Assalamualaikum WBT...
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan...semoga Ramadhan kali ni membawa pengertian yang mendalam buat kita semua...
Okey la, entri kali ni hanya nak tolong hebahkan informasi buat semua lepasan STPM dengan Matrikulasi yang tengah tertunggu-tunggu keputusan UPU...huhuhuhuhu...Korang semua boleh menyemak status UPU korang pada 11 JULAI 2013 selepas pukul 12 tengahari...
Semak dekat mana tu?????? Korang semua boleh klik link dekat bawah ni...
>>>>>>>>>>SEMAKAN UPU<<<<<<<<<<
*sila gunakan Internet Explorer untuk paparan yang lebih jelas ok...
Teringat pula aku pada 2 tahun yang lepas, rasa resah bila memikirkan tentang status permohonan UPU "Universiti"
huhuhu...ya la aku dah belajar selama:
*1 tahun TADIKA
*6 tahun SEKOLAH RENDAH
*5 tahun SEKOLAH MENENGAH
*1 tahun setengah PRA UNIVERSITI
saat yang diidamkan untuk masuk universiti kian tiba....dup...dap...dup...dap....degupan jantung, ya la takut apa yang diidamkan tak dapat....Tapi Allah itu maha Esa....berkat usaha aku....restu kedua ibubapa aku, Guru-guru yang tak pernah berputus asa mengajar aku serta memberikan aku dorongan, sokongan daripada rakan-rakan seperjuangan..akhirnya...aku berjaya masuk ke Universiti...
Dan sekarang aku kini bergelar Mahasiswa di salah sebuah IPTA dan sekarang aku OTW masuk tahun akhir....insya-ALLAH kalau tiada aral...hujung tahun depan aku Graduate.... (^_^) "Tak sabar menanti saat itu"
Okey la....buat korang pulak yang tengah berdebar-debar menunggu keputusan status permohonan UPU tu, aku nak cakap, banyakkan berdoa moga-moga apa yang diusahakan selama ini mendapat balasan yang setimpal daripada Allah...
Tapi kalau tak da rezeki, jangan berputus asa....sebab masih terdapat medium lain yang boleh anda gunakan kalau masih lagi menyimpan niat untuk meneruskan pelajaran....
Hurmmmm....apa-apa pun, Good Luck buat korang....dan selamat menyambut Bulan Ramadhan...
(^_^)
Suka sangat dengan kata-kata ni....(Renung-renugkan...) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan