Memaparkan catatan dengan label Senior. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Senior. Papar semua catatan

Khamis, 11 Oktober 2012

PEMBENTANGAN...MEMBACA...BERCERITA...

Huuuhhaaiiiii semua....Apa khabar? Sihat? Harap la korang semua sihat hendaknya...Fuh dah lama jugak aku tak buat entri dekat blog aku ni...dah naik suram aku tengok...okla, kali ni aku nak kongsi dengan korang semua tentang pendapat dan juga pandangan aku dalam mengkelasifikasikan individu yang dipanggil MEMBENTANG, MEMBACA, DAN BERCERITA...Aku yakin sangat, bila kita berada dalam dunia akademik, kita tidak akan terlepas dengan tugasan sama ada secara bertulis mahupun secara lisan. Fokus kepada entri ini ialah kepada tugasan secara LISAN.

Bila bercakap mengenai LISAN sudah tentu kita akan terbayang tentang percakapan bukan? Jadi, untuk dipendekkan cerita, tugasan secara LISAN ini ialah satu bentuk tugasan yang memerlukan diri kita untuk bercakap atau senang kata, tugasan pembentang. Bila kita ditugaskan untuk membentang sesuatu tugasan yang diberikan, sudah tentu kita merasa gugup dan takut untuk berdiri dan bercakap di hadapan orang ramai bukan? Aku juga pernah menghadapi perkara yang sama...dan alhamdulillah aku dapat mengatasi perasaan gugup tersebut dengan baik.

Semasa sesi pembentangan, kita diminta membentang sesuatu tugasan yang telah diberikan, namun amat mendukacitakan bila sesi pembentangan...individu yang membentang tersebut tidak melaksanakan tugasnya dengan baik. Dalam  konteks ini, ada segelintir individu semasa membentang tidak menunjukkan ciri-ciri yang dia sedang membentang. Sebaliknya, hanya membaca...(Ingat apa??? Sesi membaca berita ka????) Sekiranya ada membuat perkara sedemikian, saya nasihatkan di sini agar anda mengubah tindakan anda tersebut. Bukan apa, tindakan anda itu hanya akan membuatkan para pendengar cepat bosan sehinggakan ada yang tidak dapat menumpukan kepada pembacaan anda...Akhirnya, sesi pembentangan anda menjadi melankolik, suram dan muram tidak bermaya....Sekaligus akan menjejaskan markah penilaian pembantangan anda.

Lantas, bagaimanakah cara untuk menjadi seorang pembantang yang baik? Apabila bercakap mengenai pembantang yang baik, ini bermakna semasa sesi pembentangan "Si Pembentang" mampu bercakap tanpa melihat skrip mahupun "Handout" yang diedarkan kepada pembaca... Malah, "Si Pembentang" mampu menangkap jiwa pendengar untuk mendengar pembantangan yang sedang dilakukan... Bagaimana? Dengan menggunakan bahasa yang dekat dengan pendengar serta menggunakan "Bahasa Tubuh" yang baik serta intonasi suara yang bersesuaian. Malah pembentang yang baik juga, ialah individu yang bijak untuk bermain dengan isu-isu semasa dan mampu menjawab serta memenuhi kehendak soalan yang dikemukan oleh pendengar semasa sesi soal jawab bergantung kepada tajuk yang dibentangkan.

Bagaimana pula dengan Bercerita? Adakah dengan menggunakan kaedah bercerita itu relevan semasa sesi pembentangan? Bagi saya amat bagus dan sangat relevan! Ini kerana, dengan cara itu pendengar akan lebih memahami sesuatu tajuk yang sedang dibentangkan. Namun ditekankan di sini, bercerita hanya merujuk kepada apa sahaja yang berkaitan dengan apa yang hendak disampaikan dan bukannya melalut tak tentu hala.

Amat jelas bukan untuk menjadi seorang pembentang yang baik...Anda hanya perlu yakin dengan setiap perincian kata semasa sesi pembentangan. Perkara ini dapat membantu anda dan para pendengar untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan disamping membentuk kemahiran Insaniah yang unggul. Sekiranya anda berhadapan dengan kekeliruan atau kekaburan terhadap sesuatu perkara semasa sesi pembentangan...Jangan risau, kerana anda boleh menanyakan pendapat atau pandangan daripada para pendengar terhadap masalah anda tersebut semasa sesi soal jawab. Justeru, akan wujud interaksi dua hala di antara pembentang dengan pendengar yang mana, situasi tersebut mampu menghidupkan lagi suasana semasa sesi pembentangan.

Selamat Mencuba!






Rabu, 19 September 2012

KEMBAR VS KLON



huuuuhhaaiiiiii semua..apa khabar???? sihat???? Harap sihat lerrr ok.....kali ni aku nak tulis pasal kembar dengan klon pulak....Mesti korang pernah dengarkan pasal dalam dunia ni...kita ada 7 kembar...maksdunya...muka kita hampir sama atau ada iras-iras.....hehehhe...Hah!!!! Ni aku nak bagitaula....sepanjang hidup aku ni, aku baru jumpa seorang jerrr manusia yang muka dia tu sama dengan aku...n bukan kembar ok....ni junior aku masa dekat sekolah lama dulu.....

Tapi petang tadi, masa aku dengan kawan-kawan aku lepak dekat perpustakaan Universiti aku ni, adala sorang kawan aku ni ternampak seorang budak ni (Junior) muka dia sebijik macam aku....Terkejut beruk aku bila kawan aku bagitau aku pasal benda tu....Yerrrlllaaa.....masa mula-mula kuliah hari tu pun, ada jugak sorang member ni tanya dengan aku "Atan...ko ada adikka????" aku jawapla takda...Terus member aku tu cakap "Bukan apa....hari tu aku ternampak Junior baru ni...muka dia sama macam ko bah.....tu yang saya mau tanya ni..."

Maka, aku dah buat keputusan nak cari tau siapa budak yang diorang selalu cakap tu....kalau aku jumpa...aku nak snap gambar....then upload dalam Blog ni....nak korang semua nilaikan sendiri....sama kerr atau tak...Apa macam????? Boleh???? ok...

siapakah dia?????? masih dalam pencarian...


Sabtu, 15 September 2012

BENAR-BENAR DIUJI




termenung ku sendiri...
Huuuuhaaiiii semua...rasanya aku ni macam dah tak konsisten nak update entri kan....Korang perasan kerrr??? Hurmmm...Ni pasal aku dah tak ada masa lapang yang banyak untuk aku "Lepaking" dalam Blog lerrr...Kalau ada pun...mesti ada jerr kawan-kawan aku yang ajak aku buat itula...inila...huhuhuhu...Okla aku nak fokus kepada tajuk entri aku ni..."Betul tu....kenapa tajuk entri ko macam tu??" Ni ha...dah dekat dua seminggu aku dekat kampus ni...kesabaran aku terus diuji...begitu banyak masalah yang terpaksa aku hadapi...bermula daripada penempatan kolej kediaman...dan juga jam kredit aku yang betul-betul banyak....

Baikla aku mula dengan masalah penempatan aku a.k.a asrama... Terkejut aku bila mana keputusan permohonan untuk tinggal di kolej kediaman aku ditolak hari tu (Masa bulan ramadhan...) Aku terus jadi bingung mencari jawapan mengapa aku tidak mendapat penempatan asrama....Rasa macam tidak adil...Sebab aku ni nak kata tak aktif tak jugak..sebab aku selalu wakilkan kolej kediaman aku dan Universiti aku dalam pelbagai aktiviti....malah bukan setakat peringat kebangsaan sahaja...malah pada peringkat Antarabangsa juga....Lepas tu, aku tak la berdiam diri....aku terus buat surat rayuan (Siap hantar guna   Pos Laju tu) Tapi setelah agak lama aku menanti...tapi jawapan yang aku nantikan itu tak jugak kunjung tiba....Malah amat menyakitkan hati aku...bila mendapat tahu ada segelintir pelajar yang membuat rayuan macam yang aku buat tu dah dapat jawapan...dan diorang sekarang ni dah dapat bilik...Malah ada yang dapat tu bukannya pelajar yang aktif pun...Memang tidak adil bukan...????!!!

Sekarang pulak dengan jumlah Jam kredit aku yang banyak.....huhuhuhu...Rasa macam tak larat pulak...ni bukan apa....kebanyakan kelas dan kuliah aku bermula seawal pagi...dan berakhir selewat malam..korang dah baca entri aku ni TINDAKAN GILA!!! Kalau yang dah baca tu...tentu korang rasa padat sangatkan jadual aku untuk sem ni....huhuhuhu...Hanya mampu tersenyum layu....mengharungi dugaan sebagai pelajar ni...Sabar jerr la....

Seterusnya...kesabaran aku juga turut teruji bila terdapat  segelintir pelajar Junior yang berkelakuan kurang ajar....aku rasa bukan aku sahaja yang mengalami perkara yang sama...mesti korang yang sedang membaca entri aku ni pun pernah melaluinya bukan??? Misalnya, Junior yang memperlekehkan arahan kita walaupun arahan yang kita berikan tu amat bertepatan...Bukannya nak menunjuk hero....Macam kalau aku Senior jadi Junior kena hormatkan aku....Tak la sampai begitu sekali....hurrrmmmmmm...... (-_-)~~~

Minggu pertama di semester baru sudah aku lalui dengan penuh kesabaran...walaupun terkadang kesabaran aku itu diuji...Aku berharap sangat agar minggu hadapan...masih lagi mampu mengharungi kehidupan aku sebagai seorang pelajar....Wish me luck!!!!!!


Ahad, 2 September 2012

BILA LAWATAN "COUPLE" DENGAN LAPORAN




Huuuuhhaaiiii semua….Tiba-tiba bila terjaga dari tidur ni, aku terfikir pasal benda-benda yang pernah aku dengan kawan-kawan aku buat masa Sem lepas hari tu. Biasala kalau masih lagi bergelar pelajar..benda-benda macam buat Assignment, Lawatan, Presentation dan Laporan memang menjadi asset wajib kalau nak dapatkan segulung Ijazah….(hehhehehe..mula la aku dengan Falsafah sendiri…)
OKla…aku nak tunjukkan dengan korang semua Laporan yang aku dengan kawan-kawan aku telah sediakan masa sesi Lawatan dekat MUZIUM NEGERI SABAH…. “Wah!!! Cepatla…teruja aku nak dengarnya….” Korang baca ok…

LAPORAN LAWATAN KE MUZIUM NEGERI SABAH

Lawatan ke muzium ini dilakukan bagi memenuhi salah satu daripada aspek penilaian yang telah ditetapkan bagi para pelajar bagi program HA24 Sejarah yang mengikuti kursus Sejarah Sabah dan Sarawak (1841-1963).
       
Lawatan ini disertai seramai oleh pelajar tahun satu serta pelajar daripada tahun dua dan tiga. Rombongan lawatan ini diiringi dengan dua orang tutor bagi subjek Sejarah Sabah dan Sarawak. Setibanya di tempat lawatan pertama kami iaitu di Muzium Negeri, para pelajar diminta untuk berkumpul di ruang legar Muzium Negeri untuk mendengar sedikit taklimat ringkas daripada tutor yang disampaikan oleh En. Amrullah. Setelah itu, para pelajar diminta untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada lima ahli kesemuanya. Ini bertujuan bagi memudahkan para pelajar menjalankan aktiviti untuk mencari bahan untuk dimuatkan ke  dalam laporan kelak.
       
Tempat pertama yang kami lawati ialah ke kawasan Kampung Warisan. Untuk sampai ke tempat tersebut, kami terpaksa melalui sebuah jambatan gantung. Setibanya kami di Kawasan perkampungan tersebut, kami dapati terdapat beberapa pondok kecil yang dipanggil “Sulap” dengan pelbagai fungsi gunaannya. Misalnya, Sulap Tukang Besi yang berfungsi untuk menghasilkan peralatan yang diperbuat daripada besi. Menurut penerangan yang terdapat pada papan notis, kaum lelaki yang mempunyai kemahiran dalam menghasilkan parang dan pisau kecil yang menjadi alat penting dalam kehidupan mereka. Mereka membuat peralatan tersebut dengan tujuan untuk kegunaan diri sendiri, di samping itu bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat.
       
Selain itu, terdapat juga sebuah pondok kecil “Sulap” yang berfungsi sebagai tempat pemprosesan garam. Menurut keterangan daripada papan info, proses pemprosesan garam tersebut dilakukan secara berperingkat-peringkat. Peringkat pertama, mengambil punca garam seperti daripada air laut, seterusnya proses menyahkan air bagi mendapatkan butiran garam dan yang terakhir proses pengeringan garam.
       
Di kawasan perkampungan warisan tersebut juga terdapat beberapa buah rumah yang mewakili suku kaum yang terkenal di Sabah. Antaranya rumah Bisaya, rumah Cina, rumah Murut, rumah Brunei, rumah Kadazandusun. Menurut pemerhatian kami, kesemua rumah-rumah tersebut kelihatan agak unik malah yang menarik minat kami untuk meneroka bahagian dalam rumah tersebut kerana ciri binaannya yang masih kukuh walaupun telah kelihatan usang. Terdapat juga rumah yang masih menyimpan peralatan untuk kegunaan isi rumah seperti kerusi, meja, pinggan, dapur untuk memasak dan peralatan untuk bercucuk tanam.
     
Setelah selesai melawat kawasan perkampungan warisan, perjalanan lawatan kami diteruskan dengan melawat ke Muzium Negeri Sabah. Setibanya kami di hadapan pintu masuk ke Galeri Muzium, kami sekali lagi diberikan sedikit taklimat ringkas mengenai tatacara semasa berada di dalam galeri. Taklimat tersebut disampaikan oleh salah seorang kakitangan muzium yang bertugas ketika itu. Antara tatacara yang perlu kami patuhi sepanjang berada di dalam galeri tersebut, kami tidak dibenarkan mengambil gambar bahan pameran dan tidak boleh menyentuh bahan pameran yang tidak ditutupi dengan kaca.
      
Sepanjang lawatan kami di Muzium Negeri tersebut, kami tertarik dengan satu bentuk upacara tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Kadazandusun (Keningau). Upacara yang dipanggil sebagai Mensilua yang berkait rapat dengan aktiviti pemotongan kepala, justeru itu pada suatu ketika dahulu Sabah pernah diberikan gelaran ‘The Head Hunter’.
      
Selain itu, terdapat juga beberapa bentuk peralatan yang turut dipamerkan. Misalnya, Bilong yang merupakan sebuah gelang yang digunakan di pangkal lengan. Gelang tersebut diperbuat daripada sejenis kayu, yang berfungsi sebagai perhiasan diri seorang pahlawan Murut disamping berfungsi sebagai pelindung lengan. Papakol merupakan sejenis alat pelindung yang digunakan di bahagian pangkal betis. Papakol tersebut diperbuat daripada sejenis palma yang dianyam. Selain daripada perhiasan diri pahlawan Murut, Papakol ini juga dipercayai sebagai azimat yang dapat membantu apabila seseorang itu berada di dalam hutan. Peralatan yang terakhir yang turut mencuri perhatian kami ialah Mandou. Mandou merupakan sebilah pedang yang sering dikaitkan dengan kegiatan pemotongan kepala musuh dalam medan pertempuran. Perlakuan memotong kepala musuh ini adalah sebagai tanda kegagahan seseorang pahlawan.
       
Lawatan tersebut berakhir pada pukul 3.30 petang. Sebelum menaiki bas, para pelajar dikehendaki mengisi kehadiran pada borang kehadiran yang telah disediakan.

*Hehehe korang semua..gambar-gambar yang terdapat dalam entri ni adalah gambar masa kami melawat satu tempat dalam Muzium tu yang dinamakan Kampung Warisan…Gambar masa kami dalam Galeri Muzium saya tak dapat tunjukkan sebab untuk MEMELIHARA HAK WARISAN…(Takut kang kena kompaun…huhuhu)

Benda pertama yang aku tertarik ni....

Liku-like yang perlu dilalui...

jenis barangan dapur yang terdapat di dalam sebuah replika rumah Brunei

Jenis barangan dapur yang terdapat di dalam replika rumah Cina

Bertanya dengan penjaga rumah Brunei...(hehhehe..)

Bentuk pelamin Suku kaum Bajau...

sesi santai...

Wah!!! Anak siapa la ni...(kekkeke)
















Ahad, 26 Ogos 2012

OH UNIVERSITIKU, OH KERJAYAKU....


dapat masuk mana????

Hi korang semua....(Macam biasa dengan ayat terjah aku ni...) Hehehhe...ok la fokus dengan entri aku kali ni...Memandangkan bulan September ni...Seluruh IPTA dekat Malaysia ni bakal menerima mahasiswa/i baharu jadi aku nak berkongsila dengan korang semua tentang fenomena yang akan dialami oleh bakal mahasiswa/i ni...sama ada sebelum masuk Universiti...semasa dalam Universiti..hihihi..."Ko nak kongsi apa tu??? Tak kan pasal Assignment..itu kan dan jadi kewajipan buat pelajar U...." Ni adala...

Berdasarkan pengalaman aku sendiri...masa mula-mula dapat tawaran melanjutkan pengajian dalam Salah sebuah IPTA ni...aku rasa tak puas hati dengan kursus pengajian yang ditawarkan kepada aku....Yala aku nak yang itu..tapi kena pulak aku di campak dengan yang ini....(Korang pun mesti pernah terfikir perkara yang samakan....???) Kadang-kadang tu...rasa macam nak tarik diri jerrrr...tak mau sambung study...Malah ada yang nak buat pertukaran Kursus...huhuhuhu....

Tapi lama-kelamaan aku boleh menerima hakikat yang telah ditetapkaan oleh Allah kepada aku...Malah aku dah pun jatuh cinta dengan Kursus aku tu...Jadi aku nak pesan dengan bakal-bakal mahasiswa/i  yang akan menjejakkan kaki ke Univesiti bulan September ni....korang yang dapat atau senasib dengan aku...janganla terus meroyan....atau Jadi HISTERIA...dengan kursus yang korang tak suka tu...Bagi aku korang semua patut bersyukur sebab diberikan peluang untuk merasai kehidupan Universiti...Yala...dalam beratus ribu yang mohon cuma sebahagian jerr yang berjaya dipilih....ada yang lain tu plak kena tunggu panggilan ke dua...

Bila dapat tau kursus yang korang ditawarkan tu...korang janganla terus fikir pasal kerjaya korang pada masa hadapan...Ni tak...ada yang dah dapat keputusan,bila ditanya oleh kawan-kawan ka...mak bapa ka...jiran ka..atau saudara mara ka...kursus apa yang korang dapat??? Mesti diorang akan kata "Kursus apa tu??? Nanti kalau dah grad boleh jadi apa????!!!" Bagi aku....ni la salah satu punca mengapa bakal pelajar Universiti ni tak bersemangat nak mulakan pengajian...Kepada korang yang mengalami situasi macam ni....korang bagitau jerr "Dapat masuk U pun kira dah cukup bersyukur....Soal kerjaya tu pulak letak ketepi dahulu....Sebab saya nak fokus Study dan dapatkan Kecemerlangan bila dalam Universiti kelak....soal kerjaya tu semua...Saya akan fikirkan bila dah grad nanti..sebab saya yakin dengan Rezeki yang ditetapkan oleh Allah..." neeehhhh...bila korang bagi jawapan macam tu...kompom mulut-mulut diorang tu tertutup rapi...korang percayala.....

Jadi..korang semua yang bakal memulakan kehidupan kampus ni..aku nak pesan...jaga diri,maruah...jangan cepat terpengaruh dengan situasi baru yang dijumpai ok...kalau rasa-rasa diri tu gatai nak jugak buat perkara yang tak elok...korang cepat-cepat betulkan niat korang balik...Masuk U ni untuk apa??? Adakah untuk suka-suka???? atau nak berjaya???? (Korang jawab..) Ingat Mak Bapa korang di kampung....yang sentiasa mendoakan kejayaan korang semua....jangan kecewakan mereka...ok...

Salam (^____^)

Khamis, 23 Ogos 2012

BARU VS LAMA

Hi korang semua....kali ni aku nak cuba ketengahkan entri yang boleh membuatkan korang semua berfikir....sama ada apa yang aku carutkan ni betul atau tak..."Apa lagi tu???? Mesti menyengatkan????" Tak la jugak...ni ha...Aku nak korang semua fikir-fikirkan tentang apa yang aku nak cakap ni....Betul ka...kalau bukan disebabkan yang lama ni..yang baru tak kan wujud??? Erm...bagi aku tak semestinya...sebab zaman sekarang dah berubah..."Eiiissshhh ko ni...tak baik cakap macam tu....ko tu kena ingat...kalau bukan disebabkan oleh si Lama ni...ko tu takkan wujud...." Erm...aku nak korang cakap dari segi perspektif lain...bukan pasal siapa yang lahir dulu dalam muka bumi ni.....hehehhe...

"Contoh???" Mengenai idea daripada kita ni sebagai anak muda...Errr.....korang rasa salah ka kalau kita nak suarakan idea kita ni....plus idea yang masih fresh???? Tak kan...(Aku bingung sendiri....) Sebab ni hah...dala m Family aku ni...adala segelintir yang memandang enteng dengan idea yang aku cuba suarakan...Kalau aku cakap ni...ada yang bantah...."itu tak boleh sebab lari daripada warisan keluarga kita..." Tapi kalau  difikirkan balik dengan sepupu aku yang lain...Aku rasa tindakan aku tu memang wajar...sebab..kita ni kena ikut peredaran zaman...Cuba korang fikir...kalau kita masih lagi mengamalkan amalan atau warisan lama pada masa sekarang ni...tak ka korang rasa pelik???? "Ermmm....warisan apa yang keluarga ko tu amalkan????" Ermmm tak boleh la cakap...nanti ada yang terasa...ni pun aku buat entri ni aku kena fikir dua tiga kali....takut nanti ada yang kecik hati bila membacanya....huuuuuuu....(-_-)

Bukan apa..aku rasa...family aku ni kadang-kadang tak ngam sesama sendiri mungkin jugak disebabkan oleh warisan kuno yang diamalkan oleh Keluarga aku...hurrrmmmm...aku pun dah naik buntu..tak tau nak cakap apa dah....nasibla aku boleh kongsikan masalah aku ni dalam blog ni....Ironinya...istilah BARU VS LAMA ni bukan berlaku dalam family aku jak..malah dekat luar sana pun ada jugak...Contohnya...Pasal Lagu raya yang direnovatekan semula...Bila ada anak muda yang buat sentuhan baru dengan sesebuah lagu lama misalnya lagu lama....Aku kompom...masa lagu tu di publish...mesti berjela-jela kutukan serta kritikan yang akan diterima....kan...kan...kan....

Aku rasa....kotak fikiran segelintir masyarakat yang masih di tampuk lama ni..perlu dikikis...atau perlu di suntikkan dengan idea-idea yang kontemporari tapi masih boleh diterima pakai dan tidak melanggar hukum agama....korang rasa susah tak???? Ermmm..senang jak kan...Tapi untuk melakukan itu tidak mudah bukan???...Erm...
Akhirnya...aku termenung sendiri...(-_-)

Jumaat, 10 Ogos 2012

OH SENIOR...OH JUNIOR...




Oh senior Oh junior…bila baca jer tajuk entri kau ni mesti korang dapat teka mengenai cerita yang aku nak khabar dekat korang  ni…kan..kan..kan…(macam biasa dengan perkataan Kan itu…..) Selalunya istilah tu digunakan oleh pelajar yang dapat masuk IPT…..tapi itu dulu…sebab sekarang  gelaran tu digunakan juga oleh budak-budak sekolah….(Tak kesahla…budak sekolah menengah atau rendah…janji budak sekolah..)

Pada suatu ketika dahulu….gelaran ni menjadi trademark buat budak-budak IPT….sehingga ada yang jadi FOBIA dengan gelaran tu… “Beh…apasal boleh jadi macam tu????” Ni biasala…bila adanya gelaran sedemikian maka secara automatiknya wujud garis pemisah di antara satu pihak dengan pihak yang lain…. “Pihak apa yang hang dok merapu ni…pihak kerajaan dan pembangkang ka????” eh Dok eh…ni pasai status perbezaan diantara pelajar dengan pelajar la…… “Kan status pelajar tu sama jerrr…mana ada bezanyeerrr…..” Hah ni biar aku habiskan cerita ni dulu baru hang semua boleh serang aku…aipppp bukan serang guna bomb Bazoka naaaaa….ni serang dengan soalan lazer korang lerrr…(Aik lazzzeeeerrr kerrr….hahahaha) Bila kita bercakap pasal perbezaan status ni khususnya di kalangan pelajar…mestila perbezaan dari segi tempoh berapa lama dah duduk dalam IPT tu….( untuk senang mudahkan maksud ni…guna istilah ni “Aku dah dulu makan garam dari ko”) Faham???? Harap-harap faham la yerrr…Bermakna pelajar senior akan lebih rasa macam the STAR  la dalam sesebuah IPT tu bila Junior baru masuk….

Bila dah rasa diri tu macam the Star…apalagi…kompomla perasaan ingin menguasai itu wujud…(ni la yang menyebabkan salah satu daripada fenomena ‘Ragging’ atau buli ni wujud) Nah tu la yang aku cakap mengapa gelaran Senior dan Junior tu boleh menyebabkan fobia bagi pelajar suatu ketika dahulu…..ada fahamka????

Namun zaman telah pun berubah….zaman sekarang ni…rata-rata pelajar yang duk dkt IPT ni dah boleh menyamakan kedudukan mereka tanpa adanya tembok pemisah diantara mereka…(Bak kata Karan Singwalia…. “Duduk sama rendah….Berdiri sama tinggi….”) “Aik habis tu kalau dilahirkan rendah macam mana nak berdiri sama tinggi dengan orang 180 cm????? ceciterrr…..” Aiyo…itu pun mau kena bagi jelaska…ni Hang dok pi perpustakaan…hang pi Cari kamus Dewan Bahasa naaa….lepas tu hang cari makna peribahasa ni…..Ok sambung balik…pelajar zaman sekarang minda diorang ni turut berkembang….seirama dengan perkembangan global masa kini (wah….sekali sekala kenala guna ayat Educated sikit…akakkakkkakaka…..) Pelajar zaman sekarang tetap mengamalkan budaya Senior dan Junior masa dalam pengajian tapi tidak menyalahgunakannya…Senior zaman sekarang sedia membantu Junior yang memerlukan bantuan…plus….tanpa meminta sebarang bentuk Imbuhan……(Tapi kalau ada Senior yang masih lagi dengan perangai DIVA mereka apa lagi Junior kenala mengambil tindakan mengikut cara serta prosedur yang betul….jangan sesekali mengikut perasaan ok…nanti binasa badan….)

Oleh itu…secara kesimpulannya…budaya saling hormat menghormati itu perlu la dihidupkan dalam soal kehidupan kita agar, setiap daripada kita dapat merasa nikmat yang setimpal….Dan bukannya mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan atau menyakiti orang lain…(eehhheeemmm…eheeemmm macam iklan pesanan Khidmat masyarakat pula aku tengok ni……huhuhuhu)…ok selamat beramal…

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram