Memaparkan catatan dengan label Buli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buli. Papar semua catatan

Sabtu, 15 September 2012

BENAR-BENAR DIUJI




termenung ku sendiri...
Huuuuhaaiiii semua...rasanya aku ni macam dah tak konsisten nak update entri kan....Korang perasan kerrr??? Hurmmm...Ni pasal aku dah tak ada masa lapang yang banyak untuk aku "Lepaking" dalam Blog lerrr...Kalau ada pun...mesti ada jerr kawan-kawan aku yang ajak aku buat itula...inila...huhuhuhu...Okla aku nak fokus kepada tajuk entri aku ni..."Betul tu....kenapa tajuk entri ko macam tu??" Ni ha...dah dekat dua seminggu aku dekat kampus ni...kesabaran aku terus diuji...begitu banyak masalah yang terpaksa aku hadapi...bermula daripada penempatan kolej kediaman...dan juga jam kredit aku yang betul-betul banyak....

Baikla aku mula dengan masalah penempatan aku a.k.a asrama... Terkejut aku bila mana keputusan permohonan untuk tinggal di kolej kediaman aku ditolak hari tu (Masa bulan ramadhan...) Aku terus jadi bingung mencari jawapan mengapa aku tidak mendapat penempatan asrama....Rasa macam tidak adil...Sebab aku ni nak kata tak aktif tak jugak..sebab aku selalu wakilkan kolej kediaman aku dan Universiti aku dalam pelbagai aktiviti....malah bukan setakat peringat kebangsaan sahaja...malah pada peringkat Antarabangsa juga....Lepas tu, aku tak la berdiam diri....aku terus buat surat rayuan (Siap hantar guna   Pos Laju tu) Tapi setelah agak lama aku menanti...tapi jawapan yang aku nantikan itu tak jugak kunjung tiba....Malah amat menyakitkan hati aku...bila mendapat tahu ada segelintir pelajar yang membuat rayuan macam yang aku buat tu dah dapat jawapan...dan diorang sekarang ni dah dapat bilik...Malah ada yang dapat tu bukannya pelajar yang aktif pun...Memang tidak adil bukan...????!!!

Sekarang pulak dengan jumlah Jam kredit aku yang banyak.....huhuhuhu...Rasa macam tak larat pulak...ni bukan apa....kebanyakan kelas dan kuliah aku bermula seawal pagi...dan berakhir selewat malam..korang dah baca entri aku ni TINDAKAN GILA!!! Kalau yang dah baca tu...tentu korang rasa padat sangatkan jadual aku untuk sem ni....huhuhuhu...Hanya mampu tersenyum layu....mengharungi dugaan sebagai pelajar ni...Sabar jerr la....

Seterusnya...kesabaran aku juga turut teruji bila terdapat  segelintir pelajar Junior yang berkelakuan kurang ajar....aku rasa bukan aku sahaja yang mengalami perkara yang sama...mesti korang yang sedang membaca entri aku ni pun pernah melaluinya bukan??? Misalnya, Junior yang memperlekehkan arahan kita walaupun arahan yang kita berikan tu amat bertepatan...Bukannya nak menunjuk hero....Macam kalau aku Senior jadi Junior kena hormatkan aku....Tak la sampai begitu sekali....hurrrmmmmmm...... (-_-)~~~

Minggu pertama di semester baru sudah aku lalui dengan penuh kesabaran...walaupun terkadang kesabaran aku itu diuji...Aku berharap sangat agar minggu hadapan...masih lagi mampu mengharungi kehidupan aku sebagai seorang pelajar....Wish me luck!!!!!!


Jumaat, 10 Ogos 2012

OH SENIOR...OH JUNIOR...




Oh senior Oh junior…bila baca jer tajuk entri kau ni mesti korang dapat teka mengenai cerita yang aku nak khabar dekat korang  ni…kan..kan..kan…(macam biasa dengan perkataan Kan itu…..) Selalunya istilah tu digunakan oleh pelajar yang dapat masuk IPT…..tapi itu dulu…sebab sekarang  gelaran tu digunakan juga oleh budak-budak sekolah….(Tak kesahla…budak sekolah menengah atau rendah…janji budak sekolah..)

Pada suatu ketika dahulu….gelaran ni menjadi trademark buat budak-budak IPT….sehingga ada yang jadi FOBIA dengan gelaran tu… “Beh…apasal boleh jadi macam tu????” Ni biasala…bila adanya gelaran sedemikian maka secara automatiknya wujud garis pemisah di antara satu pihak dengan pihak yang lain…. “Pihak apa yang hang dok merapu ni…pihak kerajaan dan pembangkang ka????” eh Dok eh…ni pasai status perbezaan diantara pelajar dengan pelajar la…… “Kan status pelajar tu sama jerrr…mana ada bezanyeerrr…..” Hah ni biar aku habiskan cerita ni dulu baru hang semua boleh serang aku…aipppp bukan serang guna bomb Bazoka naaaaa….ni serang dengan soalan lazer korang lerrr…(Aik lazzzeeeerrr kerrr….hahahaha) Bila kita bercakap pasal perbezaan status ni khususnya di kalangan pelajar…mestila perbezaan dari segi tempoh berapa lama dah duduk dalam IPT tu….( untuk senang mudahkan maksud ni…guna istilah ni “Aku dah dulu makan garam dari ko”) Faham???? Harap-harap faham la yerrr…Bermakna pelajar senior akan lebih rasa macam the STAR  la dalam sesebuah IPT tu bila Junior baru masuk….

Bila dah rasa diri tu macam the Star…apalagi…kompomla perasaan ingin menguasai itu wujud…(ni la yang menyebabkan salah satu daripada fenomena ‘Ragging’ atau buli ni wujud) Nah tu la yang aku cakap mengapa gelaran Senior dan Junior tu boleh menyebabkan fobia bagi pelajar suatu ketika dahulu…..ada fahamka????

Namun zaman telah pun berubah….zaman sekarang ni…rata-rata pelajar yang duk dkt IPT ni dah boleh menyamakan kedudukan mereka tanpa adanya tembok pemisah diantara mereka…(Bak kata Karan Singwalia…. “Duduk sama rendah….Berdiri sama tinggi….”) “Aik habis tu kalau dilahirkan rendah macam mana nak berdiri sama tinggi dengan orang 180 cm????? ceciterrr…..” Aiyo…itu pun mau kena bagi jelaska…ni Hang dok pi perpustakaan…hang pi Cari kamus Dewan Bahasa naaa….lepas tu hang cari makna peribahasa ni…..Ok sambung balik…pelajar zaman sekarang minda diorang ni turut berkembang….seirama dengan perkembangan global masa kini (wah….sekali sekala kenala guna ayat Educated sikit…akakkakkkakaka…..) Pelajar zaman sekarang tetap mengamalkan budaya Senior dan Junior masa dalam pengajian tapi tidak menyalahgunakannya…Senior zaman sekarang sedia membantu Junior yang memerlukan bantuan…plus….tanpa meminta sebarang bentuk Imbuhan……(Tapi kalau ada Senior yang masih lagi dengan perangai DIVA mereka apa lagi Junior kenala mengambil tindakan mengikut cara serta prosedur yang betul….jangan sesekali mengikut perasaan ok…nanti binasa badan….)

Oleh itu…secara kesimpulannya…budaya saling hormat menghormati itu perlu la dihidupkan dalam soal kehidupan kita agar, setiap daripada kita dapat merasa nikmat yang setimpal….Dan bukannya mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan atau menyakiti orang lain…(eehhheeemmm…eheeemmm macam iklan pesanan Khidmat masyarakat pula aku tengok ni……huhuhuhu)…ok selamat beramal…

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram