Memaparkan catatan dengan label Bahaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bahaya. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Mac 2013

LAHAD DATU... PERINTAH BERKURUNG



Assalamualaikum...Salam Sejahtera...Alangkah terkejutnya aku bila mendapat khabar berita sebegini... para penduduk Lahad Datu sebuah daerah yang terletak di bahagian Pantai Timur Sabah terpaksa menerima hakikat untuk menghadkan aktiviti luar mereka demi keselamatan...

Bukan Lahad Datu sahaja yang mendapat perintah berkurung, tapi kawasan-kawasan yang berhampiran juga turut dinasihatkan supaya berjaga-jaga (Malang tidak berbau)

hurm korang baca la ya dalam INSIDEN BELUM BERAKHIR DI LAHAD DATU

Jumaat, 1 Mac 2013

AKU KEMBALI...



Assalalamualaikum....Salam Sejahtera semua!!!!!!!..... Fuhhhhh!!!!!!!!!!!!!! Lama aku tak update Blog aku ni....Ni sampai ada rakan-rakan blogger yang lain tanya aku..."Ko dah OUT dari Blog ka?!" huhuhuhuuhhu terus tersentap aku...Tak la, aku masih lagi dengan blog aku ni...selalu jugak aku buat blogwalking....hurrmmmm...sekarang ni tengah cari penaja Terhormat untuk bagi tajaan untuk segmen aku yang pertama ni....Setakat ni...adalah yang bermurah hati mau sumbangkan telefon Pintar dalam Segmen yang aku nak buat ni....BLACKBERRY tu...

Apa?! Korang mau ikut segmen aku ni....boleh...tapi korang kena tunggu dulu ok...sebab aku tengah cari idea Segmen apa yang aku mau buat...plus aku mau tambanh penaja jugak.....bukan apa...nanti korang jugak yang Happy sebab mana tau kalau korang yang menang Segmen aku tu....korang terus jadi "ORANG KAYA BARU" kan...terus fooooofuulllarrr korang....

Ok la.....cukup buat masa ni....kalau ada masa terluang aku akan buat Entri baru...yang lagi Hangat....Panas...dan Berapi... (Berapi keerrr????!!!) uhuhuhuhuhuhu...




wow Muka suspen gittteewww.....(^_^)

Rabu, 12 September 2012

ISU HANGAT UPSR!!!!



Huuuhaaiii semua...Aku lanjutkan entri aku untuk sesi petang pulak....korang dah makan ker???? Heheheh kalau aku dah tadi....kenyang sudah ni (ALHAMDULILLAH) Tadi lepas habis jak menjamah makanan tengahari aku...Aku bukak blog-blog orang lain...tup-tup aku terbaca pasal PELAJAR DILARANG MENDUDUKI UPSR korang cuba baca.....( Aku tunggu korang habis baca sambil gigit KUACI...hhehhehe)

Dah baca???? Apa macam??? apa pendapat korang.....korang rasa patut ker tindakan yang dibuat oleh pihak sekolah tu??? Kalau korang setuju bagi komen...kalau korang bantah....boleh bagi komen...kalau korang ATAS PAGAR...pun boleh komen jugak...(Heheheh..nak baca la juga pandangan korang semua ni....)

ok salam (^^)



neh...korang tengok aku ni...tengah pening nak mencari jawapan tu.....huhuhuhu...

KERANA CINTA...HILANG NYAWA!!!!



Huuuuuhhhuuuhhhuuuuu..aku rasa terkejut bila aku bukak news hari ni...Headline yang sangat menyengat dekat pandangan aku ni pasal MAUT ANGKARA CINTA DITOLAK Tajuk news tu bukan main lagi...Tapi amat bertepatan dengan khabar yang cuba disampaikan....korang baca la yerrrr....

Apa macammmm?????? Apa pendapat korang.....terutama sekali yang tengah hangat ber'Couple' ni???? Korang fikir-fikir dulu....kalau dah ada pendapat...korang kongsi dengan aku ni ok.... (^^)

Isnin, 27 Ogos 2012

FAKTA BAHAYA MEROKOK




Hi semua...kali ni aku nak kongsi dengan korang Fakta mengenai Rokok...Korang yang merokok tu....kalau sudi nak baca dipersilakan...manala tau...lepas baca korang yang merokok tu ada hajat nak berhijrah dari tabiat merokok kan bagus...huhuhu okla mari kita mula....

1.Lebih 10,000 kematian di Malaysia setiap tahun direkodkan berpunca daripada merokok. Bilangan kematian ini jauh lebih banyak daripada jumlah keseluruhan kematian akibat AIDS, tibi, malaria, pneumonia dan kemalangan jalan raya.

2.Percaya atu tidak, merokok merupakan penyumbang kepada kes kebakaran sebanyak 25 peratus (Huhuhu banyak tu....)

3.Negara kita dianggarkan rugi sebanyak RM20 Bilion setahun hanya kerana menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti pesakit akibat merokok dan menghidu asap rokok.

4.Hasil kajian yang dijalankan oleh United State Surgeon General membuktikan bahawa perokok lelaki akanmati 13 tahun lebih muda berbanding mereka yang tidak merokok. (Tak takut kerrr....)

5.Banyak kesan buruk akibat merokok antaranya, deria hidung kurang sensitif, keupayaan mental dan fizikal terganggu, gangguan sistem gastrousus seperti ulser perut, penyakit jantung dan kanser pankreas.(Merana badan dik oiiiii)

6.Gigi seorang perokok mudah rosak manakala gusi mudah bengkak. Keadaan ini lambat-laun boleh menyebabkan tisu tulang penyokong gigi musnah dan akhirnya terpaksa dicabut.(Korang tak malu ka kalau gigi depaan korang tak da????)

7.Kemujaraban atau keberkesanan sesuatu ubat untuk merawat sesuatu penyakit berkurangan sekiranya seseorang itu kerap merokok.(Neh kalau korang demam...makan Panadol pun demam korang lambat Kebah...)

8.Sekiranya seseorang lelaki merokok lebih daripada 20 batang sehari di rumah, maka risiko isteri dan ahli keluarganya yang lain untuk mendapat kanser adalah dua kali ganda. Aras nikotina, karbon monoksida dan bahan kimia lain dalam darah perokok lebih tinggi daripada manusia normal.

9.Bahan kimi dalam asap rokok merangsang salur pernafasan sekali gus boleh menyebabkan penyakit asma.

10.Karbon monoksida dalam rokok mengurangkan oksigen dalam darah, justeru boleh menyebabkan sakit jantung.

11. Merokok menyebabkan kualiti sperma berkurangan. Perokok tegar juga boleh terdedah kepada risiko mati pucuk bagi lelaki.( Betul ni korang tak takut???!!!)

Hah...aku harap lepas korang baca mengenai Fakta Bahaya Merokok ni...korang jangan cuba dekatkan diri nak jadi perokok ok...Kalau yang dah jadi perokok tegar tu...aku harapla korang akan berubah dari masa ke masa...memang sukar untuk berbuat demikian...tapi Hanya anda yang mampu mengubah diri anda...(HUHUHUHhuhuhu....)  

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram