Khamis, 9 Ogos 2012

KONTOK-KONTOK PISANG VS COKKODOK



Aik bukan main pelik tajuk entri aku kali ni...korang-korang ni semua tau tak makna KONTOK-KONTOK PISANG....hahahahhaha (Ni salah satu makanan yang cukup terkenal di Sabah)...kalau COKKODOK pulak....erhhhhmmmm tak paya ceritala....kompom korang semua ni dah tahu kan....Teringat plak aku dengan satu cerita ni mengenai dua benda ni la...."Cerita??? mesti best kan...bikin lapar jerrrr?????" haha....boleh la cerita dia macam ni....

Dalam sebuah kampung yang dinamakan kampung Pisang (alamak Pisang lagi...buah lain tarak ka....) huhuhu...tak da kita kena memahami konsep cerita ni....okkkeeyyyyy (katannyyyeeerr). Sambung balik, dalam kampung tersebut tinggal la seorang mak cik ni yang cukup terkenal dengan 'skill' memasaknya...(wah....mengalahkan Masterchef ko ya Jah!)....oh ya nama mak Cik tu Khatijah...nama glamour Jah....(ermmmm...Kelas ko Jah...) Cik Jah ni selalu la kena panggil oleh orang kampung bila ada kenduri ni...yer la...tolong masakkan makanan untuk kenduri tu.....Jaguh Kampungla katakan.....Tapi sejak dua menjak ni, undangan untuk memasak makin hari makin berkurangan...malah kadang-kadang tak da pun yang panggil Cik Jah ni nak masak....Cik Jah pun naik heran la.....kenapa kome ni tak panggil jaguh ni masak....Setelah puas mencari jawapan yang tak kunjung tiba....Cik Jah pun mengambil langkah drastik nak buat penyiasatan (hehehe....macam CSI la pulak)....



Jeng jeng jeng JENG.....akhirnya...Cik Jah dapat tau kenapa dia tak pernah dipanggil untuk memasak...Rupanya, orang kampung telah berubah citarasa....diorang dah tak nak dah masakan kampung yang diFOOOOOFFFUUUULAAAAARRRRkan oleh Cik Jah....Diorang lagi suka makan makanan orang-orang bandar....macam Pizza....Burger....Sphegatti...dan bermacam jenis masakan bandar yang menyukarkan lidah kome nak menyebutnyerr....lepas tu...Cik Jah mula la merisik...siapa gerangan tukang masak tu...Rupanya...tukang masak ni bukan main Handal lagi dalam dunia masakan ni....Chef you know....nama dia ni RONALITAKUSUMABROKOLOLIGO....neeehhhhh bukan main Canggih nama Chef tu....mengalahkan nama masakan Double A dalam Masterchef  selebriti (Azwan Ali deerrrrr....)

Cik Jah pun dengan perasaan dengkinya balik ke rumah....(sambil memuncungkan bibirnya yang seksi vs seksa tu.....hahhahaha)...."Tak leh jadi ni...." Cik Jah mula mencari jalan nak kalahkan Chef Bandar tu...biasalah kedudukan dah tergugat...tak kan nak biarkan jerrrkkkkk....Cik Jah pun terus berjumpa dengan ketua Kampung Pisang. Setelah dilepaskan semua amarahnya kepada Ketua  Kampung...akhirnya....tok Ketua pun memutuskan....nak buat pertandingan memasak bagi memutuskan siapa yang lagi handal lagi master dalam dunia masakan ni.....Lalu cik Jah pun pulang ke rumah sambil tersenyum lebar....Cerita mengenai rancangan Tok Ketua tu pun sampaila ke telinga Chef RONALITAKUSUMABROKOLOLIGO....apa lagi....naik sentap tau Chef tu....maklumla....Chef yang bertauliah nak di saingkan dengan tukang masak kampung...apa keelllllaaaaaaaassssssssszzzzzzz...(katannnyyyeerrrr)....lalu dengan angkuh Chef Rona pun sahut cabaran tu....

Hari yang dinantikan dan pun tiba....semua penduduk kampung pisang berkumpul di Padang kampung bagi menyaksikan Pertandingan BERPRESTIIIIIJJJJ itttuuuuueeeewwww....(wah mengalahkan AJL korang yeerrr..) ni siap panggil artis lagi tu untuk menghiburkan orang kampung.....Pengadil pulak bukan calang-calang orang....diimport dari Bandar....memang mahir dalam masak memasak ni....salah satunya....Chef Wan (bukan nama sebenar....ahahha). Cik Jah memasuki gelanggaang sambil mengenakan baju kebaya Ketat....siap berlabuci (korang jangan menangis darah bila nampak baju Cik Jah yang berkilau habis tu....) Chef Rona pulak...dengan pakaian Chef nya...dengan topi Chef setinggi 20 inch....(nah bergaya sakan dia ni tak nak mengalah.....) Penduduk Kampung Pisang pun bersorak....bila kedua Peserta ni masuk ke gelanggang....Tok Ketua pun mengendalikan acara tu....Setelah memberikan ucapan Keramat beliau...Tok Ketua pun memberitahu kepada peserta dengan Penduduk Kampung mengenai masakan yang perlu mereka berdua tu sediakan......"Memandangkan nama kita ni Kampung Pisang....maka itu, masakan yang perlu anda berdua sediakan adalah masakan yang berasaskan buah pisang....anda perlu menyiapkan masakan tersebut dalam tempoh masa 20 minit.....(terbeliak mata kedua peserta tu...bila Tok Ketua cakap mengenai masa yang ditetapkan......) Cik Jah dengan muka berkerutnya...mula memikirkan masakan yang bakal disajikannya nanti....Chef Rona pula....macam biasa dengan perangai Slumbernyaaaaaa....masa pun telah bermula....





Cik Jah dan Chef Rona pun memulakan cabaran tersebut dengan bersemangat.....(Ni siap...bertarik-tarik baju masa nak ambil barang ni.....) penduduk kampung terus bersorak....ada yang bersorak nama cik Jah begitu juga dengan Chef Rona....10 minit yang pertama sudah berlalu.....tinggal hanya 10 minit terakhir lagi....kelihatan cik Jah dengan Chef Rona mula memasak menu hidangan mereka.....(Cik Jah dengan cara kampungnya.....Chef Rona dengan cara canggih bandarnya....) sampaila ke 10 saat yang terakhir....penduduk kampung mula mengira countdown....10...9...8...7..6..5..4..3..2...1...habis....... !!!!!!!!!!!!!!! masa pun dah tamat....barula Cik Jah dapat menarik nafas leganya....Chef Rona juga begitu.....

Tibala masa untuk menyajikan makanan tersebut....Cik Jah dengan lenggangnya....mempersembahkan nama masakannya..."KONTOK-KONTOK PISANG EMAS DI RAJA......."(wah.....begitu Gah nama masakan cik Jah tu....) Lepas tu....Chef Rona pula masuk dengan membawa hidangannya yang diberi nama "LE' COKKODOK....(ermmmmm.....nama ala-ala masakan barat di berinya....) pengadil pun mula merasa kedua-dua masakan trsebut.....(sehinggakan poning kepala mereka menilai masakan tersebut....sebab kedua-dua menu tersebut sama sahaja...tak da bezanya melainkan nama masakan tu saja.....) Setelah itu, Tok Ketua pun bersedia untuk memberikan keputusan terhadap kedua-dua masakan tersebut...."Baikla setelah dihitung...dirasa.....dan ditelitikan....juara pada hari ni TIADA!!!" aik...penduduk kampung mula berasa hairan ada yang siap garu-garu kepala lagi....Cik Jah dengan Chef Rona pun naik Hangin la......"kenapa pulak boleh jadi macam tu????????" mesti korang tertanyakan....semuanya kerana Pisangla...anda carikla jawapan tu.....hahahhahahahahhaha....

Pesanan dekat sini, janganla terlalu berbangga dengan kelebihan yang dianugerahkan oleh Tuhan....sebab tak da guna pun....gunakanlah bakat yang dikurniakan itu untuk membahagiakan orang disekeliling kita....dan sentiasa merendahkan diri bila mendapat pujian ok......(JANGAN SENTAP oookkkkeeeyyyyyyyy)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram

::ARTIKEL MENARIK::