Hi korang semua....okla aku terus nak fokus dengan entri aku kali ni...Kalau dahulu manusia hidup dalam permuafakatan...kerjasama...toleransi...hidup disanjungi dan disenangi oleh masyarakat sekeliling...Tapi sekarang ni semua tu sudah berubah...Dunia zaman sekarang ni, menuntut manusia untuk bersaing sesama sendiri untuk Disegani oleh masyarakat sekeliling. "Apasal boleh jadi macam tu???" Zaman sekarang ni...manusia akan dipandang sekiranya mempunyai pengaruh yang kuat serta kekayaan yang bergantang-gantang....Sekarang ni pun kalau nak buat hantaran meminang anak dara orang..Hal yang pertama yang akan dirundingkan mengenai duit Hantaran...kalau kena dengan citarasa keluarga anak dara tersebut..maka tersenyum lebarla mak Pengantin....kan..kan..kan...
Ok...selain dari itu, dunia kini juga menuntut manusia untuk bergerak pantas sepantas jet pejuang..(Tak la sampai macam tu...huhuhuhu) Masa nak tunggu LRT,MONORAEL tau RAPid mahupun bas...persaingan yang dimaksudkan akan dapat dilihat menerusi mata kasar...Manusia berpusu-pusu mengerumuni pintu pengangkutan tersebut tanpa mengira jantina...tua mahupun muda...(Kadang kesian jugak tengok warga emas yang terpaksa berhimpit masa nak naik...) Ini semua berlaku kerana apa???? Kerana perasaan ingin menguasai agar diri disegani...Lantas tidak mau bersimpati kerana tak ingin disenangi....kan..kan..kan..
Amat jelas lagi...fenomena ini bukan hanya berlaku di negara kita Malaysia...malah berlaku juga di negara luar malah Negara yang telah mempunyai Ketamadunan yang tinggi di dunia ini..(Korang tau jugak kan...) Apa???!!! korang tak tau...hurrrmmm...korang masih ingat lagi ka dengan satu insiden yang berlaku di Negara China..mengenai seorang kanak-kanak yang dilanggar lari...tetapi tidak mendapat perhatian daripada masyarakat yang berada di sekitar kawasan kejadian...Itu ka yang dikatakan Negara Bertamadun????!!! Terlalu mengejar kekuasaan monopoli demi memenuhi beberapa aspek untuk diSegani oleh masyarakat Seantero dunia....???? (Korang jawab sendiri..)
Perasaan ingin disegani juga turut kelihatan dalam dunia Ekonomi...Kalau disoroti lembaran Sejarah negara kita suatu ketia dahulu...Penjajah asing yang datang ke Tanah Melayu telah ditanamkan dengan Benih-benih untuk disegani..."BUkti awak????" Konsep 3G amat jelas menerangkan maksud penjajahan barat tersebut...."Apa tu 3G????? Line 3G kerrr???" GOLD,GLORY and GOSPEL... merupakan prinsip yang digunakan oleh penjajah di sesebuah kawasan jajahan agar mereka merasa diri mereka disegani oleh masyarakat dijajah....Berkenaan dengan penguasaan dalam Dunia Ekonomi perkataan GOLD itu sendiri sudah cukup menyatakan motif penjajah dalam dunia Ekonomi...Bermakna,apabila kekayaan sudah digenggami...maka amat senang buat penjajah untuk meletakkan diri mereka jauh lebih Tinggi daripada masyarakat Dunia lantas menjadikan mereka Disegani bukan...??? (Anda jawab....)
Malah dalam dunia moden ini, terdapat juga segelintir masyarakat yang masih lagi berusaha untuk disegani dan melupakan untuk disenangi...Misalnya dalam dunia maya..laman sosial...Para pengguna akaun FB,TWITTER dan sebagainya berusaha untuk meraih perhatian daripada Kawan mahupun pengikut dalam sesebuah Laman sosial tersebut....Pendek kata..ingin menjadi popular lantas disegani...
Ok..sebelum aku mematikan celoteh aku ni....aku buat entri ni sebenarnya sekadar untuk mengingatkan diri aku dan juga kawan-kawan yang lain...agar meletakkan diri kepada paksi untuk disenangi dan bukan untuk disegani...Tapi aku berkata bahawa Disegani itu tidaak baik dan disenangi itu baik...Bagi aku itu menjadi hak masing-masing...terpulang kepada empunya diri untuk memilih....(^_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan