Memaparkan catatan dengan label Blogger Baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogger Baru. Papar semua catatan

Khamis, 18 Julai 2013

TUTORIAL BACKUP BLOGSPOT (CARA MUDAH)




Assalamualaikum wbt....
hurmmmm...pernah ka korang semua dengar pepatah ni "SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN"? Mesti pernahkan...Entri aku kali ni simple jerr...nak berkongsi dengan korang semua tentang cara-cara macam mana mau BackUp Blogspot (bagi blogger yang guna BLOGSPOT) sebelum blog korang semua kena hack oleh Hacker. Sebab bila blog kita kena Hack...dah sah-sah kita dah tak boleh login masuk guna password yang kita gunakan selama ni... 

Apa Macam??? Dah sedia??? (^_^)

Mudah jeerr, korang perlu ikuti langkah-langkah berikut:
DASHBOARD>>SETTINGS>>OTHER>>BLOGTOOLS>>EXPORT

Lepas tu akan muncul pula benda ni dekat skrin komputer korang...apa yang korang kena buat Klik butang Download...


Ni cara BackUp yang aku share mudah jerrr...sebab hanya perlu gunakan Export Function dan download dan save dalam format *xml dalam laptop...Harap-harap dapat bantu korang pada masa akan datang (^_^) ok....


Sabtu, 1 September 2012

TINGKATKAN TRAFIC PAGE ANDA DENGAN BACKLINK TRICK!!!




                                   

Huuuuhaaaiiii semua....Dari masa ke masa..rekod trafik page aku sentiasa meningkat...dan terus meningkat...Tambahan lagi aku ni masih lagi dikatakan sebagai NEWBIE....Tapi ada segelintir kawan blogger aku yang lain hairan mengapa trafik page aku cepat naik....hahhaha...nak tau...???? Ni ha aku gunakan trick untuk menjana trafik yang banyak...

Trick ni mudah je. Tak perlu nak perah2 otak bagai. Korang cuma perlu tulis satu entri yang lebih kurang macam entri aku ni ikut kreativiti masing2. Pastu copy-paste link2 kat bawah nih. 



Tapi sebelum tu, ada beberapa syarat yang korang kena ikut.

1. Sebelum korang copy-paste link2 kat atas ni, sila delete yang no.1 terlebih dahulu.

2. Pastu, up kan link no.2 jadi no.1, link no.3 jadi no.2, link no.4 jadi no.3 dan seterus nyer. (letih weyh kalo nak aku cakap taip sampai abes)

3. Pastu korang masuk kan link korang kat no.15.

4. Korang jangan gatal tangan ubah urutan link tu. Nanti tak jadi..Hah kan susah...aku jugak yang kena...

Dah siap...Publish la Entry korang tu....Dan jangan terkejut bila Trafik korang mencanak naik...hehhehe..selamat MENCUBA (^___________^)

Ahad, 26 Ogos 2012

CARA MAU CARI TANG MANA BLOG ID...

Hi semua...kali ni aku nak kongsi satu lagi tutorial buat new comers dalam dunia blogging ni....a.k.a seangkatan dengan aku...hhhuhuhu..(Masih muda tau tapi dalam dunia blogging... realitinya..yang hado!!! hahahaha) "Apa tu ID???" Ok...ID ni merupakan satu bentuk pengenalan diri kita yang datang dalam bentuk nombor mahupun abjad atau kedua-duanya sekali.....Simple nak kata ID ni kita selalu guna...Malah dalam kad pengenalan pun ada ID nya yang tersendiri....Sama jugak dengan berblog ni...Setiap blogger akan diberikan dengan ID sendiri....(Faham kerrr?????) Cara nak cari ID blog ni...tak la susah sangat senang jerrr....ikut langkah-langkah dekat bawah ni ok....(^___^)

1. LOGIN > DESIGN
2.Korang ikut cara dalam gambar ni ok....(KOMPOM TAK KAN SESAT....hehhehe)


3.Ok..lepas tu..korang akan dapat paparan macam dekat bawah ni....korang ikut apa yang aku dah tandakan tu ok...


Dah siap..korang dah pun jumpa ID blog korang...hehhehe...senang jerr kan...hihihi kan dah cakap tadi...(^____^)

Jadi masa akan datang ni..kalau korang nak buat TOUCH UP dekat blog korang ni..adala sebahagian aplikasi yang memerlukan kod ID korang...neh.....jadi korang tak yala susah lagi...kan dah MASTER huhuhu...ok la Salam...

Sabtu, 18 Ogos 2012

PERMULAAN : CARA NAK BUAT BLOGSPOT

Hi korang semua...apa khbar??? Harap sihat ok...Errmmm...sejak aku dah mula berjinak-jinak dengan blog ni...Aku memang sukewww kongsi cerita...mencarut aku...hehhehe...dan sekarang aku dah berani nak bagi beberapa bentuk tutorial buat pembaca blog aku ni....Walaupun aku masih baru...tapi kebanyakkan kawan-kawan aku yang ada blog..semua nak suruh aku tolong buatkan tutorial macam mana nak hiaskan blog...masukkan widget canggih-manggih nie....huhuhuu...Aku pun terusla buat ruangan Tutorial untuk penuhkan permintakan kawan-kawan aku tu....

Kali ni aku nak tunjukkan cara macam mana nak buat akaun blog...ni bagi yang nak berkecimpung dalam dunia blogger ok...huhuhu...senang jer....ikut lanngkah-langkah yang aku bagi ni ok...

*PERINGATAN TUTORIAL INI ADALAH MENGGUNAKAN OLD DASHBOARD      
  TEMPLATE.

Nak daftar blog ni tak la susah sangat...tak perlu buat barisan panjang pun...hanya duduk depan Laptop atau PC...tak sampai pun sehari...kejap jerrr....hihihihi...
 
Cara Buat Akaun Blogspot


Tapi sebelum tu...korang kena la ada akaun Google...kalau nak guna akaun lain pun boleh jugak...tapi aku nasihatkan korang guna la akaun google "kenapa plak macam tu???"...sebab ia akan memudahkan korang semua pada masa akan datang....

Kalau korangdah ada akaun google...korang boleh terus sign in dekat sini.http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.

Buat korang yang belum ada tu, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.

1. Buka link www.blogger.com

2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'

Cara Buat Akaun Blogspot


3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.

Cara Buat Akaun Blogspot


4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address
  • Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
  • Blog address akan digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. Untuk memudahkan pemahaman, sila rujuk Tips Pemilihan URL Untuk Blog.

Cara Buat Akaun Blogspot


5. Pilih template yang korang rasa sesuai, kemudian klik 'continue'

Cara Buat Akaun Blogspot

6. Siap. Korang sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:)

Cara Buat Akaun Blogspot

Hah! dan selesai...sekejap jerr kan..kan..kan...Kalau korang dah ada blog ni...korang kenala rajin update status blog (Macam aku hihihihihi) sekurang-kurangnya sekali sehari....Lepastu kalau korang ada masa extra..korang bolehla Touch up Blog korang tu..biar nampak cantik..."Macam mana????" Heeeheheheh..dekat sini aku ada sertakan beberapa Tutorial macam mana nak cantikkan Blog korang yang baru tu ok....Harap kamu orang gembira...dan selamat berblog hehehe....(^_^)

Selasa, 14 Ogos 2012

OH, MY BLOG!


Kalau sekarang ni....kanak-kanak riang sedang bergembira dan teruja dengan Oh, My English! dekat astro TVIQ saluran 610....aku pulak sibuk dengan blog aku....Alhamdulillah...walaupun baru bermula dekat 6 hari yang lalu...respond dari pembaca atau pengunjung blog aku ni sangat-sangat memberangsangkan...(Cehhhhhh!!!! Ini yang buat aku bertambah semangat nak buat entri...) Ramai juga pembaca atau pengunjung yang tanya aku Tips...dan juga tutorial macam mana nak cantikkan blog....Ermmmm sebenarnya aku pun belum mahir lagi dalam soal-soal tu...aku masih dalam proses pembelajaran....tapi apa yang aku boleh cakap untuk Tutorial nak buatkan Blog korang cantik ni...Korang kena rajin intai-intai...atau jenguk atau tanya dengan Blogger-blogger lama....Sebab diorang dah masak dengan hal-hal macam tu....



Aku selalu rujuk Tutorial yang di sediakan oleh Saudari Lyssa....ni blog dia...http://www.lyssasecret.com/....Kebanyakkan Tutorial untuk nak cantikkan blog aku ambik dari situ...(Oh ya...untuk Lyssa maaf yerrkkk aku guna link ko ni....) Lepas tu dalam blog dia ni jugak...Lyssa turut bagi tau Tips-tips yang sangat-sangat berguna...buat Blogger baru macam aku ni...Sekarang ni aku bertambah yakin dalam soal nak buat entri yang menari...cara nak Touch-UP blog...huhuhuhu...Tq Lyssa...credit dekat awak....

Apa tunggu lagi...mula la berblog..tak rugi pun....(^_^)

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram