Rabu, 5 Disember 2018

Sabah Bumi Bertuah



Diusiaku yang ke-27 tahun ini, aku merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuhan yang sentiasa memelihara diriku, kedua orang tuaku, keluargaku dalam pelukan rahmat yang tidak pernah putus-putus. Dilahirkan di atas bumi bertuah ini, tanahnya yang subur,  udaranya segar, airnya nyaman dan penghuninya yang ramah tidak sekali pernah membuatkan aku rasa kurang dan bosan selama masih bernafas di bumi bertuah ini.

    Sinonim dengan julukan nama yang diberikan “Negeri dibawah Bayu”, pasti menyejukkan setiap mata yang datang bertandang ke tanah bertuahku ini. Pelbagai etnik, warna kulit, loghat bicara namun tetap teguh bersatu menjalani hidup di bawah bumbung awan yang sama, berlantaikan tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama.

    Di bumi bertuah ini, aku tidak perlu merasa terkejar-kejar akan tuntuan masa, aku tidak perlu mengemis demi sesuap nasi, aku tidak perlu bermegah dengan bangunan pencakar langit yang sementara sifatnya kerana berjasadkan konkrit semata-semata. Aku bermegah dengan warna budayanya yang tidak pernah binasa dirogol oleh budaya asing, aku bermegah dengan kekayaan hasil bumi sejak berkurun lamanya tumbuh mekar dan menjalar dibumi bertuahku ini. 

      Pasti ada yang jatuh hati bila berkunjung ke bumi bertuah ini, kerana terpikat dengan budayanya, tertarik dengan keindahan alamnya, terpesona dengan kecantikan penghuninya. “Pastiku datang kembali”, sering terungkap dari bibir berbicara bila terpaksa melangkah pulang ke tempat asal. Datanglah, kerana bumi bertuah ini tidak pernah jemu untuk menerima tetamu, tidak pernah bosan untuk berkongsi budaya, tidak pernah ragu-ragu untuk disunting menjadi tempat teristimewa didalam hati.

       Aku bertuah, dilahirkan, dibesarkan dan menghabiskan sisa hidupku di bumi bertuah ini. Sabah Bumi Bertuah.







4 ulasan:

  1. Sabah bumi yang cukup unik... kalau saya ke sana nanti.. jadi pemandu pelancong boleh?? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owww itu boleh saja....
      Sabah menanti kedatangan kamu...
      😉

      Padam
  2. Balasan
    1. Datanglah ke Sabah, bumi Sabah sentiasa menerima kunjungan anda semula... 😉

      Padam

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram