Memaparkan catatan dengan label Negatif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Negatif. Papar semua catatan

Rabu, 12 September 2012

KERANA CINTA...HILANG NYAWA!!!!



Huuuuuhhhuuuhhhuuuuu..aku rasa terkejut bila aku bukak news hari ni...Headline yang sangat menyengat dekat pandangan aku ni pasal MAUT ANGKARA CINTA DITOLAK Tajuk news tu bukan main lagi...Tapi amat bertepatan dengan khabar yang cuba disampaikan....korang baca la yerrrr....

Apa macammmm?????? Apa pendapat korang.....terutama sekali yang tengah hangat ber'Couple' ni???? Korang fikir-fikir dulu....kalau dah ada pendapat...korang kongsi dengan aku ni ok.... (^^)

Rabu, 5 September 2012

LAGI-LAGI "GANGNAM STYLE"



HUUUhhhaiii semua...pagi-pagi ni aku bukak la news...Perkara pertama yang tangkap mata aku ni nak membacanya pasal "Gangnam Style"...Aku rasa hairanla jugak sebab sejak kebelakangan ni....bila aku bukak FB ada sebut pasal Gangnam Oppa....Bila aku bukak YouTube pun ada jugak video pasal Gangnam ni...Aku paling rasa pelik...bila Benda tu "Gangnam Style" ni menjadi sebutan dan juga ikutan Rakyat MALAYSIA kita ni....

Bila aku tengok, apa itu "Gangnam Style" Rupa-rupanya hanyala sebuah tarian yang ENTAH APA-APA...pertama kali aku tengok video tarian tu....nak termuntah aku dibuatnya.....Takdala best sangat pun...Banyak pergerakan melompat-lompat sambil Kangkangkan kaki jerrr....Lantas kenapa pula ada segelintir masyarakat yang sukakan tarian tu????!!! Bagi aku...aku lagi gemar tarian yang berbentuk SUBJEKTIF namun membawa makna...Hah daripada korang yang dah jadi addictive dengan Gangnam ni....Apa kata korang belajar tarian kebudayaan kita ni...Macam Joget, Zapin, Inang, Etnik Kreatif, dan yang lain-lain....lagi ada faedah daripada korang sibuk nak kangkangkan KAKI semata-mata nak ikut Gangnam Style  ni....

Aku amat suka dengan penegasan yang dibuat oleh seorang Ahli Muzik tanah air kita ni pasal Gangnam Style ni...korang baca ni SHAM KAMIKAZE VS GANGNAM STYLE Apa macam??? Korang setuju kerrr dengan Penegasan daripada Sham Kamikaze tu???? kalau aku..aku setuju sangat.....

SAYA ANTI "GANGNAM STYLE"!!!!!!!

Khamis, 30 Ogos 2012

TERCALAR MARUAH!!!




Haaaiiii apala mau jadi dengan dunia zaman sekarang ni.....Kalau kita lihat, arus perubahan begitu drastik...istilah 'siapa cepat dia yang dapat' memang sinonim dengan pergerakan manusia pada masa kini..."Pergerakan macam mana tu????!" Ni la...masa nak naik kenderaan...masa dalam pekerjaan..dan masa  dalam pelajaran....Fokus aku di sini adalah berkenaan dengan Pergerakan Pantas dalam Pelajaran, memandangkan aku masih lagi belajar...jadi aku nak kongsi dengan korang semua tentang entri aku ni....


Aku rasa sakit hati bila mendapat tahu bahawa pelajar pada masa sekarang ni, tak perlu bersusah payah kalau nak dapatkan segulung Ijazah, Master mahupun PhD....Korang tak percaya..korang baca ni...IJAZAH PANTAS "FIRST CLASS" Dah baca???!!! Apa pandangan korang semua...kalau aku ...nak aku cekik jak individu yaang terbabit dalam sindiket penghasilan Ijazah palsu ni.....Geram sangat...Yala...orang lain belajar jugak untuk dapatkan segulung Ijazah tu....TAPI yang segelintir ni pulak...sibuk duduk terkangkang di rumah...atau dekat mana-mana...Datang tunjuk muka masa nak Ambik Ijazah jak masa sesi Graduasi....Kesian kita orang yang bertungkus-lumus nak dapatkan Ijazah tu...terpaksa berhempas-pulas siapkan tugasan...hadirkan diri dalam kuliah...mantapkan diri dengan Tutorial...tapi bagi yang lain ni pulak (Individu penyeludup ni) Cuma duduk depan laptop...isi Ink Printer untuk siapkan sehelai Ijazah palsu....Adddoooooooiiiiii!!!! sakit hati ni.....Tu satu hal....ni pulak ditambahkan lagi dengan memburukkan nama sesebuah IPTA tu...korang ni!!!!!! Belangkong kang baru tau....

Jadi aku nak pesan dengan korang semua...kalau nak berjaya tu...cuba la dengan cara yang betul...jangan cuba menjinakkan diri dengan mengambil jalan mudah...ok....salam (^___^)


Selasa, 28 Ogos 2012

10 FAKTA NOMBOR YANG ANDA TIDAK TAHU...



Hi...semua, kali ni aku nak kongsi dengan korang semua tentang fakta kes kehilangan kanak-kanak dan juga kes penculikan. Mari kita mula ok....





  1. Di Amerika Syarikat, pada tahun 2001 sahaja, Pusat Maklumat Jenayah FBI (Federal Bureau of Investigation) menerima 840,279 laporan kes penculikan yang melibatkan individu dewasa dan kanak-kanak.
  2. 74% daripada mangsa penculikan kanak-kanak adalah perempuan dan 74% juga daripada mangsa kanak-kanak itu disahkan mati dalam tempoh 3 jam selepas diculik.
  3. Sekitar tahun 2000-2001, rata-rata mangsa penculikan di perairan Filipina adalah warga asing. Filipina digelar ibu negara penculikan dunia berikutan gejala negatif yang dilihat berleluasa sejak tiga dekad lalu.
  4. Dianggarkan seramai 10,000 wanita dijual-beli di negara China setiap tahun. Pada tahun 1999 sahaja, dilaporkan seramai 7,660 wanita diculik untuk sindiket kahwin-paksa yang didalangi ejen pelacuran.
  5. UNICEF (United Nations International Childrens Emergency Fund atau Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu) menganggarkan seramai 300,000 orang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun diperdagangkan sebagai buruh ketenteraan di negara-negara yang terlibat dalam konflik perang.
  6. Dianggarkan 75-80% pemerdagangan manusia adalah untuk menjadikan mangsa sebagai hamba seks, dan kebanyakan hasil kajian yang dijalankan menunjukkan jenayah ini antara penyumbang utama dalam penyebaran virus HIV.
  7. Dianggarkan 30,000 orang mangsa pemerdagangan seks mati akibat penderaan, penyiksaan, tidak diberi makan dan minum serta jangkitan penyakit setiap tahun.
  8. 8% daripada jumlah tersebut adalah mereka di antara umur 6 hingga 24 tahun yang dijual sebagai hamba seks.
  9. 80% penduduk Korea Utara yang memasuki China adalah wanita dan sembilan daripada 10 meraka adalah mangsa pemerdagangan antarabangsa manusia.
  10. Pakar psikologi mendapati bahawa mangsa biasanya hanya berdiam diri, mereka enggan tampil membuat laporan atau cuba mendapatkan bantuan kerana takut keluarga/orang tersayang diganggu dan dianiaya oleh si penjenayah.                                                                                                              
Hah bukan main kronik jugak kan kes kehilangan kanak-kanak dan penculikan ni....Kepada korang semua jaga diri, dan keluarga...sama-sama kita membanteras Gejala Tidak Bermoral ini (Macam pesanan khidmat masyarakat la pulak...kikikkiiii)

(sumber dipetik daripada astro view)

Isnin, 27 Ogos 2012

FAKTA BAHAYA MEROKOK




Hi semua...kali ni aku nak kongsi dengan korang Fakta mengenai Rokok...Korang yang merokok tu....kalau sudi nak baca dipersilakan...manala tau...lepas baca korang yang merokok tu ada hajat nak berhijrah dari tabiat merokok kan bagus...huhuhu okla mari kita mula....

1.Lebih 10,000 kematian di Malaysia setiap tahun direkodkan berpunca daripada merokok. Bilangan kematian ini jauh lebih banyak daripada jumlah keseluruhan kematian akibat AIDS, tibi, malaria, pneumonia dan kemalangan jalan raya.

2.Percaya atu tidak, merokok merupakan penyumbang kepada kes kebakaran sebanyak 25 peratus (Huhuhu banyak tu....)

3.Negara kita dianggarkan rugi sebanyak RM20 Bilion setahun hanya kerana menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti pesakit akibat merokok dan menghidu asap rokok.

4.Hasil kajian yang dijalankan oleh United State Surgeon General membuktikan bahawa perokok lelaki akanmati 13 tahun lebih muda berbanding mereka yang tidak merokok. (Tak takut kerrr....)

5.Banyak kesan buruk akibat merokok antaranya, deria hidung kurang sensitif, keupayaan mental dan fizikal terganggu, gangguan sistem gastrousus seperti ulser perut, penyakit jantung dan kanser pankreas.(Merana badan dik oiiiii)

6.Gigi seorang perokok mudah rosak manakala gusi mudah bengkak. Keadaan ini lambat-laun boleh menyebabkan tisu tulang penyokong gigi musnah dan akhirnya terpaksa dicabut.(Korang tak malu ka kalau gigi depaan korang tak da????)

7.Kemujaraban atau keberkesanan sesuatu ubat untuk merawat sesuatu penyakit berkurangan sekiranya seseorang itu kerap merokok.(Neh kalau korang demam...makan Panadol pun demam korang lambat Kebah...)

8.Sekiranya seseorang lelaki merokok lebih daripada 20 batang sehari di rumah, maka risiko isteri dan ahli keluarganya yang lain untuk mendapat kanser adalah dua kali ganda. Aras nikotina, karbon monoksida dan bahan kimia lain dalam darah perokok lebih tinggi daripada manusia normal.

9.Bahan kimi dalam asap rokok merangsang salur pernafasan sekali gus boleh menyebabkan penyakit asma.

10.Karbon monoksida dalam rokok mengurangkan oksigen dalam darah, justeru boleh menyebabkan sakit jantung.

11. Merokok menyebabkan kualiti sperma berkurangan. Perokok tegar juga boleh terdedah kepada risiko mati pucuk bagi lelaki.( Betul ni korang tak takut???!!!)

Hah...aku harap lepas korang baca mengenai Fakta Bahaya Merokok ni...korang jangan cuba dekatkan diri nak jadi perokok ok...Kalau yang dah jadi perokok tegar tu...aku harapla korang akan berubah dari masa ke masa...memang sukar untuk berbuat demikian...tapi Hanya anda yang mampu mengubah diri anda...(HUHUHUHhuhuhu....)  

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram