Rabu, 29 Ogos 2012

FAKTA SAINS DALAM SOLAT





Assalamualaikum semua...apa khabar??? Moga-moga sihat la yeerrr...Solat merupakan perkara wajib yang perlu dilaksanakan oleh seluruh umat Islam...tiada alasan...kecuali disebabkan keuzuran...Baikla hari ni aku nak kongsi dengan korang semua tentang fakta sains yang terselit di dalam Solat...mari kita baca...
  1. Seseorang yang sedang melakukan solat perlu berdiri dengaan tegak dan yang penting FOKUS. Solat  yang dilakukan dengan khusyuk merupakan penawar masalah tekanan. Posisi berdiri tegak pula memberi keseimbangan dan posisi takbir serta lantunan bacaan mampu melancarkan peredaran darah.
  2. Pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan yang boleh mengurangkan lemak dalam badan dan melambatkan proses penuaan.( Ni petua nak kekal sihat...dan yang penting awet muda.....!!!)
  3. Pergerakan ketika rukuk dapat melambatkan proses penuaan dan menyeimbangkan kandungan air dalam badan sekaligus melancarkan fungsi buah pinggang.
  4. Rukuk, sujud dan duduk memberikan rehat kepada jantung serta mengekalkan kekenyalan arteri di bahagian jantung.
  5. Solat dengan khusyuk memberikan ketenangan dan amat baik untuk mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi serta menguatkan daya ingatan.( Ni pulak amalan yang amat berguna buat yang masih Belajar...macam aku...)
Itula sebahagian daripada fakta Sains dalam Solat yang aku nak kongsi bersama-sama anda semua...Memang benar...setiap perintah yang di turunkan oleh Allah SWT itu mempunyai maknanya yang tersirat...Hanya kita sahaja yakni manusia yang kena rajin  untuk mengkajinya...Ok selamat beramal...salam...(^_^)

(Fakta dipetik daripada astro view) 

4 ulasan:

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram