Memaparkan catatan dengan label Percaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Percaya. Papar semua catatan

Sabtu, 22 September 2012

PRODUK BAEEKKKKK PUNYYYERRRRR!!!!



Huhaaaiiiiii SELAMAT PAGI SEMUA!!!!!!!!!!!! Harap korang sihat lerrrr...Aku nak kongsi la dengan korang semua ni mengenai produk ni....Yang aku baru guna, tapi amat berkesan....walaupun harganya agak mahal tapi yang penting keberkesanannya amat menakjubkan....Produk ni berfungsi untuk menyahkan atau membuangkan  "TOXIC" dari dalam badan. "Apala kesannya?????" Kesannya, korang akan selalu rasa nak buang air besar....kalau korang malar ke bilik termenung a.k.a Tandas, itu bermakna proses menyahkan "TOXIC" sudah berlaku.....Plus, korang tak perlu mengeran nak keluarkan "BONGKAH EMAS" korang...Sebab "Benda tu" akan keluar dengan sendirinya....Lancar gittteewwwww.....

"Jadi apa kebaikannya????" Huhuhuhuhu..banyak manfaat yang boleh diperoleh setelah menggunakan produk tu.....antaranya :

  1. Memperbaiki tahap produktiviti.
  2. Meningkatkan stamina.
  3. Muka berseri (Kalau yang ada masalah jerawat pun amat digalakkan guna produk ni)
  4. Melancarkan sistem perkumuhan.
  5. Memperkuatkan sistem Imun.
  6. Berat badan Ideal.
  7. Mengempiskan perut.
  8. Menyeimbangkan Hormon.
  9. 5 deria manusia berfungsi dengan baik.
  10. Risiko untuk mendapat penyakit Kronik adalah kecil.
Hehehhehehhe...banyakkan manfaat daripada produk tu....huhuhuhuhu...Aku berani jamin Produk ni amat berkualiti....Nak tau kerana apa? Ni sebab, produk ni tidak menggunakan sebarang bentuk bahan kimia ianya 100% bahan semulajadi....."Contonhya?" Produk ni diperbuat daripada serbuk Lemon, serat gandum, Serat Oat, Aloe Vera, serbuk epal, Hawthronberry dan Psylium Husk....bermakna produk ni "NO ADDITIVES, NO COLOURING, NO SWEETENER and NO PRESERVATIVES"

"Halal kerrrr????" Yup...produk ni halal dan mendapat sijil halal daripada "Halal Food Council, Malaysia and Asia Region" Nak tau produk tu macam mana??? Bentuk dia....warna dia...Harga dia....hehheehhee... tunggu...(^_^)




Rabu, 29 Ogos 2012

OH!!! FAKTA KOREA!!!



Anyyyeeoonnggg...huhuhhuu masuk mood Korea sikit....huhuhu..mestila bersesuaian dengan tajuk entri aku kali ni...Aku yakin sangat ada dikalangan pembaca di luar sana yang sangat meminati K-pop kan??? (Jangan nak temberang ok....ni ada bukti tau...) Kita sering memuja dan kagum dengan K-pop dan drama air mata seperti Winter Sonata, Boys Over Flower, My Girl dan lain-lain....pasal tu Aku nak kongsi beberapa fakta mengenai negara asal K-pop ni...iaitu KOREA....Mari kita mula....




  1. MAKANAN: Korang nak tau, makanan Korea mempunyai nilai rendah kalori, kurang lemak, kurang manis, dan mempunyai keseimbangan nutrien. Sebahagian besar makanan Korean berasaskan beras, sayur-sayuran, dan daging dengan elemen utama tentunya rasa pedas yang diperolehi dengan mencampur bahan perisa seperti lada hijau, bawang, kicap, pes kacang, bawang putih, bijan, mustard, cuka dan garam. Kimchi, merupakan hidangan Korea yang paling terkenal diperbuat daripada sayur Kobis yang kaya dengan vitamin c dan serat. Selain Kimchi, Korea turut terkenal dengan pulkogi iaitu daging panggang yang diperap dengan perisa seperti, kicap, bawang putih, gula dan minyak bijan. Malah mereka juga amat gemarkan makanan laut, macam sotong dimakan secara mentah dan ianya mudah didapati di pasar basah mahupun restoran yang menyediakan makanan laut.
  2. SUKAN: Taekwondo merupakan sukan kebangsaan Korea Selatan. Seni mempertahankan diri ini merupakan sebahagian daripada asas pembelajaran kanak-kanak di sana. (Kalau di Malaysia...ermmm...tak tau la pulak...)
  3. PENGANGKUTAN: Teksi di Korea diwarnakan mengikut kod tertentu. Teksi putih atau kelabu lebih murah berbanding teksi hitam yang dilengkapi dengan TV dan menjanjikan perkhidmatan mewah. (Owww patutla...kalau dalam drama-drama korea tu banyak aku lihat teksi berwarna-warni...huhuhu)
  4. KEDIAMAN: Rumah tradisional Korea mempunyai atap yang condong ke atas. Rata-rata penduduk Korea kini tinggal di pangsapuri canggih yang dilengkapi dengan robot sebagai pembantu rumah. Percaya atau tidak suhu penghawa dingin mereka dikawal oleh telefon bimbit!!! (Wah!!! canggihnyeeerrr diorang ni.....)
  5. ADAT: Walaupun jauh maju ke hadapan....penduduk Korea masih lagi mempercayai pantang larang tertentu. Mereka percaya jika kasut tidak disembunyikan pada malam pertama tahun baru, sebelah kasut mereka itu berkemungkinan akan hilang kerana diambil hantu. Dan ya, percaya atau tidak, anda tidak akan menemui tingkat 4 di mana-mana bangunan di Korea....(Kenapa yerrkkkk...???)
  6. BAHASA: Tahukah anda...bahawa Korea mempunyai lebih 600 perbezaan perkataan yang digunakan untuk situasi berbeza mengikut usia. Inilah antara sebab bahasa Korea adalah Bahasa paling sukar dipelajari walaupun pada dasarnya bahasa ini mempunyai 24 huruf sahaja. (Huhuhuhuhuhu...susah ker.....???)
Nah...itula serba sedikit mengenai fakta tentang Korea....Percaya atau tidak itu terpulang dengan korang ok....hehehhe...(^______________^) Kamsahamnida!!!!!!

(Fakta dipetik daripada astro view)

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram