Huuuuhhaaiiii semua….Tiba-tiba
bila terjaga dari tidur ni, aku terfikir pasal benda-benda yang pernah aku
dengan kawan-kawan aku buat masa Sem lepas hari tu. Biasala kalau masih lagi
bergelar pelajar..benda-benda macam buat Assignment, Lawatan, Presentation dan
Laporan memang menjadi asset wajib kalau nak dapatkan segulung
Ijazah….(hehhehehe..mula la aku dengan Falsafah sendiri…)
OKla…aku nak tunjukkan dengan
korang semua Laporan yang aku dengan kawan-kawan aku telah sediakan masa sesi
Lawatan dekat MUZIUM NEGERI SABAH….
“Wah!!! Cepatla…teruja aku nak dengarnya….” Korang baca ok…
LAPORAN LAWATAN KE MUZIUM NEGERI SABAH
Lawatan ke muzium ini dilakukan
bagi memenuhi salah satu daripada aspek penilaian yang telah ditetapkan bagi
para pelajar bagi program HA24 Sejarah yang mengikuti kursus Sejarah Sabah dan
Sarawak (1841-1963).
Lawatan ini disertai seramai oleh
pelajar tahun satu serta pelajar daripada tahun dua dan tiga. Rombongan lawatan
ini diiringi dengan dua orang tutor bagi subjek Sejarah Sabah dan Sarawak.
Setibanya di tempat lawatan pertama kami iaitu di Muzium Negeri, para pelajar
diminta untuk berkumpul di ruang legar Muzium Negeri untuk mendengar sedikit
taklimat ringkas daripada tutor yang disampaikan oleh En. Amrullah. Setelah
itu, para pelajar diminta untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada lima
ahli kesemuanya. Ini bertujuan bagi memudahkan para pelajar menjalankan
aktiviti untuk mencari bahan untuk dimuatkan ke
dalam laporan kelak.
Tempat pertama yang kami lawati ialah ke
kawasan Kampung Warisan. Untuk sampai ke tempat tersebut, kami terpaksa melalui
sebuah jambatan gantung. Setibanya kami di Kawasan perkampungan tersebut, kami
dapati terdapat beberapa pondok kecil yang dipanggil “Sulap” dengan pelbagai
fungsi gunaannya. Misalnya, Sulap Tukang Besi yang berfungsi untuk menghasilkan
peralatan yang diperbuat daripada besi. Menurut penerangan yang terdapat pada
papan notis, kaum lelaki yang mempunyai kemahiran dalam menghasilkan parang dan
pisau kecil yang menjadi alat penting dalam kehidupan mereka. Mereka membuat
peralatan tersebut dengan tujuan untuk kegunaan diri sendiri, di samping itu
bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat.
Selain itu, terdapat juga sebuah pondok
kecil “Sulap” yang berfungsi sebagai tempat pemprosesan garam. Menurut
keterangan daripada papan info, proses pemprosesan garam tersebut dilakukan
secara berperingkat-peringkat. Peringkat pertama, mengambil punca garam seperti
daripada air laut, seterusnya proses menyahkan air bagi mendapatkan butiran
garam dan yang terakhir proses pengeringan garam.
Di kawasan perkampungan warisan tersebut
juga terdapat beberapa buah rumah yang mewakili suku kaum yang terkenal di
Sabah. Antaranya rumah Bisaya, rumah Cina, rumah Murut, rumah Brunei, rumah
Kadazandusun. Menurut pemerhatian kami, kesemua rumah-rumah tersebut kelihatan
agak unik malah yang menarik minat kami untuk meneroka bahagian dalam rumah
tersebut kerana ciri binaannya yang masih kukuh walaupun telah kelihatan usang.
Terdapat juga rumah yang masih menyimpan peralatan untuk kegunaan isi rumah
seperti kerusi, meja, pinggan, dapur untuk memasak dan peralatan untuk bercucuk
tanam.
Setelah selesai melawat kawasan
perkampungan warisan, perjalanan lawatan kami diteruskan dengan melawat ke
Muzium Negeri Sabah. Setibanya kami di hadapan pintu masuk ke Galeri Muzium,
kami sekali lagi diberikan sedikit taklimat ringkas mengenai tatacara semasa
berada di dalam galeri. Taklimat tersebut disampaikan oleh salah seorang kakitangan
muzium yang bertugas ketika itu. Antara tatacara yang perlu kami patuhi
sepanjang berada di dalam galeri tersebut, kami tidak dibenarkan mengambil
gambar bahan pameran dan tidak boleh menyentuh bahan pameran yang tidak
ditutupi dengan kaca.
Sepanjang lawatan kami di Muzium Negeri
tersebut, kami tertarik dengan satu bentuk upacara tradisional yang diamalkan
oleh masyarakat Kadazandusun (Keningau). Upacara yang dipanggil sebagai
Mensilua yang berkait rapat dengan aktiviti pemotongan kepala, justeru itu pada
suatu ketika dahulu Sabah pernah diberikan gelaran ‘The Head Hunter’.
Selain itu, terdapat juga beberapa bentuk
peralatan yang turut dipamerkan. Misalnya, Bilong yang merupakan sebuah gelang
yang digunakan di pangkal lengan. Gelang tersebut diperbuat daripada sejenis
kayu, yang berfungsi sebagai perhiasan diri seorang pahlawan Murut disamping
berfungsi sebagai pelindung lengan. Papakol merupakan sejenis alat pelindung
yang digunakan di bahagian pangkal betis. Papakol tersebut diperbuat daripada
sejenis palma yang dianyam. Selain daripada perhiasan diri pahlawan Murut,
Papakol ini juga dipercayai sebagai azimat yang dapat membantu apabila
seseorang itu berada di dalam hutan. Peralatan yang terakhir yang turut mencuri
perhatian kami ialah Mandou. Mandou merupakan sebilah pedang yang sering
dikaitkan dengan kegiatan pemotongan kepala musuh dalam medan pertempuran.
Perlakuan memotong kepala musuh ini adalah sebagai tanda kegagahan seseorang
pahlawan.
Lawatan tersebut berakhir pada pukul
3.30 petang. Sebelum menaiki bas, para pelajar dikehendaki mengisi kehadiran
pada borang kehadiran yang telah disediakan.
*Hehehe korang semua..gambar-gambar yang terdapat dalam entri ni adalah
gambar masa kami melawat satu tempat dalam Muzium tu yang dinamakan Kampung
Warisan…Gambar masa kami dalam Galeri Muzium saya tak dapat tunjukkan sebab
untuk MEMELIHARA HAK WARISAN…(Takut kang kena kompaun…huhuhu)
Benda pertama yang aku tertarik ni.... |
Liku-like yang perlu dilalui... |
jenis barangan dapur yang terdapat di dalam sebuah replika rumah Brunei |
Jenis barangan dapur yang terdapat di dalam replika rumah Cina |
Bertanya dengan penjaga rumah Brunei...(hehhehe..) |
Bentuk pelamin Suku kaum Bajau... |
sesi santai... |
Wah!!! Anak siapa la ni...(kekkeke) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan