Rabu, 29 Ogos 2012

OH!!! FAKTA KOREA!!!



Anyyyeeoonnggg...huhuhhuu masuk mood Korea sikit....huhuhu..mestila bersesuaian dengan tajuk entri aku kali ni...Aku yakin sangat ada dikalangan pembaca di luar sana yang sangat meminati K-pop kan??? (Jangan nak temberang ok....ni ada bukti tau...) Kita sering memuja dan kagum dengan K-pop dan drama air mata seperti Winter Sonata, Boys Over Flower, My Girl dan lain-lain....pasal tu Aku nak kongsi beberapa fakta mengenai negara asal K-pop ni...iaitu KOREA....Mari kita mula....




  1. MAKANAN: Korang nak tau, makanan Korea mempunyai nilai rendah kalori, kurang lemak, kurang manis, dan mempunyai keseimbangan nutrien. Sebahagian besar makanan Korean berasaskan beras, sayur-sayuran, dan daging dengan elemen utama tentunya rasa pedas yang diperolehi dengan mencampur bahan perisa seperti lada hijau, bawang, kicap, pes kacang, bawang putih, bijan, mustard, cuka dan garam. Kimchi, merupakan hidangan Korea yang paling terkenal diperbuat daripada sayur Kobis yang kaya dengan vitamin c dan serat. Selain Kimchi, Korea turut terkenal dengan pulkogi iaitu daging panggang yang diperap dengan perisa seperti, kicap, bawang putih, gula dan minyak bijan. Malah mereka juga amat gemarkan makanan laut, macam sotong dimakan secara mentah dan ianya mudah didapati di pasar basah mahupun restoran yang menyediakan makanan laut.
  2. SUKAN: Taekwondo merupakan sukan kebangsaan Korea Selatan. Seni mempertahankan diri ini merupakan sebahagian daripada asas pembelajaran kanak-kanak di sana. (Kalau di Malaysia...ermmm...tak tau la pulak...)
  3. PENGANGKUTAN: Teksi di Korea diwarnakan mengikut kod tertentu. Teksi putih atau kelabu lebih murah berbanding teksi hitam yang dilengkapi dengan TV dan menjanjikan perkhidmatan mewah. (Owww patutla...kalau dalam drama-drama korea tu banyak aku lihat teksi berwarna-warni...huhuhu)
  4. KEDIAMAN: Rumah tradisional Korea mempunyai atap yang condong ke atas. Rata-rata penduduk Korea kini tinggal di pangsapuri canggih yang dilengkapi dengan robot sebagai pembantu rumah. Percaya atau tidak suhu penghawa dingin mereka dikawal oleh telefon bimbit!!! (Wah!!! canggihnyeeerrr diorang ni.....)
  5. ADAT: Walaupun jauh maju ke hadapan....penduduk Korea masih lagi mempercayai pantang larang tertentu. Mereka percaya jika kasut tidak disembunyikan pada malam pertama tahun baru, sebelah kasut mereka itu berkemungkinan akan hilang kerana diambil hantu. Dan ya, percaya atau tidak, anda tidak akan menemui tingkat 4 di mana-mana bangunan di Korea....(Kenapa yerrkkkk...???)
  6. BAHASA: Tahukah anda...bahawa Korea mempunyai lebih 600 perbezaan perkataan yang digunakan untuk situasi berbeza mengikut usia. Inilah antara sebab bahasa Korea adalah Bahasa paling sukar dipelajari walaupun pada dasarnya bahasa ini mempunyai 24 huruf sahaja. (Huhuhuhuhuhu...susah ker.....???)
Nah...itula serba sedikit mengenai fakta tentang Korea....Percaya atau tidak itu terpulang dengan korang ok....hehehhe...(^______________^) Kamsahamnida!!!!!!

(Fakta dipetik daripada astro view)

2 ulasan:

  1. wah info yang menarik tapi gua tak berapa minat k-pop.hehehe pepon nice huraian :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehhee....tak minat K-pop takpa...janji fakta sudah disampaikan...(^_^)

      Padam

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram