Memaparkan catatan dengan label CUBAAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CUBAAN. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Februari 2014

MANIPULASI FOTO...



Assalamualaikum...salam sejahtera....
Akhir-akhir ni aku sangat addicted dengan photography...plus aku semakin gila edit gambar...huhuhuhu.... salah satu contoh gambar yang aku edit macam gambar dekat bawah ni..


"MY CRACKED FACEs" nama "MASTERPIECE" aku ni..huhuhuhuhuhuhu (PERASANNNNN ORANG SENI)

ok la.... lain kali aku akan share gambar-gambar yang lain pulak...untuk tatapan korang semua... (adaka yang mau tengok???!!!) deeiiii!!! whatever.... :)

ADIOSSSS!!!!

Sabtu, 13 Julai 2013

JIN QARIN KEMBAR MANUSIA DAN CARA MELIHATNYA





Assalamualaikum WBT...
Korang mesti pernah dengar kan pasal Jin yang menjadi kembar kepada manusia...???? Jin yang dikenali dengan sebutan Qarin sememangnya merupakan kembar kepada manusia makhluk ciptaan Allah swt... Hurrrmmm tentu korang semua mau tau cara bagaimana cara untuk melihat Qarin tu kan... Baikla di sini aku ada la berikan beberapa cara untuk melihat Qarin tersebut...ini pun melalui artikel yang pernah aku terbaca pada suatu ketika dahulu...

Dah bersedia?????

Ikuti langkah-langkah berikut...
  1. Cabut 7 helai rambut kepala.
  2. Ambil 7 potongan kuku atau kaki.
  3. Letakkan semua benda-benda tersebut di atas sehelai kain putih (Apa-apa jenis kain pun boleh asalkan putih).
  4. Setelah itu, ikat kain putih yang telah diisikan dengan benda-benda tadi tu.
  5. Ambil limau nipis (1 sahaja) perah airnya sehingga habis.
  6. Seterusnya air perahan limau tadi anda titiskan pada bungkusan kain putih itu tadi.
  7. Bungkusan kain putih itu tadi anda letakkan di halaman rumah (di mana-mana pun boleh asalkan berhampiran dengan kawasan pagar rumah) Kalau boleh jangan biarkan orang lain tahu, dan yang  paling penting bungkusan itu tidak perlu ditanam, tapi hanya letakkan di antara kawasan yang ada tumbuhan... (Macam pokok bungaka...rumput ka...)
  8. Sesudah itu, tunggu selama 7 hari, Qarin akan datang pada malam ke-8, dia boleh muncul di mana sahaja, tapi hanya sepintas lalu, biasanya Qarin akan meniru tentang apa yang kita sudah lakukan atau apa yang akan kita kerjakan, Qarin tidak boleh dilihat oleh orang lain melainkan diri kita sendiri.
Pesanan dekat sini, kalau korang dah nampak Qarin tu, korang jangan pulak takut...sebab dia juga ialah makhluk ciptaan Allah S.W.T. Terdapat juga cara lain untuk melihat Qarin tersebut....misalnya, membaca ayat-ayat suci al-quran....seperti:

  1. Baca surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali.
  2. Baca surah Al-Ikhlas sebanyak 7 kali.
  3. Ayat Kursi sebanyak 7 kali.
Lakukan ini setiap kali sebelum tidur...Insya-Allah dengan izin Allah anda dapat bertemu dengan Qarin...

p/s: Ini adalah apa yang aku pernah baca dan apa yang hendak aku kongsikan...Sekiranya anda rasa tidak berpuas hati sila jangan lakukan...(Mana la tau korang cakap aku ni bawak amalan syirik)

selebihnya Wallahuallam...




Rabu, 10 Julai 2013

PERMULAAN RAMADAHANKU SAYU (-_-)



Assalamualaikum WBT...
Apa khabar korang semua? Sahur pertama macam mana okey? Aku harap korang semua dalam keadaan yang okey-okey ja....

Tengok tajuk entri aku kali ni, mesti korang dapat tangkap apa yang aku nak ceritakan dalam entri ni....
Kalau aku teringatkan kembali 13 tahun yang lalu. Betapa gembiranya aku bila masa pertama kali aku berpuasa penuh dengan keluarga tercinta. Masa sahur paling aku suka, sebab masa tu la aku dapat tengok wajah-wajah adik-adik aku dengan sepupu-sepupu aku yang masih lagi mengantuk "MUKA BANTAL KATA ORANG SABAH".

Masih teringat lagi, bila waktu imsak sudah mau sampai...nah berebut-rebut aku dengan diorang minum air banyak-banyak...hahahha ni ada yang sampai kembung perut pasal terlebih minum air...Lepas sahur tu selalunya aku dengan diorang tak tidur...Kitaorang berjaga sampai ke pagi. Masa tengah menunggu sang matahari muncul...banyak la cerita yang kitaorang borakkan...lepas tu plan kitaorang untuk hari tu.... Ni ada yang bagi cadangan mau pegi memancingla..ada yang ajak main polis sentri la....banyak la jugak aktiviti asak yang mampu mengerah tenaga kami yang banyak.... Akhirnya kitaorang jugak yang penat....sampai ada diantara kitaorang yang kecundang sebelum waktu berbuka...

Tapi itu semua dulu....13 tahun yang lalu, sekarang......hurmmmmm....hanya mampu melepaskan keluhan. Kesibukan kitaorang dengan pelajaran dan kerja menyebabkan kitaorang tak dapat sambut ramadhan dengan meriah macam masa dulu. Tiada lagi ku lihat "MUKA BANTAL", tiada lagi peluang berebut-rebut minum air sebelum imsak, tiada lagi borak-borang disubuh hari, tiada...tiada...dan tiada.... Yang ada hanyala tentang pelajaran...kerja.... 

Subuh tadi masa sahur, aku rasa sangat sunyi...walaupun adik-adik aku ada bersama-sama sekali bersahur....tapi ianya tidak seperti 13 tahun yang lalu. Adik aku yang perempuan pula, terpaksa balik awal pagi tadi....sebab atas urusan kerja...adik-adik aku yang lain pulak ke tempat belajar...aku pulak...hurm...terpaksa duduk dalam rumah, maklum la cuti 3 bulan...mau kerja tapi mama tak kasi...

Aku berharap sangat....masa Raya nanti tiada lagi atmosfera sunyi di hari mula tu nanti, yang ada hanya tawa gembira...senang hati...semua la yang mampu membuatkan aku merasa gembira masa raya nanti....aku berharap sangat...

korang pulak macam mana? ok ka Ramadhan kali ni? Apa yang korang harapkan masa Ramadhan dan masa Raya nanti...?

Owwww ya..sebelum terlupa...walaupun agak terlambat...ni aku selitkan jadual puasa sepanjang Ramadhan bagi tahun 2013...Klik link deka bawah ni ya...




Selasa, 9 Julai 2013

SEMAK KEPUTUSAN UPU ANDA!!!!



Assalamualaikum WBT...
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan...semoga Ramadhan kali ni membawa pengertian yang mendalam buat kita semua...

Okey la, entri kali ni hanya nak tolong hebahkan informasi buat semua lepasan STPM dengan Matrikulasi yang tengah tertunggu-tunggu keputusan UPU...huhuhuhuhu...Korang semua boleh menyemak status UPU korang pada 11 JULAI 2013 selepas pukul 12 tengahari...

Semak dekat mana tu?????? Korang semua boleh klik link dekat bawah ni...

>>>>>>>>>>SEMAKAN UPU<<<<<<<<<<
*sila gunakan Internet Explorer untuk paparan yang lebih jelas ok...

Teringat pula aku pada 2 tahun yang lepas, rasa resah bila memikirkan tentang status permohonan UPU "Universiti" 
huhuhu...ya la aku dah belajar selama:

*1 tahun TADIKA
*6 tahun SEKOLAH RENDAH
*5 tahun SEKOLAH MENENGAH
*1 tahun setengah PRA UNIVERSITI

saat yang diidamkan untuk masuk universiti kian tiba....dup...dap...dup...dap....degupan jantung, ya la takut apa yang diidamkan tak dapat....Tapi Allah itu maha Esa....berkat usaha aku....restu kedua ibubapa aku, Guru-guru yang tak pernah berputus asa mengajar aku serta memberikan aku dorongan, sokongan daripada rakan-rakan seperjuangan..akhirnya...aku berjaya masuk ke Universiti...

Dan sekarang aku kini bergelar Mahasiswa di salah sebuah IPTA dan sekarang aku OTW masuk tahun akhir....insya-ALLAH kalau tiada aral...hujung tahun depan aku Graduate.... (^_^) "Tak sabar menanti saat itu"

Okey la....buat korang pulak yang tengah berdebar-debar menunggu keputusan status  permohonan UPU tu, aku nak cakap, banyakkan berdoa moga-moga apa yang diusahakan selama ini mendapat balasan yang setimpal daripada Allah...

Tapi kalau tak da rezeki, jangan berputus asa....sebab masih terdapat medium lain yang boleh anda gunakan kalau masih lagi menyimpan niat untuk meneruskan pelajaran....

Hurmmmm....apa-apa pun, Good Luck buat korang....dan selamat menyambut Bulan Ramadhan...
(^_^)

Suka sangat dengan kata-kata ni....(Renung-renugkan...)


Sabtu, 15 September 2012

BENAR-BENAR DIUJI




termenung ku sendiri...
Huuuuhaaiiii semua...rasanya aku ni macam dah tak konsisten nak update entri kan....Korang perasan kerrr??? Hurmmm...Ni pasal aku dah tak ada masa lapang yang banyak untuk aku "Lepaking" dalam Blog lerrr...Kalau ada pun...mesti ada jerr kawan-kawan aku yang ajak aku buat itula...inila...huhuhuhu...Okla aku nak fokus kepada tajuk entri aku ni..."Betul tu....kenapa tajuk entri ko macam tu??" Ni ha...dah dekat dua seminggu aku dekat kampus ni...kesabaran aku terus diuji...begitu banyak masalah yang terpaksa aku hadapi...bermula daripada penempatan kolej kediaman...dan juga jam kredit aku yang betul-betul banyak....

Baikla aku mula dengan masalah penempatan aku a.k.a asrama... Terkejut aku bila mana keputusan permohonan untuk tinggal di kolej kediaman aku ditolak hari tu (Masa bulan ramadhan...) Aku terus jadi bingung mencari jawapan mengapa aku tidak mendapat penempatan asrama....Rasa macam tidak adil...Sebab aku ni nak kata tak aktif tak jugak..sebab aku selalu wakilkan kolej kediaman aku dan Universiti aku dalam pelbagai aktiviti....malah bukan setakat peringat kebangsaan sahaja...malah pada peringkat Antarabangsa juga....Lepas tu, aku tak la berdiam diri....aku terus buat surat rayuan (Siap hantar guna   Pos Laju tu) Tapi setelah agak lama aku menanti...tapi jawapan yang aku nantikan itu tak jugak kunjung tiba....Malah amat menyakitkan hati aku...bila mendapat tahu ada segelintir pelajar yang membuat rayuan macam yang aku buat tu dah dapat jawapan...dan diorang sekarang ni dah dapat bilik...Malah ada yang dapat tu bukannya pelajar yang aktif pun...Memang tidak adil bukan...????!!!

Sekarang pulak dengan jumlah Jam kredit aku yang banyak.....huhuhuhu...Rasa macam tak larat pulak...ni bukan apa....kebanyakan kelas dan kuliah aku bermula seawal pagi...dan berakhir selewat malam..korang dah baca entri aku ni TINDAKAN GILA!!! Kalau yang dah baca tu...tentu korang rasa padat sangatkan jadual aku untuk sem ni....huhuhuhu...Hanya mampu tersenyum layu....mengharungi dugaan sebagai pelajar ni...Sabar jerr la....

Seterusnya...kesabaran aku juga turut teruji bila terdapat  segelintir pelajar Junior yang berkelakuan kurang ajar....aku rasa bukan aku sahaja yang mengalami perkara yang sama...mesti korang yang sedang membaca entri aku ni pun pernah melaluinya bukan??? Misalnya, Junior yang memperlekehkan arahan kita walaupun arahan yang kita berikan tu amat bertepatan...Bukannya nak menunjuk hero....Macam kalau aku Senior jadi Junior kena hormatkan aku....Tak la sampai begitu sekali....hurrrmmmmmm...... (-_-)~~~

Minggu pertama di semester baru sudah aku lalui dengan penuh kesabaran...walaupun terkadang kesabaran aku itu diuji...Aku berharap sangat agar minggu hadapan...masih lagi mampu mengharungi kehidupan aku sebagai seorang pelajar....Wish me luck!!!!!!


Isnin, 27 Ogos 2012

UJIAN TERHADAP 3 ORANG HAMBA ALLAH





Ada tiga orang lelaki Bani Israel yang sudah lama menghidap penyakit sopak, botak dan buta. Allah SWT menguji mereka lalu diutusakan seorang malaikat menyerupai manusia. Malaikat itu pun bertemu dengan dengan lelaki pertama, berpenyakit sopak seraya bertanya, “Apakah yang paling engkau idamkan?” Lalu lelaki itu pun berkata, “ Saya suka warna kulit yang cantik dan bersih. Saya suka sekiranya penyakit sopak yang menjijikkan ini sembuh!” Malaikat itu terus menyapu kulit elaki tersebut lalu sembuh serta-merta . Kulitnya yang hodoh berubah menjadi cantik, licin, dan bersih. Malaikat bertanya lagi, “ Apakah harta yang paling kamu suka?” Lelaki itu menjawab, “Unta!” Lalu seekor unta yang sedang bunting diberikan kepadanya. Sebelum beredar, malaikat itu bekata, “Semoga Allah memberkatimu pada unta ini!”

Selepas itu, Malaikat itu bertemu pula dengan lelaki botak lalu bertanya, “Apakah yang paling kamu suka?” Jawabnya, “Rambut yang cantik. Saya juga suka jika masalah rambut jujur ini sembuh!’” Lalu malaikat terus menyapu kulit kepala lelaki itu maka sembuhlah dia dan rambutnya kembali lebat dan cantik. Malaikat bertanya lagi, “Apakah harta yang kami paling sukai?” Lelaki itu pun menjawab “Lembu!” Lalu seekor lembu yang tengah sarat bunting diberikan kepadanya dan malaikat itu  berkata, “ Semoga Allah memberkati kamu pada lembu ini!”

Setelah itu, malaikat bertemu pula dengan lelaki buta dan bertanya, “Apakah yang paling kamu suka?” Jawabnya, “Saya suka sekiranya Allah mengembalikan penglihatan saya dan saya dapat melihat manusia dan alam ini!” Lalu Allah pun mengembalikan penglihatan lelaki tersebut. Malaikat bertanya lagi, “Apakah harta yang paling kamu suka?” Jawabnya, “Kambing!” Lalu dua ekor kambing, yakni kambing jantan dan betina diberikan kepada lelaki tersebut. Kemudian kambing betina tersebut melahirkan anak dan terus membiak.
Lelaki pertama yang sembuh daripada penyakit Sopak mempunyai satu lembah yang dipenuhi oleh unta. Lelaki kedua yang sembuh daripada penyakit botak pula, mempunyai satu lembah yang dipenuhi dengan lembu. Manakala lelaki yang ketiga yakni yang diberikan semula penglihatannya mempunyai satu lembah yang dipenuhi dengan kambing yang tidak terkira banyaknya.

Selepas sekian lama, malaikat yang diutuskan oleh Allah untuk menyembuhkan ketiga-tiga lelaki tersebut menemui semula mereka bertiga. Semasa bertemu dengan lelaki yang pertama, Malaikat itu meyerupai seorang yang berpenyakit Sopak. Lalu berkata malaikat tu, “ Bekalan saya sudah habis bagi meneruskan perjalanan. Saya tiada tempat meminta pertolongan selain Allah untuk sampai ke tampat yang ingin ditujui. Demi Tuhan yang sudah mengurniakan kepada tuan kulit yang cantik dan bersih serta harta, saya perlukan seekor unta!” Lalu lelaki itu pun berkata, “Saya mempunyai banyak tanggungan..saya tidak memiliki harta yang lebih.” Lalu malaikat itu berkata, “Saya rasa, saya kenal kamu. Bukankah kamu dahulu seorang yang menghidap penyakit Sopak dan dipandang kotor oleh orang ramai? Bukankah kamu juga dahulu seorang yang fakir, lalu Allah mengurniakan kamu harta yang banyak, satu lembah Unta!” Lelaki itu menjawab, “Sebenarnya saya mempusakai segala harta ini daripada Ayah dan Datuk saya!” Malaikat berkata lagi, “Apabila kamu berbohong, Allah akan mengembalikan kepada kamu keadaanmu yang asal!”

Kemudian, malaikat itu bertemu pula dengan lelaki kedua yang pernah ditimpa penyakit botak. Malaikat itu menyerupai seorang yang botak. Malaikat itu meminta sebagaimana lelaki yang pertama, seekor lembu. Lelaki kedua ini juga menjawab seperti lelaki pertama malah dia berkata bahawa segala ternakan yang dimilikinya itu adalah hasil warisan nenek moyangnya. Amaran diberikan kepada lelaki itu kerana berbohong!

Seterusnya, Malaikat menemui lelaki ketiga lalu menyerupai seorang yang buta. Malaikat itu berkata, “Saya ini miskin dan dalam perjalanan. Demi Tuhan yang sudah mengembalikan penglihatan tuan, saya perlukan seekor kambing!” Lalu lelaki ketiga itu berkata, “Benar dahulu saya seorang yang buta, lalu Allah menyembuhkan saya. Terpulanglah kepada tuan hamba, ambillah sebanyak mana yang tuan hamba mahu. Demi Allah, saya tidak akan menuntut semula apa yang kamu ambil pada hari ini. Saya lakukan ini semata-mata kerana Allah!”

Lalu malaikat pun berkata, “Jagalah hartamu dan segaka ternakanmu ini. Sebenarnya, kamu semua diuji oleh Allah dengan segala nikmat dunia dan harta benda. Sesungguhnya Allah meredhai kamu jika kamu redha dengan Allah. Sebaliknya Allah amat murka dan melaknat kepada kedua-dua orang sahabatmu itu kerana tidak bersyukur dengann nikmat Allah….” 

Semoga cerita ini...boleh menjadikan kita sebagai Hamba yang sentiasa mengingati nikmat Allah...
(^_^)

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram