Ahad, 26 Ogos 2012

OH UNIVERSITIKU, OH KERJAYAKU....


dapat masuk mana????

Hi korang semua....(Macam biasa dengan ayat terjah aku ni...) Hehehhe...ok la fokus dengan entri aku kali ni...Memandangkan bulan September ni...Seluruh IPTA dekat Malaysia ni bakal menerima mahasiswa/i baharu jadi aku nak berkongsila dengan korang semua tentang fenomena yang akan dialami oleh bakal mahasiswa/i ni...sama ada sebelum masuk Universiti...semasa dalam Universiti..hihihi..."Ko nak kongsi apa tu??? Tak kan pasal Assignment..itu kan dan jadi kewajipan buat pelajar U...." Ni adala...

Berdasarkan pengalaman aku sendiri...masa mula-mula dapat tawaran melanjutkan pengajian dalam Salah sebuah IPTA ni...aku rasa tak puas hati dengan kursus pengajian yang ditawarkan kepada aku....Yala aku nak yang itu..tapi kena pulak aku di campak dengan yang ini....(Korang pun mesti pernah terfikir perkara yang samakan....???) Kadang-kadang tu...rasa macam nak tarik diri jerrrr...tak mau sambung study...Malah ada yang nak buat pertukaran Kursus...huhuhuhu....

Tapi lama-kelamaan aku boleh menerima hakikat yang telah ditetapkaan oleh Allah kepada aku...Malah aku dah pun jatuh cinta dengan Kursus aku tu...Jadi aku nak pesan dengan bakal-bakal mahasiswa/i  yang akan menjejakkan kaki ke Univesiti bulan September ni....korang yang dapat atau senasib dengan aku...janganla terus meroyan....atau Jadi HISTERIA...dengan kursus yang korang tak suka tu...Bagi aku korang semua patut bersyukur sebab diberikan peluang untuk merasai kehidupan Universiti...Yala...dalam beratus ribu yang mohon cuma sebahagian jerr yang berjaya dipilih....ada yang lain tu plak kena tunggu panggilan ke dua...

Bila dapat tau kursus yang korang ditawarkan tu...korang janganla terus fikir pasal kerjaya korang pada masa hadapan...Ni tak...ada yang dah dapat keputusan,bila ditanya oleh kawan-kawan ka...mak bapa ka...jiran ka..atau saudara mara ka...kursus apa yang korang dapat??? Mesti diorang akan kata "Kursus apa tu??? Nanti kalau dah grad boleh jadi apa????!!!" Bagi aku....ni la salah satu punca mengapa bakal pelajar Universiti ni tak bersemangat nak mulakan pengajian...Kepada korang yang mengalami situasi macam ni....korang bagitau jerr "Dapat masuk U pun kira dah cukup bersyukur....Soal kerjaya tu pulak letak ketepi dahulu....Sebab saya nak fokus Study dan dapatkan Kecemerlangan bila dalam Universiti kelak....soal kerjaya tu semua...Saya akan fikirkan bila dah grad nanti..sebab saya yakin dengan Rezeki yang ditetapkan oleh Allah..." neeehhhh...bila korang bagi jawapan macam tu...kompom mulut-mulut diorang tu tertutup rapi...korang percayala.....

Jadi..korang semua yang bakal memulakan kehidupan kampus ni..aku nak pesan...jaga diri,maruah...jangan cepat terpengaruh dengan situasi baru yang dijumpai ok...kalau rasa-rasa diri tu gatai nak jugak buat perkara yang tak elok...korang cepat-cepat betulkan niat korang balik...Masuk U ni untuk apa??? Adakah untuk suka-suka???? atau nak berjaya???? (Korang jawab..) Ingat Mak Bapa korang di kampung....yang sentiasa mendoakan kejayaan korang semua....jangan kecewakan mereka...ok...

Salam (^____^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram