Memaparkan catatan dengan label Tekanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tekanan. Papar semua catatan

Khamis, 13 September 2012

TINDAKAN GILA!!!



Huuuuhaaiiii semua...hari ni aku rasa lapang sikit jadi aku ambik masa yang terluang ni dengan membuat Entri aku yang bertajuk agak gila-gila sikit....kekekekke...Hari ni tak la sesibuk hari-hari yang lalu...satu kelas jerr aku kena Attend hari ni..kelas sebelah petang dibatalkan...Aku nak cerita mengenai subjek yang aku dah daftar untuk sem ni...tapi aku perincikan kepada hari Khamis punya Jadual lerrr ok.... Korang nak tau...jadual aku pada hari khamis, merupakan jadual yang betul-betul padat pernah aku lihat selama aku belajar dekat Uni aku ni....

Korang tentu nak tau kan, Apa perkaitan jadual aku dengan tajuk entri aku ni...kan...kan..kan...(Adaka yang nak baca???? ermmmm tengok jer la....) Perkaitan di antara tajuk entri aku dengan Jadual aku ni terletak pada perkataan "GILA" Korang bayangkanla...dalam masa sehari aku kena hadirkan diri dan memperuntukkan masa di dalam Kuliah dengan Tutorial....Percaya atau tidak, aku kena hadirkan diri dalam 6 buah kelas yang aku letakkan dalam jadual aku pada hari Khamis...Bermakna aku kenala bangun seawal pagi....dan pulang selewat malam....(hhahahhaha ada lagi ayat macam tu...kikkkikikikiki)

Itu pun belum ditambah lagi dengan pembentangan..perbincangan...dan yang lain-lain...Korang bayangkanla, dalam hari yang sama..aku kena buat pembentang dan hantar tugasan...kan susah aku... "Dah tau macam tu....kenapa ko sibuk nak padatkan jadual ko pada hari Khamis tu???" Ni la soalan yang sama sedang bermain di minda aku...Ni ha...sebab kalau aku letak dalam hari yang lain pulak..kang berlaku bertindihan kelas...kan susah nak betulkan semula jadual aku tu...Jadi aku sanggup ambik risiko ni...demi keselesaan aku (Chhheeeeewwww..selesa kerr....tunggu jer la...)

Okla korang semua...aku nak menghadap buku pulak ni...nak mencari bahan untuk tugasan yang bakal aku siapkan....salam.. (^^)


Selasa, 14 Ogos 2012

DUNIA AKHIR ZAMAN...



Hai korang semua....apa macam puasa hari ni???? "Ermmmm...okla...Alhamdulillah....masih penuh sampai hari ni....." Oh yaka....Alhamdulillah....bukan apa kita tak lama lagi nak sambut Raya kan....jadi kenala kita berbanyakkan Ibadah sebelum Bulan Ramadan ni berlalu pergi... Ermm mesti rumah korang sekarang ni tengah dihiasi dengan pelita kan....Budak-budak pulak sibuk dengan plan diorang nak main bunga api....Dan yang nakal-nakal ni pulak.....sibuk nak buat Bom Karbait.....(Eleh korang ni...nak main tu boleh tapi jangan la main benda-benda yang boleh memudaratkan diri...Nanti ada yang beraya dalam Hospital....kan terus tak da mood nak sambut Raya.....)

Aku nak korang semua baca pautan yang aku sertakan dekat bawah ni....Aku nak korang beri pendapat...mana tau ada yang nak maki kepada individu yang berhati Syaitan dalam pautan tu....Terlampau sudah sikap Bapa tersebut...sanggup memaksa anaknya sendiri melakukan sumbang mahram diantara satu dengan yang lain.....Memang benarla...salah satu tanda dunia ni dah nak kiamat....BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM....Astaghafirullah...

Aku nak pesan dengan korang,, jangan sesekali terjebak atau nak berjinak-jinakdalam dunia maksiat apatah lagi perlakuan sumbang mahram....Pesanan ni untuk diri aku jugak....ok salam...

http://www.malaysiantabloid.com/2012/03/suami-suruh-abang-beromen-dengan-adik_9079.html

Ahad, 12 Ogos 2012

CONTROL STRESSmu...



Hai semua...selamat pagi...Dalam suasana pagi yang cerah di bulan yang Elok....amatla baik kita mulakan kehidupan kita hari ni dengan ceria bukan...(Wah macam pakar motivasila pulak aku kali ni....heheheehhe...)
ehhhmmmmm...aku tau ni...mesti ada di kalangan korang yang bangun pagi ni terus naik mood...(Period keerrrr.....hahaha tak tau...) Mungkin mood korang tak baik hari ni sebab tak dapat selesaikan tugas semalam atau mungkin tugas yang korang selalu tangguh-tangguh selama ni...Tambahan lagi buat korang yang sibuk membuat tempahan kuih raya pelanggan korang kan....(katannyyerrr). "Aduiiii...raya dah nak dekat ni...kuih tempahan belum siap lagi....Rumah belum Hias lagi....Baju raya anak-anak belum jahit atau beli lagi.....OH! Tidak!!!! Labucci baju kurung aku belum Jahit lagi!!!!!!!!!"...

Hah....antara sebab yang menyebabkan korang stress ni mungkin seperti di atas...(Aku pun ada jugak masalah sampai buat aku stress....Tapi aku control stress aku tu....)..."Betul ka.....bagi tau la....nak jugak...mana tau aku dapat control stress aku ni...."Ermmm...boleh..apa salahnya..ni pun aku Ambik daripada      Pakar ok...

1.MELAKSANAKAN ZIKIR DAN IBADAH
Dalam Islam sendiri ada menyatakan bahawa Ibadah yang khusyuk mendatangkan kedamaian kepada jiwa seseorang. Kedamaian ini akan lebih mendekatkannya kepada Allah sehingga menimbulkan "kelazatan" dan "Keenakan"....."Aik...kelazatan macam lepas makan ka????" Tak la ni kelazatan dan keenakan semasa beribadah. Contohnya...macam Solat yang khyusuk dapat mendamaikan jiwa. ALLAH berfirman dalam Al-Quran, "Wahai mereka (manusia) yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu...." (Surah al-Baqarah ayat 153).


2.BERFIKIRAN POSITIF DAN TIDAK MUDAH PUTUS ASA
"Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ni" Neeehhhh...itu lah ungkapan yang selalu diungkapkan oleh masyarakat sekeliling...termasuk juga diri anda dan juga diri aku...huhuhu...Bermakna perkara yang paling penting yang perlu kita lakukan ialah memperbaiki diri dari masa ke masa tanpa mengenal erti putus asa sehingga akhirnya kita menjadi insan yang lebih baik. (Waduh-waduh...macam Dato Dr.Fadhila Kamsah la pulak aku ni.....hehehe....tak salahkan untuk sebarkan ilmu...) Lepas tu kenala berfikiran positif ajar Ion negatif dalam badan kita ni dapat di kawal...kan..kan..kan...

3.HIDUP YANG SEIMBANG
Aku paling sukeewww yang ni...Salah satu punca tekanan yang menyerang korang semua ni sebab "ketagih bekerja"...."Aik mestila buat macam tu..kena kerja...habis tu kalau tak kerja siapa nak bagi anak bini aku makan???? Hah cuba lu jawab???!" Choooppppp! Ada tak saya cakap kena berhenti kerja tadi???? takda kan..saya cuma cakap "ketagih kerja"....Hah ni istilah yang korang selalu dengar "workaholic" atau ringkas nya asyik bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggung jawab yang lain...Sama dengan siuasi anda yang duk Sibuk buat tempahan kuih raya orang....hehehehe...( dalam hal ni...tak salah pun kalau korang nak siapkan tempahan kuih raya orang....tapi kenala bersistematik...ikut jadual...kena ada masa buat..kena ada masa rehat untuk uruskan hal keluarga dan tanggungjawab lain...) ada Fahhhaammmmm???? Harap korang paham la yerrkkkk...

4.PASANGAN HIDUP DAN RAKAN YANG BAIK
Pasangan hidup kita adalah sumber kekuatan dan ketenangan bagi diri kita...(Aiiikkk sekali lagi macam pakar motivasi dahhhhhh.....) ALLAH berfirman, "Antara tanda kebesaran Allah ialah, Dia menjadikan bagimu jodoh dari jenis manusia seperti kamu supaya kamu berasa tenteram bersama-samanya dan dijadikan antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah al-Rum ayat 21)....Wah bila sebut jak soal pasangan hidup...Jodoh...mesti ada diantaran korang yang dok terlompat-lompat sekarang ni kan...hahahhaha (Sukkkeeewwww la tuuuu....) Jadi dalam memilih pasangan hidup...dan kawan....kita kenalah pandai memilih....."Macam mana nak pilih tu aaaa......macam pilih buah ka???" ermmm....boleh jadi maca tu la...tapi takla macam pilih buah..Maknanya..pilihla kawan atau pasangan hidup yang baik dan boleh membimbing kita kejalan yang benar...boleh ka???? boleh kan.......huhuhuhhuhu...

5.SENAMAN DAN REKREASI
Islam menggalakkan umatnya aktif beribadah dan membenci mereka yang malas dan tidak aktif. Malah Nabi Muhammad SAW bersabda "Semua perkara melalaikan seseorang daripada Zikrullah melainkan empat perkara, iaitu pergi memanah, melatih kuda untuk berperang, bergurau senda antara suami isteri dan belajar berenang" (Riwayat Thabrani)....Nahhhh..bermakna di sini...kalau rasa-rasa diri tu tak tenang jugak setelah laksanakan empat langkah sebelum ni (di atas)...pergila jogging...berenang..dan buat benda-benda yang mampu meredakan stress anda...(Tapi benda-benda baik jerr tau..jangan yang lain pulak....)



Fuhhh.....pesanan aku dekat sini...korang amalkanlah cara-cara ni bila korang semua di landa STRESS...tapi lagi elok kalau kita amalkan sentiasa tak kira masa susah mahupun senang ok....selamat beramal....(^_^)

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram