Selasa, 28 Ogos 2012

10 FAKTA NOMBOR YANG ANDA TIDAK TAHU...



Hi...semua, kali ni aku nak kongsi dengan korang semua tentang fakta kes kehilangan kanak-kanak dan juga kes penculikan. Mari kita mula ok....





  1. Di Amerika Syarikat, pada tahun 2001 sahaja, Pusat Maklumat Jenayah FBI (Federal Bureau of Investigation) menerima 840,279 laporan kes penculikan yang melibatkan individu dewasa dan kanak-kanak.
  2. 74% daripada mangsa penculikan kanak-kanak adalah perempuan dan 74% juga daripada mangsa kanak-kanak itu disahkan mati dalam tempoh 3 jam selepas diculik.
  3. Sekitar tahun 2000-2001, rata-rata mangsa penculikan di perairan Filipina adalah warga asing. Filipina digelar ibu negara penculikan dunia berikutan gejala negatif yang dilihat berleluasa sejak tiga dekad lalu.
  4. Dianggarkan seramai 10,000 wanita dijual-beli di negara China setiap tahun. Pada tahun 1999 sahaja, dilaporkan seramai 7,660 wanita diculik untuk sindiket kahwin-paksa yang didalangi ejen pelacuran.
  5. UNICEF (United Nations International Childrens Emergency Fund atau Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu) menganggarkan seramai 300,000 orang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun diperdagangkan sebagai buruh ketenteraan di negara-negara yang terlibat dalam konflik perang.
  6. Dianggarkan 75-80% pemerdagangan manusia adalah untuk menjadikan mangsa sebagai hamba seks, dan kebanyakan hasil kajian yang dijalankan menunjukkan jenayah ini antara penyumbang utama dalam penyebaran virus HIV.
  7. Dianggarkan 30,000 orang mangsa pemerdagangan seks mati akibat penderaan, penyiksaan, tidak diberi makan dan minum serta jangkitan penyakit setiap tahun.
  8. 8% daripada jumlah tersebut adalah mereka di antara umur 6 hingga 24 tahun yang dijual sebagai hamba seks.
  9. 80% penduduk Korea Utara yang memasuki China adalah wanita dan sembilan daripada 10 meraka adalah mangsa pemerdagangan antarabangsa manusia.
  10. Pakar psikologi mendapati bahawa mangsa biasanya hanya berdiam diri, mereka enggan tampil membuat laporan atau cuba mendapatkan bantuan kerana takut keluarga/orang tersayang diganggu dan dianiaya oleh si penjenayah.                                                                                                              
Hah bukan main kronik jugak kan kes kehilangan kanak-kanak dan penculikan ni....Kepada korang semua jaga diri, dan keluarga...sama-sama kita membanteras Gejala Tidak Bermoral ini (Macam pesanan khidmat masyarakat la pulak...kikikkiiii)

(sumber dipetik daripada astro view)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram

::ARTIKEL MENARIK::