Jumaat, 10 Ogos 2012

OH SENIOR...OH JUNIOR...




Oh senior Oh junior…bila baca jer tajuk entri kau ni mesti korang dapat teka mengenai cerita yang aku nak khabar dekat korang  ni…kan..kan..kan…(macam biasa dengan perkataan Kan itu…..) Selalunya istilah tu digunakan oleh pelajar yang dapat masuk IPT…..tapi itu dulu…sebab sekarang  gelaran tu digunakan juga oleh budak-budak sekolah….(Tak kesahla…budak sekolah menengah atau rendah…janji budak sekolah..)

Pada suatu ketika dahulu….gelaran ni menjadi trademark buat budak-budak IPT….sehingga ada yang jadi FOBIA dengan gelaran tu… “Beh…apasal boleh jadi macam tu????” Ni biasala…bila adanya gelaran sedemikian maka secara automatiknya wujud garis pemisah di antara satu pihak dengan pihak yang lain…. “Pihak apa yang hang dok merapu ni…pihak kerajaan dan pembangkang ka????” eh Dok eh…ni pasai status perbezaan diantara pelajar dengan pelajar la…… “Kan status pelajar tu sama jerrr…mana ada bezanyeerrr…..” Hah ni biar aku habiskan cerita ni dulu baru hang semua boleh serang aku…aipppp bukan serang guna bomb Bazoka naaaaa….ni serang dengan soalan lazer korang lerrr…(Aik lazzzeeeerrr kerrr….hahahaha) Bila kita bercakap pasal perbezaan status ni khususnya di kalangan pelajar…mestila perbezaan dari segi tempoh berapa lama dah duduk dalam IPT tu….( untuk senang mudahkan maksud ni…guna istilah ni “Aku dah dulu makan garam dari ko”) Faham???? Harap-harap faham la yerrr…Bermakna pelajar senior akan lebih rasa macam the STAR  la dalam sesebuah IPT tu bila Junior baru masuk….

Bila dah rasa diri tu macam the Star…apalagi…kompomla perasaan ingin menguasai itu wujud…(ni la yang menyebabkan salah satu daripada fenomena ‘Ragging’ atau buli ni wujud) Nah tu la yang aku cakap mengapa gelaran Senior dan Junior tu boleh menyebabkan fobia bagi pelajar suatu ketika dahulu…..ada fahamka????

Namun zaman telah pun berubah….zaman sekarang ni…rata-rata pelajar yang duk dkt IPT ni dah boleh menyamakan kedudukan mereka tanpa adanya tembok pemisah diantara mereka…(Bak kata Karan Singwalia…. “Duduk sama rendah….Berdiri sama tinggi….”) “Aik habis tu kalau dilahirkan rendah macam mana nak berdiri sama tinggi dengan orang 180 cm????? ceciterrr…..” Aiyo…itu pun mau kena bagi jelaska…ni Hang dok pi perpustakaan…hang pi Cari kamus Dewan Bahasa naaa….lepas tu hang cari makna peribahasa ni…..Ok sambung balik…pelajar zaman sekarang minda diorang ni turut berkembang….seirama dengan perkembangan global masa kini (wah….sekali sekala kenala guna ayat Educated sikit…akakkakkkakaka…..) Pelajar zaman sekarang tetap mengamalkan budaya Senior dan Junior masa dalam pengajian tapi tidak menyalahgunakannya…Senior zaman sekarang sedia membantu Junior yang memerlukan bantuan…plus….tanpa meminta sebarang bentuk Imbuhan……(Tapi kalau ada Senior yang masih lagi dengan perangai DIVA mereka apa lagi Junior kenala mengambil tindakan mengikut cara serta prosedur yang betul….jangan sesekali mengikut perasaan ok…nanti binasa badan….)

Oleh itu…secara kesimpulannya…budaya saling hormat menghormati itu perlu la dihidupkan dalam soal kehidupan kita agar, setiap daripada kita dapat merasa nikmat yang setimpal….Dan bukannya mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan atau menyakiti orang lain…(eehhheeemmm…eheeemmm macam iklan pesanan Khidmat masyarakat pula aku tengok ni……huhuhuhu)…ok selamat beramal…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram