Sabtu, 11 Ogos 2012

LELAKI LEMBUT...WANITA BESI


Hai korang semua...erm...tentu korang semua sekarang ni tengah nak buat juadah nak berbuka puasakan.....siap ada yang nak masak Cokkodok....Nasi Tomato...Ayam kurma...semua tu la...hermmmm...aku plak ni tengah nak masak Mee Bandung..."Aik sempat plak ko buat entri yerrrkkk...." hahaha biasala...ni mesti jadi kewajipan aku sebagai blogger baru ni....huhuhu...(Sekarang ni baru aku terasa nikmat dunia Blog ni...) ok cukup cerita pasal juadah berbuka puasa...pasal layan perasaan tangkap leleh aku tadi...Sekarang fokus kepada tajuk entri aku yang super duper Bombastik ni....(hahhhaah ya kerrr....)

Ko pernah tak terjumpa....bertegur atau berkawan dengan Lelaki Lembut dan Wanita Besi ni....??? Mesti korang pernahkan....Apa pendapat korang aku nak dengar...."Kawan dengan Lelaki Lembut ni best....sebab diorang ni teratur...kemas...buat kerja cepat...."...."Gua pulak babe suka dengan Wanita ala-ala Lady Gagah Perkasa a.k.a Wanita Besi...sebab mereka ni campak dekat mana-mana pun boleh servive..." Ini la separuh daripada pendapat yang aku dengar daripada reponden aku tentang kedua-dua golongan ni...Baikla...pernah tak korang terfikir mengapa diorang ni jadi macam tu..."pasal genetik kot...atau pasal kelurga....mungkin jgk pengaruh rakan...atau saja buang tebiat....." semua tu mungkin boleh terima...tapi bagi aku..semua tu berpunca daripada keluarga kot...Lelaki yang dikenali sebagai lelaki Lembut ni sebenarnya tak semestinya yang Pondan...Bapok atau Mak Nyah...Ada juga sebilangan Lelaki yang memang pembawaan dirinya macam tingkah laku...percakapannya yang memang dah azali lembut....Begitu jugak dengan Wanita yang bertitle Wanita Besi ni...

Korang semua mesti pernah buat spekulasi negatif pasal dirorang ni kan....(sebab aku pun pernah jugak buat macam tu....hauhuhauhuhau alamak! Terlebih Sudah!!!) Ada yang cakap mereka ni mengamalkan cara hidup songsang...."HOMO....euuuwwww.....tak suka...tak suka...." Kan aku dah cakap...korang selalu buat macam tu....Cuba korang selidik dulu diri golongan tu secara terperinci...mesti ada sebab yang kukuh mengapa diorang boleh jadi macam tu....dan jangan sesekali meletakkan hukuman ke atas mereka sebab mereka juga manusia sama seperti kita...(Fuuuuyoooooo....macam Ustaz VZ Ustazah la pulak.....kikikikiki...)

Aku sendiri pernah berkawan dengan golongan macam tu...aku Tabik Spring dekat mereka ni...."Aik kenapa plak???? ko dah nak jadi macam mereka ka??????" Ehmmmm....kalau saya kata ya....Kenapa ada masalah??? (Wah mood tegas ni....hahahha....gurau jerkkkk...) Bukan apa...aku bagi penghormatan dekat diorang ni sebab disebabkan identiti mereka yang tersendiri tu membuatkan aku semakin suka berkawan dengan mereka....sebab kebanyakkan daripada mereka ni memiliki latarbelakang kehidupan yang baik....macam Ada yang bekas Pelajar Cemerlang...memegang jawatan Tertinggi dalam mana-mana sektor pekerjaan....semua tu sebab kelebihan yang mereka miliki....(betul ni...aku tak main-main ok....)

Alamak....dah terbabas masa aku ni...nak sediakan bahan-bahan untuk Mee Bandung aku ni....karang tak pasal-pasal aku kena belankung oleh orang Rumah pasal tak buat juadah berbuka.....Pesanan dekat sini...Jangan memandang serong dan enteng terhadap dua golongan ni...sebab diorang jugak memiliki hak untuk hidup sama macam orang lain....Tapi kalau korang nampak yang diorang ni ke arah yang terpesong...apa salahnya korang tegur diorang....tegur dengan cara yang betul ok...bukan terus nak Serang diorang...kesian diorang tu nanti...

ok Layan Lagu ni salam.....







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram

::ARTIKEL MENARIK::