Rabu, 29 Ogos 2012

FAKTA SAINS DALAM SOLAT





Assalamualaikum semua...apa khabar??? Moga-moga sihat la yeerrr...Solat merupakan perkara wajib yang perlu dilaksanakan oleh seluruh umat Islam...tiada alasan...kecuali disebabkan keuzuran...Baikla hari ni aku nak kongsi dengan korang semua tentang fakta sains yang terselit di dalam Solat...mari kita baca...
  1. Seseorang yang sedang melakukan solat perlu berdiri dengaan tegak dan yang penting FOKUS. Solat  yang dilakukan dengan khusyuk merupakan penawar masalah tekanan. Posisi berdiri tegak pula memberi keseimbangan dan posisi takbir serta lantunan bacaan mampu melancarkan peredaran darah.
  2. Pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan yang boleh mengurangkan lemak dalam badan dan melambatkan proses penuaan.( Ni petua nak kekal sihat...dan yang penting awet muda.....!!!)
  3. Pergerakan ketika rukuk dapat melambatkan proses penuaan dan menyeimbangkan kandungan air dalam badan sekaligus melancarkan fungsi buah pinggang.
  4. Rukuk, sujud dan duduk memberikan rehat kepada jantung serta mengekalkan kekenyalan arteri di bahagian jantung.
  5. Solat dengan khusyuk memberikan ketenangan dan amat baik untuk mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi serta menguatkan daya ingatan.( Ni pulak amalan yang amat berguna buat yang masih Belajar...macam aku...)
Itula sebahagian daripada fakta Sains dalam Solat yang aku nak kongsi bersama-sama anda semua...Memang benar...setiap perintah yang di turunkan oleh Allah SWT itu mempunyai maknanya yang tersirat...Hanya kita sahaja yakni manusia yang kena rajin  untuk mengkajinya...Ok selamat beramal...salam...(^_^)

(Fakta dipetik daripada astro view) 

NAK LETAK "GLITTER GREETINGS WORD"

Hi semua...kali ni aku nak kongsi dengan korang satu lagi tutorial macam mana nak letak Greetings Word dekat blog korang semua...(Tambahan lagi kalau Greetings Word a.k.a Katan Sapaan yang begitu Glamour...macam aku punya ni....


Nak kerrrr....??? Kalau teringin mau...ok ikut langkah-langkah ni....

1.Masuk laman web ni Glamour>>Glamour>>Glamour ...Tapi korang kenal log in la dulu..kalau belum ada   akaun...korang Sign Up dulu ok...(^___^)

2.Apa macam??? dah Sign Up?? kalau dah korang masuk dalam Tab yang tertulis perkataan "Glitter Text" then tekan "Greeting"....(Korang ikut cara dalam gambar ni ok...)
Maaf la yerrkkk gambar keci sikit....kalau nak jelas klik gambar ni ok...(^_^)

3.Lepas tu...Korang pilihla bentuk Greeting yang korang suka...kalau nak yang warna-warni boleh, Nak yang ada banyak Glitter pun boleh...mana-manapun boleh asalkan nampak Glamourrrr...(huhuhuhu katanyerrr)

4.Kalau dah pilih, KLIK pada gambar yang korang nak sangat tu....nanti akan keluar paparan macam dalam gambar dekat bawah ni....

5.Sudah copy...korang perlu masukkan kod tu dalam blog korang...macam mana??? Ni Login > Dashboard > Design > Add Gadjet > HTML/Javascript

6.Pastekan Kod HTML tu...dalam ruang yang disediakan...dah tu klik Save siap!!! Tapi sebelum tu...korang Preview dulu tau....

Kalau korang nak ubah saiz Greeting tu...korang cari kod ni dalam kod HTML yang korang copy tadi tu...
 *  width=179 ni untuk Lebar
 *  height=156 ni untuk ketinggian
*Korang tukar jerrr saiz yang warna MERAH tu errrkkk...

SELAMAT MENCUBA!!! (^____^)

OH!!! FAKTA KOREA!!!



Anyyyeeoonnggg...huhuhhuu masuk mood Korea sikit....huhuhu..mestila bersesuaian dengan tajuk entri aku kali ni...Aku yakin sangat ada dikalangan pembaca di luar sana yang sangat meminati K-pop kan??? (Jangan nak temberang ok....ni ada bukti tau...) Kita sering memuja dan kagum dengan K-pop dan drama air mata seperti Winter Sonata, Boys Over Flower, My Girl dan lain-lain....pasal tu Aku nak kongsi beberapa fakta mengenai negara asal K-pop ni...iaitu KOREA....Mari kita mula....




  1. MAKANAN: Korang nak tau, makanan Korea mempunyai nilai rendah kalori, kurang lemak, kurang manis, dan mempunyai keseimbangan nutrien. Sebahagian besar makanan Korean berasaskan beras, sayur-sayuran, dan daging dengan elemen utama tentunya rasa pedas yang diperolehi dengan mencampur bahan perisa seperti lada hijau, bawang, kicap, pes kacang, bawang putih, bijan, mustard, cuka dan garam. Kimchi, merupakan hidangan Korea yang paling terkenal diperbuat daripada sayur Kobis yang kaya dengan vitamin c dan serat. Selain Kimchi, Korea turut terkenal dengan pulkogi iaitu daging panggang yang diperap dengan perisa seperti, kicap, bawang putih, gula dan minyak bijan. Malah mereka juga amat gemarkan makanan laut, macam sotong dimakan secara mentah dan ianya mudah didapati di pasar basah mahupun restoran yang menyediakan makanan laut.
  2. SUKAN: Taekwondo merupakan sukan kebangsaan Korea Selatan. Seni mempertahankan diri ini merupakan sebahagian daripada asas pembelajaran kanak-kanak di sana. (Kalau di Malaysia...ermmm...tak tau la pulak...)
  3. PENGANGKUTAN: Teksi di Korea diwarnakan mengikut kod tertentu. Teksi putih atau kelabu lebih murah berbanding teksi hitam yang dilengkapi dengan TV dan menjanjikan perkhidmatan mewah. (Owww patutla...kalau dalam drama-drama korea tu banyak aku lihat teksi berwarna-warni...huhuhu)
  4. KEDIAMAN: Rumah tradisional Korea mempunyai atap yang condong ke atas. Rata-rata penduduk Korea kini tinggal di pangsapuri canggih yang dilengkapi dengan robot sebagai pembantu rumah. Percaya atau tidak suhu penghawa dingin mereka dikawal oleh telefon bimbit!!! (Wah!!! canggihnyeeerrr diorang ni.....)
  5. ADAT: Walaupun jauh maju ke hadapan....penduduk Korea masih lagi mempercayai pantang larang tertentu. Mereka percaya jika kasut tidak disembunyikan pada malam pertama tahun baru, sebelah kasut mereka itu berkemungkinan akan hilang kerana diambil hantu. Dan ya, percaya atau tidak, anda tidak akan menemui tingkat 4 di mana-mana bangunan di Korea....(Kenapa yerrkkkk...???)
  6. BAHASA: Tahukah anda...bahawa Korea mempunyai lebih 600 perbezaan perkataan yang digunakan untuk situasi berbeza mengikut usia. Inilah antara sebab bahasa Korea adalah Bahasa paling sukar dipelajari walaupun pada dasarnya bahasa ini mempunyai 24 huruf sahaja. (Huhuhuhuhuhu...susah ker.....???)
Nah...itula serba sedikit mengenai fakta tentang Korea....Percaya atau tidak itu terpulang dengan korang ok....hehehhe...(^______________^) Kamsahamnida!!!!!!

(Fakta dipetik daripada astro view)

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram