Memaparkan catatan dengan label Sakit Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sakit Hati. Papar semua catatan

Khamis, 30 Ogos 2012

TERCALAR MARUAH!!!




Haaaiiii apala mau jadi dengan dunia zaman sekarang ni.....Kalau kita lihat, arus perubahan begitu drastik...istilah 'siapa cepat dia yang dapat' memang sinonim dengan pergerakan manusia pada masa kini..."Pergerakan macam mana tu????!" Ni la...masa nak naik kenderaan...masa dalam pekerjaan..dan masa  dalam pelajaran....Fokus aku di sini adalah berkenaan dengan Pergerakan Pantas dalam Pelajaran, memandangkan aku masih lagi belajar...jadi aku nak kongsi dengan korang semua tentang entri aku ni....


Aku rasa sakit hati bila mendapat tahu bahawa pelajar pada masa sekarang ni, tak perlu bersusah payah kalau nak dapatkan segulung Ijazah, Master mahupun PhD....Korang tak percaya..korang baca ni...IJAZAH PANTAS "FIRST CLASS" Dah baca???!!! Apa pandangan korang semua...kalau aku ...nak aku cekik jak individu yaang terbabit dalam sindiket penghasilan Ijazah palsu ni.....Geram sangat...Yala...orang lain belajar jugak untuk dapatkan segulung Ijazah tu....TAPI yang segelintir ni pulak...sibuk duduk terkangkang di rumah...atau dekat mana-mana...Datang tunjuk muka masa nak Ambik Ijazah jak masa sesi Graduasi....Kesian kita orang yang bertungkus-lumus nak dapatkan Ijazah tu...terpaksa berhempas-pulas siapkan tugasan...hadirkan diri dalam kuliah...mantapkan diri dengan Tutorial...tapi bagi yang lain ni pulak (Individu penyeludup ni) Cuma duduk depan laptop...isi Ink Printer untuk siapkan sehelai Ijazah palsu....Adddoooooooiiiiii!!!! sakit hati ni.....Tu satu hal....ni pulak ditambahkan lagi dengan memburukkan nama sesebuah IPTA tu...korang ni!!!!!! Belangkong kang baru tau....

Jadi aku nak pesan dengan korang semua...kalau nak berjaya tu...cuba la dengan cara yang betul...jangan cuba menjinakkan diri dengan mengambil jalan mudah...ok....salam (^___^)


Khamis, 16 Ogos 2012

KATA CACIAN...MEMATANGKAN AKU...


Hi korang semua....apa khabar??? Sihat jugak kan....harap korang sihat ok....Ermmmm..sepanjang hidup korang,ni mesti pernahkan menerima kata-kata yang kurang elok didengar....dimaki hamun...kan..kan..kan..."Siapa yang sanggup buat kita macam tu????!!!!" Orang sekeliling kita la....sama ada keluarga korang....rakan-rakan...jiran...orang luar dan yang lain-lain...

"Aik...ko kenapa pulak buat entri macam ni????!!! ada yang tak puas hati dengan ko ka????" Hurrrmmmm...lebih kurang macam tu la...Aku dah serik menerima kata-kata negatif daripada masyarakat sekeliling aku...(Biasala tu....manusia ni tak kan pernah lari daripada penyakit hasad dengki...) Bila aku meraih sedikit kejayaan...ada saja yang membuat andaian buruk terhadap diriku...."Eleh dia tu...dapat jadi Pelajar Terbaik pun...sebab dia selalu bodek-bodek cikgu dekat sekolah tu....." Tidak kurang juga macam ni "Alah setakat pelajar cemerlang peringkat sekolah....Apa kelassss!!!! Lainla kalau di peringkat Kebangsaan....." 

Malah cacian yang dilemparkan ke atas diriku ini berlanjutan sehingga aku menyambung pelajaran di salah sebuah IPTA...Lagi dahsyat daripada zaman persekolahan hari tu...Ni ada yang siap Sabotaj aku....sebab tak puas hati dengan aku....Tapi semua tu aku anggap sebagai ujian untuk mematangkan diri aku...Ok la kepada korang yang tak pernah nak insaf untuk berhenti memaki hamun aku atau orang lain....korang baca ni..."SEPATAH KATA CACIAN KAU LEMPARKAN...SERIBU LANGKAH KEJAYAAN KU LAKARKAN" yang menerima nasib sama macam aku...korang kena bangkit...menepis semua cacian tu ok....(^_^)



LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram