mereka di antara umur 6 hingga 24 tahun yang dijual sebagai hamba seks.
  9. 80% penduduk Korea Utara yang memasuki China adalah wanita dan sembilan daripada 10 meraka adalah mangsa pemerdagangan antarabangsa manusia.
  10. Pakar psikologi mendapati bahawa mangsa biasanya hanya berdiam diri, mereka enggan tampil membuat laporan atau cuba mendapatkan bantuan kerana takut keluarga/orang tersayang diganggu dan dianiaya oleh si penjenayah.                                                                                                              
Hah bukan main kronik jugak kan kes kehilangan kanak-kanak dan penculikan ni....Kepada korang semua jaga diri, dan keluarga...sama-sama kita membanteras Gejala Tidak Bermoral ini (Macam pesanan khidmat masyarakat la pulak...kikikkiiii)

(sumber dipetik daripada astro view)

Isnin, 27 Ogos 2012

LAWAK SENGAL DI MALAM HARI : 5 RIYAL


Pada suatu hari, Pak Tongkol melawat ke sebuah negara Timur Tengah. Oleh kerana sudah lewat malam, Pak Tongkol menahan teksi untuk pulang ke hotelnya.

Pemandu: Mau ke mana Encik? (Dalam Bahasa Arab)
Pak Tongkol: Jalan Antah Berantah. Berapa bayarannya?
Pemandu: Sepuluh Ringgit Syeikh (Translate Riyal ke Ringgit hihihi)
Pak Tongkol: Baiklah

Pak Tongkol pun naikla teksi tadi tu dan pulang ke hotelnya. Setibanya di Hotel....

Pak Tongkol: Nah 5 Riyal...
Pemandu: Haiiiihhh Encik...tambang yang Encik perlu bayar sebanyak 10 Riyal...
Pak Tongkol: Haaaiiiiissshhhhhh ente ni....Kita kan naik teksi ni berdua....nah jadi 5 Riyal la seorang....


UJIAN TERHADAP 3 ORANG HAMBA ALLAH





Ada tiga orang lelaki Bani Israel yang sudah lama menghidap penyakit sopak, botak dan buta. Allah SWT menguji mereka lalu diutusakan seorang malaikat menyerupai manusia. Malaikat itu pun bertemu dengan dengan lelaki pertama, berpenyakit sopak seraya bertanya, “Apakah yang paling engkau idamkan?” Lalu lelaki itu pun berkata, “ Saya suka warna kulit yang cantik dan bersih. Saya suka sekiranya penyakit sopak yang menjijikkan ini sembuh!” Malaikat itu terus menyapu kulit elaki tersebut lalu sembuh serta-merta . Kulitnya yang hodoh berubah menjadi cantik, licin, dan bersih. Malaikat bertanya lagi, “ Apakah harta yang paling kamu suka?” Lelaki itu menjawab, “Unta!” Lalu seekor unta yang sedang bunting diberikan kepadanya. Sebelum beredar, malaikat itu bekata, “Semoga Allah memberkatimu pada unta ini!”

Selepas itu, Malaikat itu bertemu pula dengan lelaki botak lalu bertanya, “Apakah yang paling kamu suka?” Jawabnya, “Rambut yang cantik. Saya juga suka jika masalah rambut jujur ini sembuh!’” Lalu malaikat terus menyapu kulit kepala lelaki itu maka sembuhlah dia dan rambutnya kembali lebat dan cantik. Malaikat bertanya lagi, “Apakah harta yang kami paling sukai?” Lelaki itu pun menjawab “Lembu!” Lalu seekor lembu yang tengah sarat bunting diberikan kepadanya dan malaikat itu  berkata, “ Semoga Allah memberkati kamu pada lembu ini!”

Setelah itu, malaikat bertemu pula dengan lelaki buta dan bertanya, “Apakah yang paling kamu suka?” Jawabnya, “Saya suka sekiranya Allah mengembalikan penglihatan saya dan saya dapat melihat manusia dan alam ini!” Lalu Allah pun mengembalikan penglihatan lelaki tersebut. Malaikat bertanya lagi, “Apakah harta yang paling kamu suka?” Jawabnya, “Kambing!” Lalu dua ekor kambing, yakni kambing jantan dan betina diberikan kepada lelaki tersebut. Kemudian kambing betina tersebut melahirkan anak dan terus membiak.
Lelaki pertama yang sembuh daripada penyakit Sopak mempunyai satu lembah yang dipenuhi oleh unta. Lelaki kedua yang sembuh daripada penyakit botak pula, mempunyai satu lembah yang dipenuhi dengan lembu. Manakala lelaki yang ketiga yakni yang diberikan semula penglihatannya mempunyai satu lembah yang dipenuhi dengan kambing yang tidak terkira banyaknya.

Selepas sekian lama, malaikat yang diutuskan oleh Allah untuk menyembuhkan ketiga-tiga lelaki tersebut menemui semula mereka bertiga. Semasa bertemu dengan lelaki yang pertama, Malaikat itu meyerupai seorang yang berpenyakit Sopak. Lalu berkata malaikat tu, “ Bekalan saya sudah habis bagi meneruskan perjalanan. Saya tiada tempat meminta pertolongan selain Allah untuk sampai ke tampat yang ingin ditujui. Demi Tuhan yang sudah mengurniakan kepada tuan kulit yang cantik dan bersih serta harta, saya perlukan seekor unta!” Lalu lelaki itu pun berkata, “Saya mempunyai banyak tanggungan..saya tidak memiliki harta yang lebih.” Lalu malaikat itu berkata, “Saya rasa, saya kenal kamu. Bukankah kamu dahulu seorang yang menghidap penyakit Sopak dan dipandang kotor oleh orang ramai? Bukankah kamu juga dahulu seorang yang fakir, lalu Allah mengurniakan kamu harta yang banyak, satu lembah Unta!” Lelaki itu menjawab, “Sebenarnya saya mempusakai segala harta ini daripada Ayah dan Datuk saya!” Malaikat berkata lagi, “Apabila kamu berbohong, Allah akan mengembalikan kepada kamu keadaanmu yang asal!”

Kemudian, malaikat itu bertemu pula dengan lelaki kedua yang pernah ditimpa penyakit botak. Malaikat itu menyerupai seorang yang botak. Malaikat itu meminta sebagaimana lelaki yang pertama, seekor lembu. Lelaki kedua ini juga menjawab seperti lelaki pertama malah dia berkata bahawa segala ternakan yang dimilikinya itu adalah hasil warisan nenek moyangnya. Amaran diberikan kepada lelaki itu kerana berbohong!

Seterusnya, Malaikat menemui lelaki ketiga lalu menyerupai seorang yang buta. Malaikat itu berkata, “Saya ini miskin dan dalam perjalanan. Demi Tuhan yang sudah mengembalikan penglihatan tuan, saya perlukan seekor kambing!” Lalu lelaki ketiga itu berkata, “Benar dahulu saya seorang yang buta, lalu Allah menyembuhkan saya. Terpulanglah kepada tuan hamba, ambillah sebanyak mana yang tuan hamba mahu. Demi Allah, saya tidak akan menuntut semula apa yang kamu ambil pada hari ini. Saya lakukan ini semata-mata kerana Allah!”

Lalu malaikat pun berkata, “Jagalah hartamu dan segaka ternakanmu ini. Sebenarnya, kamu semua diuji oleh Allah dengan segala nikmat dunia dan harta benda. Sesungguhnya Allah meredhai kamu jika kamu redha dengan Allah. Sebaliknya Allah amat murka dan melaknat kepada kedua-dua orang sahabatmu itu kerana tidak bersyukur dengann nikmat Allah….” 

Semoga cerita ini...boleh menjadikan kita sebagai Hamba yang sentiasa mengingati nikmat Allah...
(^_^)

FAKTA BAHAYA MEROKOK




Hi semua...kali ni aku nak kongsi dengan korang Fakta mengenai Rokok...Korang yang merokok tu....kalau sudi nak baca dipersilakan...manala tau...lepas baca korang yang merokok tu ada hajat nak berhijrah dari tabiat merokok kan bagus...huhuhu okla mari kita mula....

1.Lebih 10,000 kematian di Malaysia setiap tahun direkodkan berpunca daripada merokok. Bilangan kematian ini jauh lebih banyak daripada jumlah keseluruhan kematian akibat AIDS, tibi, malaria, pneumonia dan kemalangan jalan raya.

2.Percaya atu tidak, merokok merupakan penyumbang kepada kes kebakaran sebanyak 25 peratus (Huhuhu banyak tu....)

3.Negara kita dianggarkan rugi sebanyak RM20 Bilion setahun hanya kerana menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti pesakit akibat merokok dan menghidu asap rokok.

4.Hasil kajian yang dijalankan oleh United State Surgeon General membuktikan bahawa perokok lelaki akanmati 13 tahun lebih muda berbanding mereka yang tidak merokok. (Tak takut kerrr....)

5.Banyak kesan buruk akibat merokok antaranya, deria hidung kurang sensitif, keupayaan mental dan fizikal terganggu, gangguan sistem gastrousus seperti ulser perut, penyakit jantung dan kanser pankreas.(Merana badan dik oiiiii)

6.Gigi seorang perokok mudah rosak manakala gusi mudah bengkak. Keadaan ini lambat-laun boleh menyebabkan tisu tulang penyokong gigi musnah dan akhirnya terpaksa dicabut.(Korang tak malu ka kalau gigi depaan korang tak da????)

7.Kemujaraban atau keberkesanan sesuatu ubat untuk merawat sesuatu penyakit berkurangan sekiranya seseorang itu kerap merokok.(Neh kalau korang demam...makan Panadol pun demam korang lambat Kebah...)

8.Sekiranya seseorang lelaki merokok lebih daripada 20 batang sehari di rumah, maka risiko isteri dan ahli keluarganya yang lain untuk mendapat kanser adalah dua kali ganda. Aras nikotina, karbon monoksida dan bahan kimia lain dalam darah perokok lebih tinggi daripada manusia normal.

9.Bahan kimi dalam asap rokok merangsang salur pernafasan sekali gus boleh menyebabkan penyakit asma.

10.Karbon monoksida dalam rokok mengurangkan oksigen dalam darah, justeru boleh menyebabkan sakit jantung.

11. Merokok menyebabkan kualiti sperma berkurangan. Perokok tegar juga boleh terdedah kepada risiko mati pucuk bagi lelaki.( Betul ni korang tak takut???!!!)

Hah...aku harap lepas korang baca mengenai Fakta Bahaya Merokok ni...korang jangan cuba dekatkan diri nak jadi perokok ok...Kalau yang dah jadi perokok tegar tu...aku harapla korang akan berubah dari masa ke masa...memang sukar untuk berbuat demikian...tapi Hanya anda yang mampu mengubah diri anda...(HUHUHUHhuhuhu....)  

NAK WIFI FREE



Hai senangnya dalam hati...
kalau dapat Wifi Free...
boleh online sana-sini...
Tak perlu susah hati...

(paling best guna melodi Lagu Madu Tiga...)

Hi korang semua....dah nyanyi lagu dekat atas ni....Bestkan...kalau dapat wifi free....hehehe...aku nak kongsi dengan korang semua macam mana nak dapatkan Wifi Free...senang jerrrr....segalanya dihujung jari anda...(Wahhhh gitteeewww.....)

Ikut langkah-langkah ni ok....

1.Masuk laman ni...https://maps.google.com/
2.Korang taip dekat kotak Carian dengan perkataan "Free Wifi"
3.Sekarang korang boleh nampak dalam map tu ada titik merahkan....hah tu la lokasi yang ada menawarkan Wifi percuma....huhuhuhu...senang kan...

(^_________________________^)
Selamat Mencuba!!!!

Ahad, 26 Ogos 2012

TANGAN KANAN VS TANGAN KIRI




Sebuah kisah berlaku di akhir abad ke-19. Suatu hari Tengku Kudin (Kerabat diRaja Kedah yang menetap di sebuah  kawasan di Selangor) telah dijemput oleh Residen British menghadiri satu jamuan makan malam di rumah residen tersebut. Ketika semua tetamu bersedia menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun dan menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu daan garpu, beliau dengan selambanya menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya.

Telatah Tengku Kudin diperhatikan oleh seorang Wanita Inggeris yang kebetulan duduk berhampiran dengannya. Berasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu maka wanita itu pun bertanya..." Kenapa anda makan dengan menggunakan tangan? Bukankah menggunakan sudu dan garpu itu lebih bersih dan lebih sopan?" Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh tetamu yang lain, "Saya makan menggunakan tangan ada tiga sebab, Pertama, Saya tahu tangan saya lebih bersih daripada sudu dan garpu kerana saya sendiri yang membasuhnya dan bukannya orang lain. Sudu dan garpu yang dibasuh oleh orang lain belum tentu cukup bersih. Kedua, Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang sahaja yang mengggunakannya, tidak pernah dipinjamkan kepada orang lain, sedangkan sudu dan garpu itu ramai yang pernah meggunakannya. Ketiga, Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh ke dalam longkang."

Jawapan yang Tengku Kudin berikan telah membuatkan tetamu lain terlopong mendengarnya...


(Cerita ini dipetik daripada DR.ANDIKA AZIZ HUSIN,Pensyarah, Pengiat Seni,UMS)

PENGAKUAN IKHLAS DARI NORISH KARMAN

Kecoh seMalaysia bila terdengar atau terbaca atau terlihat berita mengenai Pelakon dan Penyanyi ni melahirkan Bayi baru...amat mengejutkan lagi...bila ada sesetengah pihak membuat spekulasi yang Norish Karman ni.lahirkan bayi luar nikah!!! Betula ka tu????!!! okla korang dapatkan jawapan tu dalam link ni ok

Dah baca???? apa macam??? komenla...(^_^)

OH UNIVERSITIKU, OH KERJAYAKU....


dapat masuk mana????

Hi korang semua....(Macam biasa dengan ayat terjah aku ni...) Hehehhe...ok la fokus dengan entri aku kali ni...Memandangkan bulan September ni...Seluruh IPTA dekat Malaysia ni bakal menerima mahasiswa/i baharu jadi aku nak berkongsila dengan korang semua tentang fenomena yang akan dialami oleh bakal mahasiswa/i ni...sama ada sebelum masuk Universiti...semasa dalam Universiti..hihihi..."Ko nak kongsi apa tu??? Tak kan pasal Assignment..itu kan dan jadi kewajipan buat pelajar U...." Ni adala...

Berdasarkan pengalaman aku sendiri...masa mula-mula dapat tawaran melanjutkan pengajian dalam Salah sebuah IPTA ni...aku rasa tak puas hati dengan kursus pengajian yang ditawarkan kepada aku....Yala aku nak yang itu..tapi kena pulak aku di campak dengan yang ini....(Korang pun mesti pernah terfikir perkara yang samakan....???) Kadang-kadang tu...rasa macam nak tarik diri jerrrr...tak mau sambung study...Malah ada yang nak buat pertukaran Kursus...huhuhuhu....

Tapi lama-kelamaan aku boleh menerima hakikat yang telah ditetapkaan oleh Allah kepada aku...Malah aku dah pun jatuh cinta dengan Kursus aku tu...Jadi aku nak pesan dengan bakal-bakal mahasiswa/i  yang akan menjejakkan kaki ke Univesiti bulan September ni....korang yang dapat atau senasib dengan aku...janganla terus meroyan....atau Jadi HISTERIA...dengan kursus yang korang tak suka tu...Bagi aku korang semua patut bersyukur sebab diberikan peluang untuk merasai kehidupan Universiti...Yala...dalam beratus ribu yang mohon cuma sebahagian jerr yang berjaya dipilih....ada yang lain tu plak kena tunggu panggilan ke dua...

Bila dapat tau kursus yang korang ditawarkan tu...korang janganla terus fikir pasal kerjaya korang pada masa hadapan...Ni tak...ada yang dah dapat keputusan,bila ditanya oleh kawan-kawan ka...mak bapa ka...jiran ka..atau saudara mara ka...kursus apa yang korang dapat??? Mesti diorang akan kata "Kursus apa tu??? Nanti kalau dah grad boleh jadi apa????!!!" Bagi aku....ni la salah satu punca mengapa bakal pelajar Universiti ni tak bersemangat nak mulakan pengajian...Kepada korang yang mengalami situasi macam ni....korang bagitau jerr "Dapat masuk U pun kira dah cukup bersyukur....Soal kerjaya tu pulak letak ketepi dahulu....Sebab saya nak fokus Study dan dapatkan Kecemerlangan bila dalam Universiti kelak....soal kerjaya tu semua...Saya akan fikirkan bila dah grad nanti..sebab saya yakin dengan Rezeki yang ditetapkan oleh Allah..." neeehhhh...bila korang bagi jawapan macam tu...kompom mulut-mulut diorang tu tertutup rapi...korang percayala.....

Jadi..korang semua yang bakal memulakan kehidupan kampus ni..aku nak pesan...jaga diri,maruah...jangan cepat terpengaruh dengan situasi baru yang dijumpai ok...kalau rasa-rasa diri tu gatai nak jugak buat perkara yang tak elok...korang cepat-cepat betulkan niat korang balik...Masuk U ni untuk apa??? Adakah untuk suka-suka???? atau nak berjaya???? (Korang jawab..) Ingat Mak Bapa korang di kampung....yang sentiasa mendoakan kejayaan korang semua....jangan kecewakan mereka...ok...

Salam (^____^)

CARA MAU CARI TANG MANA BLOG ID...

Hi semua...kali ni aku nak kongsi satu lagi tutorial buat new comers dalam dunia blogging ni....a.k.a seangkatan dengan aku...hhhuhuhu..(Masih muda tau tapi dalam dunia blogging... realitinya..yang hado!!! hahahaha) "Apa tu ID???" Ok...ID ni merupakan satu bentuk pengenalan diri kita yang datang dalam bentuk nombor mahupun abjad atau kedua-duanya sekali.....Simple nak kata ID ni kita selalu guna...Malah dalam kad pengenalan pun ada ID nya yang tersendiri....Sama jugak dengan berblog ni...Setiap blogger akan diberikan dengan ID sendiri....(Faham kerrr?????) Cara nak cari ID blog ni...tak la susah sangat senang jerrr....ikut langkah-langkah dekat bawah ni ok....(^___^)

1. LOGIN > DESIGN
2.Korang ikut cara dalam gambar ni ok....(KOMPOM TAK KAN SESAT....hehhehe)


3.Ok..lepas tu..korang akan dapat paparan macam dekat bawah ni....korang ikut apa yang aku dah tandakan tu ok...


Dah siap..korang dah pun jumpa ID blog korang...hehhehe...senang jerr kan...hihihi kan dah cakap tadi...(^____^)

Jadi masa akan datang ni..kalau korang nak buat TOUCH UP dekat blog korang ni..adala sebahagian aplikasi yang memerlukan kod ID korang...neh.....jadi korang tak yala susah lagi...kan dah MASTER huhuhu...ok la Salam...

Sabtu, 25 Ogos 2012

DULU LAIN,SEKARANG LAIN


Hi korang semua....huhuhuu...Petang tadi adala nonton rancangan Generasi Y dalam TV1 RTM...nampakla diorang si Muaz tu (pengacara) bincang pasal raya dulu dengan sekarang ni....Contonhnya, macam kirim kad raya....kalau dulu kedai-kedai yang ada jual kad raya akan dipenuhi dengan pembeli yang sibuk duk cari kad raya untuk diberikan kepada keluarga atau kawan plus Makwe..atau Pakwe...hhihihihiii....Itu dulu tapi sekarang semua tu dah kurang diamalkan dan kadang-kadang tak da yang minat nak beli pun kad raya.........Kalau nak kirim kad raya zaman sekarang ni mudah jak....send guna e-mail..gunakan e-Kad...guna FB,Twitter,BB huhhuhu....

Lepas tu kalau orang dulu-dulu..diorang sambut raya dengan penuh gembira...Yala ada yang pergi ziarah rumah family...rumah kawan-kawan...dan jiran...Tapi sekarang ni pulak...Segelintir daripada kita lebih gemar beraya di Rumah sendiri...."Macam mana boleh jadi macam tu????" Ni la...sebab kita nak sangat nonton semua rancangan raya dalam TV tu....ha itu yang buatkan punggung kita tak nak lepas daripada tempat duduk...huuhuhu...

Diorang ada jugak la bincang pasal kuih raya....part ni aku suka sebab si Muaz tu pergi tanya dengan tetamu undangan dia..huuhuhu yang best sebab tetamu dia ni adalah orang-orang blogger...macam TerbangTinggiTinggi.com....PenMerah.com...Mansor Twins.blogspot...dan yang lain-lain....Si Muaz tanyala...kalau kuih raya yang ada dalam rumah diorang tu macam mana???...Buat sendirika???? Atau yang main Tunjuk jak....(Main beli jerrr....) kekeke...Ada yang bagi jawapan COVERITA gitewww...hahhaha...macam ni..."Takla...kitaorang buat sendiri...." Betul kerrr....hehehhe...Lepas tu...adala jugak ditanya pasal cara nak jaga badan masa Raya ni...maklumla...Masa Raya ni semua hidangan yang ada depan mata kita masa dekat rumah orang tu sedap-sedap belaka....Ikutkan hati nak disondolnya semua...Tapi tak elok la..nanti buatkan badan kome cepat naik...Jadi pemilik blog PenMerah.com pun bagila   tips untuk kekalkan bentuk badan ideal...macam Kalau pergi beraya rumah orang belah Pagi...ambik la makanan berbentuk sarapan...macam Nasi dengan seketul ayam kerrr..atau sesudu rendang kerrr...Kalau tengah hari dengan petang pulak...just makan biskut raya...malam plak ambik makanan yang jenis LIGHT...heheheh....

Banyakla info-info berguna yang aku dapat dalam Rancangan tu...semuanya amat penting bagiku...hehehe...Kadang-kadang tergelak jugak aku bila tengok slot sampaikan ucapan raya...aku paling tak boleh lepas dengan ucapan dari seorang penonton rancangan tu...dia cakap macam ni.."Raya kena Happy-Happy..." (Sambil buat muka cute...hehhehe kiut kerrrr....)



MENJELANG EXAM....OH!!! NO!!!

Hi...selamat pagi korang semua....Macam mana hari ni??? Sihat??? Masih lagi dalam mood Raya??? Hahahaha...harap-harap korang semua sihat...dan masih lagi bersemangat untuk beraya...(Maklumla...Rayakan Sebulan....) Okla..fokus kepada Entri aku ni...Aku tau...ada di kalangan pembaca blog aku ni yang bakal menduduki peperiksaan terbesar kan...macam UPSR,PMR,SPM...dan jugak STPM...kan..kan..kan....Adala adik-adik ni tanya aku..."Abang...kalau nak dekat Periksa ni..Abang selalunya buat apa masa hari tu????" (Wah...Abang...katanyeeerrrr...) Oh...korang nak tanya tips dan panduan la ni kan....ok aku akan kongsi dengan korang semua...panduan atau Tips yang aku selalu guna masa duduk Periksa hari tu.....



1.LATIH TUBI
Hah...ni mesti jadi kewajipan...kalau nak berjaya atau nak lulus cemerlang dalam Periksa...korang semua kena rajin buat latih tubi....Aku sarankan korang mula dari sekarang....Sebab masa ni la korang kena perlengkapkan diri dengan me"MASTER"kan diri dengan subjek-subjek yang korang bakal jawab masa periksa nanti....Kalau yang belum Master dengan sesebuah subjek tu...korang kena berjumpa dengan Cikgu Subjek tu mintak dia bagi penerangan semula...."Alah..ni yang aku tak suka...Malula mau jumpa cikgu dalam bilik guru tu..." Chhhooppp!!! Kata nak berjaya...kalau mau berjaya...perasaan malu untuk bertanya terutama sekali tentang Ilmu perlu dibuang jauh-jauh ok...

2.OFF FACEBOOK,TWITTER,BLOG dan seangkatan dengannya...
Yang ni paling penting....Kalau nak berjaya dalam Periksa....korang kena 'cut off' masa korang dengan dunia maya ni...."Tapi Bang..." Takda tapi-tapi...sebab ,masa korang duduk Periksa tu nanti...korang Jawab gunakan apa??? Ada ka korang guna LAPTOP,iPHONE,iPAD,Blackberry,SAMSUNG TAB untuk mencari jawapan??? Tak kan...semua gunakan Otak untuk berfikir...Mata untuk meneliti...dan tangan untuk Menulis jawapan..So, Tak da maknanya kalau korang banyak luangkan masa dengan FBla...Twitterla...BBla...Tak da maknanya dek oiiii...Sebab pada masa periksa nanti korang kena bergerak sendiri...Takda yang nak UPDATE STATUS nak bagi jawapan dengan korang...Takda yang NAK TWEET masa korang dah duduk dalam dewan Periksa....semuanya TAKDA! ok...

3.JADUAL BELAJAR YANG SISTEMATIK
Aku yakin sangat..tentu korang semua dah diajarkan bagaimana nak buat jadual belajar..."Mana ada...." Ko rang jangan nak temberang dengan aku...aku tau la...memangla korang tak diajar masa dalam kelas harian...Tapi mesti korang semua pernah diajar masa dengar Ceramah daripada Cikgu atau penceramah Khas yang datang ke Sekolah korang kan..kan..kan...Jadi korang kenala susun jadual belajar korang...ikut macam mana yang telah diajarkan...Tak da ALASAN ok...."Ermmmm...Bang macam mana tu???" Korang tak tau???!!! Ok la..macam ni...korang kena luangkan masa lebih kurang 2 jam untuk Study balik apa yang korang dah 'Study'kan dekat sekolah bila  pulang Rumah...atau Asrama.Dalam sehari tu...kalau boleh korang buat ulangkaji untuk 2 subjek...Jangan lupa luangkan sedikit masa untuk beriadah....Takda maknanya kalau sibuk duduk terperuk dalam Bilik sambil Study tapi badan tak pernah 'workout' nanti masa Periksa korang sakit macam mana???? huhuhuhu....

4.JAGA DIRI
"Aik apasal pulak kena jaga diri????" Hah...korang ni...nak dekat Periksa nanti..korang kenala jaga diri korang...jangan terlalu banyak keluar rumah...buat aktiviti yang tak elok..."Tak elok macam mana???" Alahaiiiiii...ni hah..macam pergi merempit...buat aktiviti lasakla...maklumla nak hilangkan Tension...Betul apa yang korang buat tu untuk hilangkan Tension..tapi jangan sampai memudaratkan diri...Yang gatai nak pegi merempit tu...lupakanla hajat korang tu....Kalau dah patah tangan nanti macam mana nak jawab periksa....Guna Kaki???? Korang mampuka...Guna Mulut???? Makan pun tak Pass...Jadi jangan buat benda tak elok plus boleh memudaratkan diri korang ok....Korang perlula juga jaga pemakanan...Banyakkan makan makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan...Macam...Kismis...Kacang Bendi...Tempe...Petai (Petai pun boleh bantu kuatkan ingatan korang tau...tak tipu ni...)

5.BERDOA
Ni pulak...panduan terakhir dari aku untuk korang...Kalau dah buat apa yang patut dibuat sebelum Periksa ni...macam Study,Latih tubi...korang kenala berdoa...dan bertawakkal..mintak Kepada Allah untuk dipermudahkan urusan korang masa nak jawab periksa nanti....Tak da guna kalau dah berusaha tapi tak berdoa..nanti ilmu korang tak berkat dek oiii...Ok jangan lupa kalau dah berusaha kena ditambah dengan Berdoa..selebihnya kita serahkan kepada sang Pencipta...

Nehhh....korang dah bacakan semua panduan yang aku berikan....Apa yang patut korang buat masa nak dekat Periksa ni..Harap ianya dapat membantu korang semua....Aku beri panduan macam mana nak berjaya dalam Periksa jak..bukan cara macam mana nak Skor A...kalau nak skor A jugak korang pergi jumpa cikgu korang...hehehhehe...ok selamat mencuba...good luck (^_^)


Layan lagu ni...baru semangat! (^_^)

Jumaat, 24 Ogos 2012

KEMBALI SUNYI

Hurrrmmm....malam semua...Apa khabar??? Baik kaaaa???? Baik jugak kan....Aku sekarang ni tengah diselubungi dengan atmosfera kesedihan...nak tau sebab apa??? Ni hah...Pasal sebahagian daripada keluarga besar Aku ni dah balik ke tempat kerja masing-masing...huhuhuhu...Rasa macam cepat plak masa berlalu....sekarang ni dah masuk Syawal ke-6...Waaarrrrrr cepatnya....Rumah pada malam pertama Raya bukan main riuh-rendah...sekarang ni dah jadi sunyi balik...(Part ni yang aku tak suka...)

Satu demi satu saudara aku dengan mak cik,pak cik aku beransur pulang....Malam ni pun ada lagi yang nak balik...Esok pagi pun ada jugak...memang aku terasa kesunyian tu....huhuhuhhu...Entah bila lagi kitaorang dapat kumpul macam ni...Raya Haji lama lagi....Entah la...kali ni aku betul-betul rasa sunyi...padahal perkara yang sama juga telah aku lalui dua tiga tahun yang lalu....(Mungkin baru sekarang kot aku betul-betul rsa erti Raya ni...plus dengan Sanak saudara....

Okla...kepada korang yang nak balik ke tempat kerja tu...ingat bila memandu tu berhati-hati...kalau yang naik Bas atau Kapal terbang tu..banyakkan berdoa...agar  perjalanan korang semua selamat...(^_^)

NAK DISEGANI, TAK MAU DISENANGI



Hi korang semua....okla aku terus nak fokus dengan entri aku kali ni...Kalau dahulu manusia hidup dalam permuafakatan...kerjasama...toleransi...hidup disanjungi dan disenangi oleh masyarakat sekeliling...Tapi sekarang ni semua tu sudah berubah...Dunia zaman sekarang ni, menuntut manusia untuk bersaing sesama sendiri untuk Disegani oleh masyarakat sekeliling. "Apasal boleh jadi macam tu???" Zaman sekarang ni...manusia akan dipandang sekiranya mempunyai pengaruh yang kuat serta kekayaan yang bergantang-gantang....Sekarang ni pun kalau nak buat hantaran meminang anak dara orang..Hal yang pertama yang akan dirundingkan mengenai duit Hantaran...kalau kena dengan citarasa keluarga anak dara tersebut..maka tersenyum lebarla mak Pengantin....kan..kan..kan...

Ok...selain dari itu, dunia kini juga menuntut manusia untuk bergerak pantas sepantas jet pejuang..(Tak la sampai macam tu...huhuhuhu) Masa nak tunggu LRT,MONORAEL tau RAPid mahupun bas...persaingan yang dimaksudkan akan dapat dilihat menerusi mata kasar...Manusia berpusu-pusu mengerumuni pintu pengangkutan tersebut tanpa mengira jantina...tua mahupun muda...(Kadang kesian jugak tengok warga emas yang terpaksa berhimpit masa nak naik...) Ini semua berlaku kerana apa???? Kerana perasaan ingin menguasai agar diri disegani...Lantas tidak mau bersimpati kerana tak ingin disenangi....kan..kan..kan..

Amat jelas lagi...fenomena ini bukan hanya berlaku di negara kita Malaysia...malah berlaku juga di negara luar malah Negara yang telah mempunyai Ketamadunan yang tinggi di dunia ini..(Korang tau jugak kan...) Apa???!!! korang tak tau...hurrrmmm...korang masih ingat lagi ka dengan satu insiden yang berlaku di Negara China..mengenai seorang kanak-kanak yang dilanggar lari...tetapi tidak mendapat perhatian daripada masyarakat yang berada di sekitar kawasan kejadian...Itu ka yang dikatakan Negara Bertamadun????!!! Terlalu mengejar kekuasaan monopoli demi memenuhi beberapa aspek untuk diSegani oleh masyarakat Seantero dunia....???? (Korang jawab sendiri..)

Perasaan ingin disegani juga turut kelihatan dalam dunia Ekonomi...Kalau disoroti lembaran Sejarah negara kita suatu ketia dahulu...Penjajah asing yang datang ke Tanah Melayu telah ditanamkan dengan Benih-benih untuk disegani..."BUkti awak????" Konsep 3G amat jelas menerangkan maksud penjajahan barat tersebut...."Apa tu 3G????? Line 3G kerrr???" GOLD,GLORY and GOSPEL... merupakan prinsip yang digunakan oleh penjajah di sesebuah kawasan jajahan agar mereka merasa diri mereka disegani oleh masyarakat dijajah....Berkenaan dengan penguasaan dalam Dunia Ekonomi perkataan GOLD itu sendiri sudah cukup menyatakan motif penjajah dalam dunia Ekonomi...Bermakna,apabila kekayaan sudah digenggami...maka amat senang buat penjajah untuk meletakkan diri mereka jauh lebih Tinggi daripada masyarakat Dunia lantas menjadikan mereka Disegani bukan...??? (Anda jawab....)

Malah dalam dunia moden ini, terdapat juga segelintir masyarakat yang masih lagi berusaha untuk disegani dan melupakan untuk disenangi...Misalnya dalam dunia maya..laman sosial...Para pengguna akaun FB,TWITTER dan sebagainya berusaha untuk meraih perhatian daripada Kawan mahupun pengikut dalam sesebuah Laman sosial tersebut....Pendek kata..ingin menjadi popular lantas disegani...

Ok..sebelum aku mematikan celoteh aku ni....aku buat entri ni sebenarnya sekadar untuk mengingatkan diri aku dan juga kawan-kawan yang lain...agar meletakkan diri kepada paksi untuk disenangi dan bukan untuk disegani...Tapi aku berkata bahawa Disegani itu tidaak baik dan disenangi itu baik...Bagi aku itu menjadi hak masing-masing...terpulang kepada empunya diri untuk memilih....(^_^)


OH NO!!!

Suspen di pagi hari....huhuhuhu...terkejut aku bila dapat tau yang keluarga kakak ipar aku nak bertandang ke rumah hari ni....Yang lagi bikin aku terkezzzuuttt habis ni...bukan setakat sebijik kereta jak yang datang ni....Sampai 4 bijik kereta...Nah dahla stok kuih dah tinggal sikit....terpaksala aku dengan  mak cik-mak cik aku ni masak lauk...terpaksa bersihkan ayam...masak nasi...hahahahhahaaaa.....kelam-kabut kami di buatnya....

Aku sendiri ni plak diri belum terurus lagi...baju belum iron lagi....macam manala nak hadap keluarga kakak ipar aku tu....malu.......(-__-) Ni la yang dikatakan perancangan luar jangkaan....yang di plan cantik,rapi tetiba bertukar menjadi kecoh...huhuhuhu..mak cik aku ni pun dah kepoh-kepoh dah....huhuhuhuhu....


FAKTA MENGENAI BIBIR

Hi korang semua...hari ini aku nak mulakan dunia blog aku dengan beberapa fakta mengenai BIBIR ok...hehehehe...Tentu korang suka kan kalau dapat bibir yang seksi macam Angelina Jolie...kan..kan..kan...Bibir ni merupakan satu aset terpenting bagi manusia...malah menjadi tarikan utama buat yang memerhati diri kita...Huhuhuhuhu...."Fakta dia ni mana....cakapla cepat!!!???" ok-ok....sabar yer....Walaupun korang ada bibir seksi macam Angelina Jolie tu...tapi korang termasuk aku tak kan mampu buat benda-benda ni kan....

1.Anda tidak boleh mencium Hidung anda menggunakan Bibir sendiri
2.Anda tidak boleh mencium Dagu anda menggunakan Bibir sendiri
3Anda tidak boleh mencium Dagu anda menggunakan Bibir sendiri
4.Anda tidak boleh mencium Siku anda menggunakan Bibir sendiri
5.Anda tidak boleh mencium telinga anda menggunakan Bibir sendiri

Hehehehehe....apa macam betul kan...kekekkee "Ko ni...bikin sengal la.....!!!!" huhuhuhu....mestila....Tapi ada jugak benda-benda yang korang selalu buat menggunakan bibir korang ni...macam..

1.Anda boleh mengangkat sebatang Pensel @ Pen menggunakan Bibir sendiri
2.Anda boleh mencium Lutut anda menggunakan Bibir sendiri
3.Anda boleh mengeluarkan kata-kata manis dan pahit menggunakan Bibir sendiri
4.Anda boleh menghisap ibu jari tangan anda menggunakan Bibir sendiri
5.Anda boleh muncung-muncungkan Bibir anda bila nak bergambar menggunakan Bibir sendiri...

Ni semua betulkan....kalau tak betul tu...maknanya anda mempunyai masalah dengan diri anda sendiri..hhhehehehhee...

ok la...Carutan di Pagi hari cukup untuk setakat ini....ok salam...(^_^)

Khamis, 23 Ogos 2012

BARU VS LAMA

Hi korang semua....kali ni aku nak cuba ketengahkan entri yang boleh membuatkan korang semua berfikir....sama ada apa yang aku carutkan ni betul atau tak..."Apa lagi tu???? Mesti menyengatkan????" Tak la jugak...ni ha...Aku nak korang semua fikir-fikirkan tentang apa yang aku nak cakap ni....Betul ka...kalau bukan disebabkan yang lama ni..yang baru tak kan wujud??? Erm...bagi aku tak semestinya...sebab zaman sekarang dah berubah..."Eiiissshhh ko ni...tak baik cakap macam tu....ko tu kena ingat...kalau bukan disebabkan oleh si Lama ni...ko tu takkan wujud...." Erm...aku nak korang cakap dari segi perspektif lain...bukan pasal siapa yang lahir dulu dalam muka bumi ni.....hehehhe...

"Contoh???" Mengenai idea daripada kita ni sebagai anak muda...Errr.....korang rasa salah ka kalau kita nak suarakan idea kita ni....plus idea yang masih fresh???? Tak kan...(Aku bingung sendiri....) Sebab ni hah...dala m Family aku ni...adala segelintir yang memandang enteng dengan idea yang aku cuba suarakan...Kalau aku cakap ni...ada yang bantah...."itu tak boleh sebab lari daripada warisan keluarga kita..." Tapi kalau  difikirkan balik dengan sepupu aku yang lain...Aku rasa tindakan aku tu memang wajar...sebab..kita ni kena ikut peredaran zaman...Cuba korang fikir...kalau kita masih lagi mengamalkan amalan atau warisan lama pada masa sekarang ni...tak ka korang rasa pelik???? "Ermmm....warisan apa yang keluarga ko tu amalkan????" Ermmm tak boleh la cakap...nanti ada yang terasa...ni pun aku buat entri ni aku kena fikir dua tiga kali....takut nanti ada yang kecik hati bila membacanya....huuuuuuu....(-_-)

Bukan apa..aku rasa...family aku ni kadang-kadang tak ngam sesama sendiri mungkin jugak disebabkan oleh warisan kuno yang diamalkan oleh Keluarga aku...hurrrmmmm...aku pun dah naik buntu..tak tau nak cakap apa dah....nasibla aku boleh kongsikan masalah aku ni dalam blog ni....Ironinya...istilah BARU VS LAMA ni bukan berlaku dalam family aku jak..malah dekat luar sana pun ada jugak...Contohnya...Pasal Lagu raya yang direnovatekan semula...Bila ada anak muda yang buat sentuhan baru dengan sesebuah lagu lama misalnya lagu lama....Aku kompom...masa lagu tu di publish...mesti berjela-jela kutukan serta kritikan yang akan diterima....kan...kan...kan....

Aku rasa....kotak fikiran segelintir masyarakat yang masih di tampuk lama ni..perlu dikikis...atau perlu di suntikkan dengan idea-idea yang kontemporari tapi masih boleh diterima pakai dan tidak melanggar hukum agama....korang rasa susah tak???? Ermmm..senang jak kan...Tapi untuk melakukan itu tidak mudah bukan???...Erm...
Akhirnya...aku termenung sendiri...(-_-)

GELAGAT KAMI DI AIDILFITRI

Hi korang semua...mesti korang tertanya-tanyakan...ke mana hilangnya si Atan ni...dah dua hari tak update blog...."Atan ko ke mana...????!!! kitaorang rindu dengan ko punya coretan yang banyak mencarut tu..." hihihihi...Aku masih ada la...masih hidup lagi....dan masih aktif dengan Blog ni...Choppppp!!!! Bukan aku tak da idea nak buat ENTRI ok....Bermula dari raya yang ke-2 hari tu....aku memang sibuk dengan urusan aku...Raya ke 3- plak aku dengan family pergi baut rombongan nikah....Raya ke-4,Aku tak dapat update blog sebab Wifi tak ok...huhuhhu...Tapi hari ni aku kembali ok...

Entri aku kali ni aku nak bagi tunjukla perangai aku dengan saudara-mara aku masa pergi beraya...plus masa buat rombongan nikah masa raya ke tiga ni....Wah!!!! Alhamdulillah abang aku selamat diijab kabulkan dengan pasangan dia...alhamdulillah sekali lagi...Meriah jugak majlis Resepsi Perkahwinan abang aku tu...ni siap ada Dato...Tengku...Tan Sri datang...huhuhuhu...ada chan la ni...(Mula dah...)

Okla ni sebahagian daripada gambar aku dengan keluarga aku hari tu...hihihii...

yaaa..Lebarkan senyuman...(^_____^)

Ustazah Pilihan.....(KATANyyeeerrrrr....)

Feeling Drama Dulu...huhuuhu...

"Wah!!!! Atan nak gambar....Lepas tu bagi masuk dalam blog ko tu ya...hehheheh"

Wah!!! pengantin perempuan a.k.a kak Ipar aku nak posing jugak.....hhhaha

Cheeseeeeeee....!!!!!

Anak siapa la tu yang guna Baju Melayu warna Hijau....hehhehehe...

ni aku sukeewwww...nice Shoot!!!!!!!!

Pelancong asing ni.....Tak tipu tau...

Feeling 3 Suara....kelasssss!!!!

Atukkkooooiiiii....!!!

Penat kerrr kak...hehhehe....



Selasa, 21 Ogos 2012

SIBUK DERR....

 
Hantaran..Kawin...(^_^)

Selamat malam korang semua...huhuhuhu...Aku penat sangat hari ni...sebab lepas pergi terjah rumah-rumah orang...Balik Rumah.....terus mak cik aku panggil aku...Aku pun rasa pelikla...sebab banyak-banyak anak saudara dia...aku plak yang dipilihnya....Rupanya...dia nak mintak bantu buatkan hantaran untuk Abang aku ni....huhuhuu....Aku pun pegi la bantu...Memang bestla masa buat hantaran tu...sebab kitaorang selalu ketawa....lepastu aku plak selalu bantah apa yang mak cik aku cadangkan....hihihihi...tapi tak lama la...kejap jerrrrrr......


Ok la....nak tidur ni...sebab esok kami sekeluarga nak pegi buat rombongan Nikah...Doakan aku dengan keluarga aku supaya selamat sampai ok...(^_^)

huhuhu...snap dulu...(^_^)

say CHEESE!!!!! (^__^)

Proses menghias bermula.....(^_^)

Tersenyum lebar si Dia....(Hihihi ni bukan bakal Pengantin Perempuan sebenar Okkkk....)


LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram