Isnin, 27 Ogos 2012

FAKTA BAHAYA MEROKOK




Hi semua...kali ni aku nak kongsi dengan korang Fakta mengenai Rokok...Korang yang merokok tu....kalau sudi nak baca dipersilakan...manala tau...lepas baca korang yang merokok tu ada hajat nak berhijrah dari tabiat merokok kan bagus...huhuhu okla mari kita mula....

1.Lebih 10,000 kematian di Malaysia setiap tahun direkodkan berpunca daripada merokok. Bilangan kematian ini jauh lebih banyak daripada jumlah keseluruhan kematian akibat AIDS, tibi, malaria, pneumonia dan kemalangan jalan raya.

2.Percaya atu tidak, merokok merupakan penyumbang kepada kes kebakaran sebanyak 25 peratus (Huhuhu banyak tu....)

3.Negara kita dianggarkan rugi sebanyak RM20 Bilion setahun hanya kerana menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti pesakit akibat merokok dan menghidu asap rokok.

4.Hasil kajian yang dijalankan oleh United State Surgeon General membuktikan bahawa perokok lelaki akanmati 13 tahun lebih muda berbanding mereka yang tidak merokok. (Tak takut kerrr....)

5.Banyak kesan buruk akibat merokok antaranya, deria hidung kurang sensitif, keupayaan mental dan fizikal terganggu, gangguan sistem gastrousus seperti ulser perut, penyakit jantung dan kanser pankreas.(Merana badan dik oiiiii)

6.Gigi seorang perokok mudah rosak manakala gusi mudah bengkak. Keadaan ini lambat-laun boleh menyebabkan tisu tulang penyokong gigi musnah dan akhirnya terpaksa dicabut.(Korang tak malu ka kalau gigi depaan korang tak da????)

7.Kemujaraban atau keberkesanan sesuatu ubat untuk merawat sesuatu penyakit berkurangan sekiranya seseorang itu kerap merokok.(Neh kalau korang demam...makan Panadol pun demam korang lambat Kebah...)

8.Sekiranya seseorang lelaki merokok lebih daripada 20 batang sehari di rumah, maka risiko isteri dan ahli keluarganya yang lain untuk mendapat kanser adalah dua kali ganda. Aras nikotina, karbon monoksida dan bahan kimia lain dalam darah perokok lebih tinggi daripada manusia normal.

9.Bahan kimi dalam asap rokok merangsang salur pernafasan sekali gus boleh menyebabkan penyakit asma.

10.Karbon monoksida dalam rokok mengurangkan oksigen dalam darah, justeru boleh menyebabkan sakit jantung.

11. Merokok menyebabkan kualiti sperma berkurangan. Perokok tegar juga boleh terdedah kepada risiko mati pucuk bagi lelaki.( Betul ni korang tak takut???!!!)

Hah...aku harap lepas korang baca mengenai Fakta Bahaya Merokok ni...korang jangan cuba dekatkan diri nak jadi perokok ok...Kalau yang dah jadi perokok tegar tu...aku harapla korang akan berubah dari masa ke masa...memang sukar untuk berbuat demikian...tapi Hanya anda yang mampu mengubah diri anda...(HUHUHUHhuhuhu....)  

2 ulasan:

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram