
Aku rasa sakit hati bila mendengar atau terbaca mahupun terlihat sesetengah masyarakat di sekelilingku yang selalu mengeluh...mengadu tentang masalah mereka....tak kisahla dengan menggunakan media saluran apa sekalipun.....Ni ada lagi yang duk siap menyalahkan Takdir...malah ada yang lebih dahsyat sanggup membelakangi Tuhan kerana beranggapan bahawa...Tuhan tidak berlaku adil ke atas dirinya....(Aku pun pernah juga buat macam tu...tapi aku segera sedar....dan memohon ampun dari-Nya...) Aku amat mempercayai dengan sebuah istilah ni......"Hidup ini ibarat roda.....kadang kita di atas...kadang kita di bawah..." Benar dan amat yakin dengan mesej yang cuba di sampaikan dalam ungkapan tu....Sebagai manusia ni....kita kenala mempercayai ketentuan Takdir yang telah dicatatkan oleh Tuhan...Bagi yang beragama Islam pula, kita dah diwajibkan untuk akur dengan salah satu daripada Rukun Iman...iaitu 'Beriman kepada Qada' dan Qadar ALLAH SWT'.

Pesanan buat saya kepada sidang pembaca...jangan cepat berbangga dengan kejayaan dunia yang tidak seberapa....tapi berbanggala dengan usaha untuk mendekatkan diri kepada sang Pencipta di alam yang kekal di Sana...(Syurga).
Layan Lagu ni...
Insya-ALLAH ada jalannya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan