Ahad, 26 Ogos 2012

TANGAN KANAN VS TANGAN KIRI




Sebuah kisah berlaku di akhir abad ke-19. Suatu hari Tengku Kudin (Kerabat diRaja Kedah yang menetap di sebuah  kawasan di Selangor) telah dijemput oleh Residen British menghadiri satu jamuan makan malam di rumah residen tersebut. Ketika semua tetamu bersedia menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun dan menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu daan garpu, beliau dengan selambanya menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya.

Telatah Tengku Kudin diperhatikan oleh seorang Wanita Inggeris yang kebetulan duduk berhampiran dengannya. Berasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu maka wanita itu pun bertanya..." Kenapa anda makan dengan menggunakan tangan? Bukankah menggunakan sudu dan garpu itu lebih bersih dan lebih sopan?" Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh tetamu yang lain, "Saya makan menggunakan tangan ada tiga sebab, Pertama, Saya tahu tangan saya lebih bersih daripada sudu dan garpu kerana saya sendiri yang membasuhnya dan bukannya orang lain. Sudu dan garpu yang dibasuh oleh orang lain belum tentu cukup bersih. Kedua, Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang sahaja yang mengggunakannya, tidak pernah dipinjamkan kepada orang lain, sedangkan sudu dan garpu itu ramai yang pernah meggunakannya. Ketiga, Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh ke dalam longkang."

Jawapan yang Tengku Kudin berikan telah membuatkan tetamu lain terlopong mendengarnya...


(Cerita ini dipetik daripada DR.ANDIKA AZIZ HUSIN,Pensyarah, Pengiat Seni,UMS)

2 ulasan:

  1. woww... jawapan superb hebat...

    singgah blog Anna jom...

    http://eyqaloving.blogspot.com

    dtg follow sini jugak k..

    BalasPadam

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram