Ahad, 26 Ogos 2012

TANGAN KANAN VS TANGAN KIRI




Sebuah kisah berlaku di akhir abad ke-19. Suatu hari Tengku Kudin (Kerabat diRaja Kedah yang menetap di sebuah  kawasan di Selangor) telah dijemput oleh Residen British menghadiri satu jamuan makan malam di rumah residen tersebut. Ketika semua tetamu bersedia menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun dan menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu daan garpu, beliau dengan selambanya menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya.

Telatah Tengku Kudin diperhatikan oleh seorang Wanita Inggeris yang kebetulan duduk berhampiran dengannya. Berasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu maka wanita itu pun bertanya..." Kenapa anda makan dengan menggunakan tangan? Bukankah menggunakan sudu dan garpu itu lebih bersih dan lebih sopan?" Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh tetamu yang lain, "Saya makan menggunakan tangan ada tiga sebab, Pertama, Saya tahu tangan saya lebih bersih daripada sudu dan garpu kerana saya sendiri yang membasuhnya dan bukannya orang lain. Sudu dan garpu yang dibasuh oleh orang lain belum tentu cukup bersih. Kedua, Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang sahaja yang mengggunakannya, tidak pernah dipinjamkan kepada orang lain, sedangkan sudu dan garpu itu ramai yang pernah meggunakannya. Ketiga, Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh ke dalam longkang."

Jawapan yang Tengku Kudin berikan telah membuatkan tetamu lain terlopong mendengarnya...


(Cerita ini dipetik daripada DR.ANDIKA AZIZ HUSIN,Pensyarah, Pengiat Seni,UMS)

PENGAKUAN IKHLAS DARI NORISH KARMAN

Kecoh seMalaysia bila terdengar atau terbaca atau terlihat berita mengenai Pelakon dan Penyanyi ni melahirkan Bayi baru...amat mengejutkan lagi...bila ada sesetengah pihak membuat spekulasi yang Norish Karman ni.lahirkan bayi luar nikah!!! Betula ka tu????!!! okla korang dapatkan jawapan tu dalam link ni ok

Dah baca???? apa macam??? komenla...(^_^)

OH UNIVERSITIKU, OH KERJAYAKU....


dapat masuk mana????

Hi korang semua....(Macam biasa dengan ayat terjah aku ni...) Hehehhe...ok la fokus dengan entri aku kali ni...Memandangkan bulan September ni...Seluruh IPTA dekat Malaysia ni bakal menerima mahasiswa/i baharu jadi aku nak berkongsila dengan korang semua tentang fenomena yang akan dialami oleh bakal mahasiswa/i ni...sama ada sebelum masuk Universiti...semasa dalam Universiti..hihihi..."Ko nak kongsi apa tu??? Tak kan pasal Assignment..itu kan dan jadi kewajipan buat pelajar U...." Ni adala...

Berdasarkan pengalaman aku sendiri...masa mula-mula dapat tawaran melanjutkan pengajian dalam Salah sebuah IPTA ni...aku rasa tak puas hati dengan kursus pengajian yang ditawarkan kepada aku....Yala aku nak yang itu..tapi kena pulak aku di campak dengan yang ini....(Korang pun mesti pernah terfikir perkara yang samakan....???) Kadang-kadang tu...rasa macam nak tarik diri jerrrr...tak mau sambung study...Malah ada yang nak buat pertukaran Kursus...huhuhuhu....

Tapi lama-kelamaan aku boleh menerima hakikat yang telah ditetapkaan oleh Allah kepada aku...Malah aku dah pun jatuh cinta dengan Kursus aku tu...Jadi aku nak pesan dengan bakal-bakal mahasiswa/i  yang akan menjejakkan kaki ke Univesiti bulan September ni....korang yang dapat atau senasib dengan aku...janganla terus meroyan....atau Jadi HISTERIA...dengan kursus yang korang tak suka tu...Bagi aku korang semua patut bersyukur sebab diberikan peluang untuk merasai kehidupan Universiti...Yala...dalam beratus ribu yang mohon cuma sebahagian jerr yang berjaya dipilih....ada yang lain tu plak kena tunggu panggilan ke dua...

Bila dapat tau kursus yang korang ditawarkan tu...korang janganla terus fikir pasal kerjaya korang pada masa hadapan...Ni tak...ada yang dah dapat keputusan,bila ditanya oleh kawan-kawan ka...mak bapa ka...jiran ka..atau saudara mara ka...kursus apa yang korang dapat??? Mesti diorang akan kata "Kursus apa tu??? Nanti kalau dah grad boleh jadi apa????!!!" Bagi aku....ni la salah satu punca mengapa bakal pelajar Universiti ni tak bersemangat nak mulakan pengajian...Kepada korang yang mengalami situasi macam ni....korang bagitau jerr "Dapat masuk U pun kira dah cukup bersyukur....Soal kerjaya tu pulak letak ketepi dahulu....Sebab saya nak fokus Study dan dapatkan Kecemerlangan bila dalam Universiti kelak....soal kerjaya tu semua...Saya akan fikirkan bila dah grad nanti..sebab saya yakin dengan Rezeki yang ditetapkan oleh Allah..." neeehhhh...bila korang bagi jawapan macam tu...kompom mulut-mulut diorang tu tertutup rapi...korang percayala.....

Jadi..korang semua yang bakal memulakan kehidupan kampus ni..aku nak pesan...jaga diri,maruah...jangan cepat terpengaruh dengan situasi baru yang dijumpai ok...kalau rasa-rasa diri tu gatai nak jugak buat perkara yang tak elok...korang cepat-cepat betulkan niat korang balik...Masuk U ni untuk apa??? Adakah untuk suka-suka???? atau nak berjaya???? (Korang jawab..) Ingat Mak Bapa korang di kampung....yang sentiasa mendoakan kejayaan korang semua....jangan kecewakan mereka...ok...

Salam (^____^)

CARA MAU CARI TANG MANA BLOG ID...

Hi semua...kali ni aku nak kongsi satu lagi tutorial buat new comers dalam dunia blogging ni....a.k.a seangkatan dengan aku...hhhuhuhu..(Masih muda tau tapi dalam dunia blogging... realitinya..yang hado!!! hahahaha) "Apa tu ID???" Ok...ID ni merupakan satu bentuk pengenalan diri kita yang datang dalam bentuk nombor mahupun abjad atau kedua-duanya sekali.....Simple nak kata ID ni kita selalu guna...Malah dalam kad pengenalan pun ada ID nya yang tersendiri....Sama jugak dengan berblog ni...Setiap blogger akan diberikan dengan ID sendiri....(Faham kerrr?????) Cara nak cari ID blog ni...tak la susah sangat senang jerrr....ikut langkah-langkah dekat bawah ni ok....(^___^)

1. LOGIN > DESIGN
2.Korang ikut cara dalam gambar ni ok....(KOMPOM TAK KAN SESAT....hehhehe)


3.Ok..lepas tu..korang akan dapat paparan macam dekat bawah ni....korang ikut apa yang aku dah tandakan tu ok...


Dah siap..korang dah pun jumpa ID blog korang...hehhehe...senang jerr kan...hihihi kan dah cakap tadi...(^____^)

Jadi masa akan datang ni..kalau korang nak buat TOUCH UP dekat blog korang ni..adala sebahagian aplikasi yang memerlukan kod ID korang...neh.....jadi korang tak yala susah lagi...kan dah MASTER huhuhu...ok la Salam...

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram