Memaparkan catatan dengan label Jemput-jemput. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jemput-jemput. Papar semua catatan

Sabtu, 22 September 2012

PRODUK BAEEKKKKK PUNYYYERRRRR!!!!



Huhaaaiiiiii SELAMAT PAGI SEMUA!!!!!!!!!!!! Harap korang sihat lerrrr...Aku nak kongsi la dengan korang semua ni mengenai produk ni....Yang aku baru guna, tapi amat berkesan....walaupun harganya agak mahal tapi yang penting keberkesanannya amat menakjubkan....Produk ni berfungsi untuk menyahkan atau membuangkan  "TOXIC" dari dalam badan. "Apala kesannya?????" Kesannya, korang akan selalu rasa nak buang air besar....kalau korang malar ke bilik termenung a.k.a Tandas, itu bermakna proses menyahkan "TOXIC" sudah berlaku.....Plus, korang tak perlu mengeran nak keluarkan "BONGKAH EMAS" korang...Sebab "Benda tu" akan keluar dengan sendirinya....Lancar gittteewwwww.....

"Jadi apa kebaikannya????" Huhuhuhuhu..banyak manfaat yang boleh diperoleh setelah menggunakan produk tu.....antaranya :

  1. Memperbaiki tahap produktiviti.
  2. Meningkatkan stamina.
  3. Muka berseri (Kalau yang ada masalah jerawat pun amat digalakkan guna produk ni)
  4. Melancarkan sistem perkumuhan.
  5. Memperkuatkan sistem Imun.
  6. Berat badan Ideal.
  7. Mengempiskan perut.
  8. Menyeimbangkan Hormon.
  9. 5 deria manusia berfungsi dengan baik.
  10. Risiko untuk mendapat penyakit Kronik adalah kecil.
Hehehhehehhe...banyakkan manfaat daripada produk tu....huhuhuhuhu...Aku berani jamin Produk ni amat berkualiti....Nak tau kerana apa? Ni sebab, produk ni tidak menggunakan sebarang bentuk bahan kimia ianya 100% bahan semulajadi....."Contonhya?" Produk ni diperbuat daripada serbuk Lemon, serat gandum, Serat Oat, Aloe Vera, serbuk epal, Hawthronberry dan Psylium Husk....bermakna produk ni "NO ADDITIVES, NO COLOURING, NO SWEETENER and NO PRESERVATIVES"

"Halal kerrrr????" Yup...produk ni halal dan mendapat sijil halal daripada "Halal Food Council, Malaysia and Asia Region" Nak tau produk tu macam mana??? Bentuk dia....warna dia...Harga dia....hehheehhee... tunggu...(^_^)




Jumaat, 10 Ogos 2012

JEMPUT MASUK...MARI MAKAN JEMPUT-JEMPUT


Waduh-waduh...kok aneh sekali tajuk entri aku kali ini...(dengan loghat Jawa...hahaha...) Hehehe....bila sebut pasal satu jenis makanan ni 'JEMPUT-JEMPUT' soalan yang pertama terlintas dalam fikiran aku..."korang tau ka apa benda tu???" Kalau yang biasa sondol benda tu mestila tau....yang tak tau tu...hah apa tunggu lagi carik la dalam Google tu.....tak susah kan...senang jer...(Segalanya hanya di hujung jarieeeewwwww...)

Ingat pulak aku masa pertama kali makan benda tu....dekat rumah kawan aku....ni masa usia 8 tahun kalau aku ndak silapla...."Oh yaka....mesti awak comel masa tu kan...???" huhhuhuhu....comel tu tak la...cuma ada Manis....hahahaha....Ni aku dengan kawan aku masa tu sibuk main buaian kayu dekat rumah aku...Lepas tu mak dia panggil...suruh kawan aku tu balik ajak aku sekali (rumah kami dekat jak tak jauh pun)...lepas tu..aku pun ikut la kawan aku tu balik rumah dia...aku takut masa tu....manala tau mak dia nak marah aku pasal sibuk ajak anak dia main sampai tak nak pulang rumah....

Sampai jak dekat rumah kawan aku tu....aku tak berani nak masuk....aku berdiri dekat tangga rumah dia....tak lama lepas tu mak dia panggil aku..."Ah...Tan jemput masuk rumah makcik ni...jemput....meh sini makan jemput-jemput yang mak cik buat ni...." Aik...aku pun gembirala dengan pelawaan mak kawan aku tu....tapi aku rasa pelik jugak..kenapa mak cik tu guna banyak sangat perkataan JEMPUT dalam ayat dia tadi tu.....aku pun buat tak tau jak la....sampai la mak kawan aku tu hidangkan semangkuk Jemput-jemput dengan air susu....Aku pun kerutkan muka....apa benda yang bulat semacam ni....rupanya itula Jemput-jemput....pertama kali aku bedal benda tu terus aku jatuh hati...apa lagi...habis semangkuk Jemput-jemput tu aku makan dengan kawan aku tu....Seddddaaaappppppppp sangat!!!!!! licin mangkuk tu....


Dan sejak dari itu....aku selalu suruh mak aku masakkan jemput-jemput.....nasibla mak aku tau buat....kalau tak....terpaksala aku pergi mintak tolong mak kawan aku tu masakkan....

Motippppp celotehan aku ni....nak pesan dekat korang semua...yang tengah baca entri aku ni...kadang-kadang kita cepat fikir yang bukan-bukan dengan satu benda dengan namanya yang pelik....(macam aku daaaa...) tapi bila kita dah nampak benda tu depan mata siap sentuh atau rasa lagi....baru kita tau apa benda tu sebenarnya.....sama la juga nama kuih-kuih lain yang pernah aku rasa geli dengar nama kuih tu tapi sedap di makan....macam kuih Taik Itik....Sarang Semut....dan seangkatan dengannya....

nak makan Jemput-jemput ni....

ok salam......

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram