Isnin, 27 Ogos 2012

UJIAN TERHADAP 3 ORANG HAMBA ALLAH





Ada tiga orang lelaki Bani Israel yang sudah lama menghidap penyakit sopak, botak dan buta. Allah SWT menguji mereka lalu diutusakan seorang malaikat menyerupai manusia. Malaikat itu pun bertemu dengan dengan lelaki pertama, berpenyakit sopak seraya bertanya, “Apakah yang paling engkau idamkan?” Lalu lelaki itu pun berkata, “ Saya suka warna kulit yang cantik dan bersih. Saya suka sekiranya penyakit sopak yang menjijikkan ini sembuh!” Malaikat itu terus menyapu kulit elaki tersebut lalu sembuh serta-merta . Kulitnya yang hodoh berubah menjadi cantik, licin, dan bersih. Malaikat bertanya lagi, “ Apakah harta yang paling kamu suka?” Lelaki itu menjawab, “Unta!” Lalu seekor unta yang sedang bunting diberikan kepadanya. Sebelum beredar, malaikat itu bekata, “Semoga Allah memberkatimu pada unta ini!”

Selepas itu, Malaikat itu bertemu pula dengan lelaki botak lalu bertanya, “Apakah yang paling kamu suka?” Jawabnya, “Rambut yang cantik. Saya juga suka jika masalah rambut jujur ini sembuh!’” Lalu malaikat terus menyapu kulit kepala lelaki itu maka sembuhlah dia dan rambutnya kembali lebat dan cantik. Malaikat bertanya lagi, “Apakah harta yang kami paling sukai?” Lelaki itu pun menjawab “Lembu!” Lalu seekor lembu yang tengah sarat bunting diberikan kepadanya dan malaikat itu  berkata, “ Semoga Allah memberkati kamu pada lembu ini!”

Setelah itu, malaikat bertemu pula dengan lelaki buta dan bertanya, “Apakah yang paling kamu suka?” Jawabnya, “Saya suka sekiranya Allah mengembalikan penglihatan saya dan saya dapat melihat manusia dan alam ini!” Lalu Allah pun mengembalikan penglihatan lelaki tersebut. Malaikat bertanya lagi, “Apakah harta yang paling kamu suka?” Jawabnya, “Kambing!” Lalu dua ekor kambing, yakni kambing jantan dan betina diberikan kepada lelaki tersebut. Kemudian kambing betina tersebut melahirkan anak dan terus membiak.
Lelaki pertama yang sembuh daripada penyakit Sopak mempunyai satu lembah yang dipenuhi oleh unta. Lelaki kedua yang sembuh daripada penyakit botak pula, mempunyai satu lembah yang dipenuhi dengan lembu. Manakala lelaki yang ketiga yakni yang diberikan semula penglihatannya mempunyai satu lembah yang dipenuhi dengan kambing yang tidak terkira banyaknya.

Selepas sekian lama, malaikat yang diutuskan oleh Allah untuk menyembuhkan ketiga-tiga lelaki tersebut menemui semula mereka bertiga. Semasa bertemu dengan lelaki yang pertama, Malaikat itu meyerupai seorang yang berpenyakit Sopak. Lalu berkata malaikat tu, “ Bekalan saya sudah habis bagi meneruskan perjalanan. Saya tiada tempat meminta pertolongan selain Allah untuk sampai ke tampat yang ingin ditujui. Demi Tuhan yang sudah mengurniakan kepada tuan kulit yang cantik dan bersih serta harta, saya perlukan seekor unta!” Lalu lelaki itu pun berkata, “Saya mempunyai banyak tanggungan..saya tidak memiliki harta yang lebih.” Lalu malaikat itu berkata, “Saya rasa, saya kenal kamu. Bukankah kamu dahulu seorang yang menghidap penyakit Sopak dan dipandang kotor oleh orang ramai? Bukankah kamu juga dahulu seorang yang fakir, lalu Allah mengurniakan kamu harta yang banyak, satu lembah Unta!” Lelaki itu menjawab, “Sebenarnya saya mempusakai segala harta ini daripada Ayah dan Datuk saya!” Malaikat berkata lagi, “Apabila kamu berbohong, Allah akan mengembalikan kepada kamu keadaanmu yang asal!”

Kemudian, malaikat itu bertemu pula dengan lelaki kedua yang pernah ditimpa penyakit botak. Malaikat itu menyerupai seorang yang botak. Malaikat itu meminta sebagaimana lelaki yang pertama, seekor lembu. Lelaki kedua ini juga menjawab seperti lelaki pertama malah dia berkata bahawa segala ternakan yang dimilikinya itu adalah hasil warisan nenek moyangnya. Amaran diberikan kepada lelaki itu kerana berbohong!

Seterusnya, Malaikat menemui lelaki ketiga lalu menyerupai seorang yang buta. Malaikat itu berkata, “Saya ini miskin dan dalam perjalanan. Demi Tuhan yang sudah mengembalikan penglihatan tuan, saya perlukan seekor kambing!” Lalu lelaki ketiga itu berkata, “Benar dahulu saya seorang yang buta, lalu Allah menyembuhkan saya. Terpulanglah kepada tuan hamba, ambillah sebanyak mana yang tuan hamba mahu. Demi Allah, saya tidak akan menuntut semula apa yang kamu ambil pada hari ini. Saya lakukan ini semata-mata kerana Allah!”

Lalu malaikat pun berkata, “Jagalah hartamu dan segaka ternakanmu ini. Sebenarnya, kamu semua diuji oleh Allah dengan segala nikmat dunia dan harta benda. Sesungguhnya Allah meredhai kamu jika kamu redha dengan Allah. Sebaliknya Allah amat murka dan melaknat kepada kedua-dua orang sahabatmu itu kerana tidak bersyukur dengann nikmat Allah….” 

Semoga cerita ini...boleh menjadikan kita sebagai Hamba yang sentiasa mengingati nikmat Allah...
(^_^)

2 ulasan:

  1. BAIK NI,,SEBAGAI RENUNGAN MANUSIA YANG MENGEJAR KEMEWAHAN NI..GOOD JOB :)

    BalasPadam
  2. follow blog ne..selamat berblogging bro :)

    BalasPadam

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram