Huuuuhaaiiii semua...hari ni aku rasa lapang sikit jadi aku ambik masa yang terluang ni dengan membuat Entri aku yang bertajuk agak gila-gila sikit....kekekekke...Hari ni tak la sesibuk hari-hari yang lalu...satu kelas jerr aku kena Attend hari ni..kelas sebelah petang dibatalkan...Aku nak cerita mengenai subjek yang aku dah daftar untuk sem ni...tapi aku perincikan kepada hari Khamis punya Jadual lerrr ok.... Korang nak tau...jadual aku pada hari khamis, merupakan jadual yang betul-betul padat pernah aku lihat selama aku belajar dekat Uni aku ni....
Korang tentu nak tau kan, Apa perkaitan jadual aku dengan tajuk entri aku ni...kan...kan..kan...(Adaka yang nak baca???? ermmmm tengok jer la....) Perkaitan di antara tajuk entri aku dengan Jadual aku ni terletak pada perkataan "GILA" Korang bayangkanla...dalam masa sehari aku kena hadirkan diri dan memperuntukkan masa di dalam Kuliah dengan Tutorial....Percaya atau tidak, aku kena hadirkan diri dalam 6 buah kelas yang aku letakkan dalam jadual aku pada hari Khamis...Bermakna aku kenala bangun seawal pagi....dan pulang selewat malam....(hhahahhaha ada lagi ayat macam tu...kikkkikikikiki)
Itu pun belum ditambah lagi dengan pembentangan..perbincangan...dan yang lain-lain...Korang bayangkanla, dalam hari yang sama..aku kena buat pembentang dan hantar tugasan...kan susah aku... "Dah tau macam tu....kenapa ko sibuk nak padatkan jadual ko pada hari Khamis tu???" Ni la soalan yang sama sedang bermain di minda aku...Ni ha...sebab kalau aku letak dalam hari yang lain pulak..kang berlaku bertindihan kelas...kan susah nak betulkan semula jadual aku tu...Jadi aku sanggup ambik risiko ni...demi keselesaan aku (Chhheeeeewwww..selesa kerr....tunggu jer la...)
Okla korang semua...aku nak menghadap buku pulak ni...nak mencari bahan untuk tugasan yang bakal aku siapkan....salam.. (^^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan