Jumaat, 24 Ogos 2012

KEMBALI SUNYI

Hurrrmmm....malam semua...Apa khabar??? Baik kaaaa???? Baik jugak kan....Aku sekarang ni tengah diselubungi dengan atmosfera kesedihan...nak tau sebab apa??? Ni hah...Pasal sebahagian daripada keluarga besar Aku ni dah balik ke tempat kerja masing-masing...huhuhuhu...Rasa macam cepat plak masa berlalu....sekarang ni dah masuk Syawal ke-6...Waaarrrrrr cepatnya....Rumah pada malam pertama Raya bukan main riuh-rendah...sekarang ni dah jadi sunyi balik...(Part ni yang aku tak suka...)

Satu demi satu saudara aku dengan mak cik,pak cik aku beransur pulang....Malam ni pun ada lagi yang nak balik...Esok pagi pun ada jugak...memang aku terasa kesunyian tu....huhuhuhhu...Entah bila lagi kitaorang dapat kumpul macam ni...Raya Haji lama lagi....Entah la...kali ni aku betul-betul rasa sunyi...padahal perkara yang sama juga telah aku lalui dua tiga tahun yang lalu....(Mungkin baru sekarang kot aku betul-betul rsa erti Raya ni...plus dengan Sanak saudara....

Okla...kepada korang yang nak balik ke tempat kerja tu...ingat bila memandu tu berhati-hati...kalau yang naik Bas atau Kapal terbang tu..banyakkan berdoa...agar  perjalanan korang semua selamat...(^_^)

NAK DISEGANI, TAK MAU DISENANGI



Hi korang semua....okla aku terus nak fokus dengan entri aku kali ni...Kalau dahulu manusia hidup dalam permuafakatan...kerjasama...toleransi...hidup disanjungi dan disenangi oleh masyarakat sekeliling...Tapi sekarang ni semua tu sudah berubah...Dunia zaman sekarang ni, menuntut manusia untuk bersaing sesama sendiri untuk Disegani oleh masyarakat sekeliling. "Apasal boleh jadi macam tu???" Zaman sekarang ni...manusia akan dipandang sekiranya mempunyai pengaruh yang kuat serta kekayaan yang bergantang-gantang....Sekarang ni pun kalau nak buat hantaran meminang anak dara orang..Hal yang pertama yang akan dirundingkan mengenai duit Hantaran...kalau kena dengan citarasa keluarga anak dara tersebut..maka tersenyum lebarla mak Pengantin....kan..kan..kan...

Ok...selain dari itu, dunia kini juga menuntut manusia untuk bergerak pantas sepantas jet pejuang..(Tak la sampai macam tu...huhuhuhu) Masa nak tunggu LRT,MONORAEL tau RAPid mahupun bas...persaingan yang dimaksudkan akan dapat dilihat menerusi mata kasar...Manusia berpusu-pusu mengerumuni pintu pengangkutan tersebut tanpa mengira jantina...tua mahupun muda...(Kadang kesian jugak tengok warga emas yang terpaksa berhimpit masa nak naik...) Ini semua berlaku kerana apa???? Kerana perasaan ingin menguasai agar diri disegani...Lantas tidak mau bersimpati kerana tak ingin disenangi....kan..kan..kan..

Amat jelas lagi...fenomena ini bukan hanya berlaku di negara kita Malaysia...malah berlaku juga di negara luar malah Negara yang telah mempunyai Ketamadunan yang tinggi di dunia ini..(Korang tau jugak kan...) Apa???!!! korang tak tau...hurrrmmm...korang masih ingat lagi ka dengan satu insiden yang berlaku di Negara China..mengenai seorang kanak-kanak yang dilanggar lari...tetapi tidak mendapat perhatian daripada masyarakat yang berada di sekitar kawasan kejadian...Itu ka yang dikatakan Negara Bertamadun????!!! Terlalu mengejar kekuasaan monopoli demi memenuhi beberapa aspek untuk diSegani oleh masyarakat Seantero dunia....???? (Korang jawab sendiri..)

Perasaan ingin disegani juga turut kelihatan dalam dunia Ekonomi...Kalau disoroti lembaran Sejarah negara kita suatu ketia dahulu...Penjajah asing yang datang ke Tanah Melayu telah ditanamkan dengan Benih-benih untuk disegani..."BUkti awak????" Konsep 3G amat jelas menerangkan maksud penjajahan barat tersebut...."Apa tu 3G????? Line 3G kerrr???" GOLD,GLORY and GOSPEL... merupakan prinsip yang digunakan oleh penjajah di sesebuah kawasan jajahan agar mereka merasa diri mereka disegani oleh masyarakat dijajah....Berkenaan dengan penguasaan dalam Dunia Ekonomi perkataan GOLD itu sendiri sudah cukup menyatakan motif penjajah dalam dunia Ekonomi...Bermakna,apabila kekayaan sudah digenggami...maka amat senang buat penjajah untuk meletakkan diri mereka jauh lebih Tinggi daripada masyarakat Dunia lantas menjadikan mereka Disegani bukan...??? (Anda jawab....)

Malah dalam dunia moden ini, terdapat juga segelintir masyarakat yang masih lagi berusaha untuk disegani dan melupakan untuk disenangi...Misalnya dalam dunia maya..laman sosial...Para pengguna akaun FB,TWITTER dan sebagainya berusaha untuk meraih perhatian daripada Kawan mahupun pengikut dalam sesebuah Laman sosial tersebut....Pendek kata..ingin menjadi popular lantas disegani...

Ok..sebelum aku mematikan celoteh aku ni....aku buat entri ni sebenarnya sekadar untuk mengingatkan diri aku dan juga kawan-kawan yang lain...agar meletakkan diri kepada paksi untuk disenangi dan bukan untuk disegani...Tapi aku berkata bahawa Disegani itu tidaak baik dan disenangi itu baik...Bagi aku itu menjadi hak masing-masing...terpulang kepada empunya diri untuk memilih....(^_^)


OH NO!!!

Suspen di pagi hari....huhuhuhu...terkejut aku bila dapat tau yang keluarga kakak ipar aku nak bertandang ke rumah hari ni....Yang lagi bikin aku terkezzzuuttt habis ni...bukan setakat sebijik kereta jak yang datang ni....Sampai 4 bijik kereta...Nah dahla stok kuih dah tinggal sikit....terpaksala aku dengan  mak cik-mak cik aku ni masak lauk...terpaksa bersihkan ayam...masak nasi...hahahahhahaaaa.....kelam-kabut kami di buatnya....

Aku sendiri ni plak diri belum terurus lagi...baju belum iron lagi....macam manala nak hadap keluarga kakak ipar aku tu....malu.......(-__-) Ni la yang dikatakan perancangan luar jangkaan....yang di plan cantik,rapi tetiba bertukar menjadi kecoh...huhuhuhu..mak cik aku ni pun dah kepoh-kepoh dah....huhuhuhuhu....


FAKTA MENGENAI BIBIR

Hi korang semua...hari ini aku nak mulakan dunia blog aku dengan beberapa fakta mengenai BIBIR ok...hehehehe...Tentu korang suka kan kalau dapat bibir yang seksi macam Angelina Jolie...kan..kan..kan...Bibir ni merupakan satu aset terpenting bagi manusia...malah menjadi tarikan utama buat yang memerhati diri kita...Huhuhuhuhu...."Fakta dia ni mana....cakapla cepat!!!???" ok-ok....sabar yer....Walaupun korang ada bibir seksi macam Angelina Jolie tu...tapi korang termasuk aku tak kan mampu buat benda-benda ni kan....

1.Anda tidak boleh mencium Hidung anda menggunakan Bibir sendiri
2.Anda tidak boleh mencium Dagu anda menggunakan Bibir sendiri
3Anda tidak boleh mencium Dagu anda menggunakan Bibir sendiri
4.Anda tidak boleh mencium Siku anda menggunakan Bibir sendiri
5.Anda tidak boleh mencium telinga anda menggunakan Bibir sendiri

Hehehehehe....apa macam betul kan...kekekkee "Ko ni...bikin sengal la.....!!!!" huhuhuhu....mestila....Tapi ada jugak benda-benda yang korang selalu buat menggunakan bibir korang ni...macam..

1.Anda boleh mengangkat sebatang Pensel @ Pen menggunakan Bibir sendiri
2.Anda boleh mencium Lutut anda menggunakan Bibir sendiri
3.Anda boleh mengeluarkan kata-kata manis dan pahit menggunakan Bibir sendiri
4.Anda boleh menghisap ibu jari tangan anda menggunakan Bibir sendiri
5.Anda boleh muncung-muncungkan Bibir anda bila nak bergambar menggunakan Bibir sendiri...

Ni semua betulkan....kalau tak betul tu...maknanya anda mempunyai masalah dengan diri anda sendiri..hhhehehehhee...

ok la...Carutan di Pagi hari cukup untuk setakat ini....ok salam...(^_^)

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram