Rabu, 5 Disember 2018

Sabah Bumi Bertuah



Diusiaku yang ke-27 tahun ini, aku merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuhan yang sentiasa memelihara diriku, kedua orang tuaku, keluargaku dalam pelukan rahmat yang tidak pernah putus-putus. Dilahirkan di atas bumi bertuah ini, tanahnya yang subur,  udaranya segar, airnya nyaman dan penghuninya yang ramah tidak sekali pernah membuatkan aku rasa kurang dan bosan selama masih bernafas di bumi bertuah ini.

    Sinonim dengan julukan nama yang diberikan “Negeri dibawah Bayu”, pasti menyejukkan setiap mata yang datang bertandang ke tanah bertuahku ini. Pelbagai etnik, warna kulit, loghat bicara namun tetap teguh bersatu menjalani hidup di bawah bumbung awan yang sama, berlantaikan tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama.

    Di bumi bertuah ini, aku tidak perlu merasa terkejar-kejar akan tuntuan masa, aku tidak perlu mengemis demi sesuap nasi, aku tidak perlu bermegah dengan bangunan pencakar langit yang sementara sifatnya kerana berjasadkan konkrit semata-semata. Aku bermegah dengan warna budayanya yang tidak pernah binasa dirogol oleh budaya asing, aku bermegah dengan kekayaan hasil bumi sejak berkurun lamanya tumbuh mekar dan menjalar dibumi bertuahku ini. 

      Pasti ada yang jatuh hati bila berkunjung ke bumi bertuah ini, kerana terpikat dengan budayanya, tertarik dengan keindahan alamnya, terpesona dengan kecantikan penghuninya. “Pastiku datang kembali”, sering terungkap dari bibir berbicara bila terpaksa melangkah pulang ke tempat asal. Datanglah, kerana bumi bertuah ini tidak pernah jemu untuk menerima tetamu, tidak pernah bosan untuk berkongsi budaya, tidak pernah ragu-ragu untuk disunting menjadi tempat teristimewa didalam hati.

       Aku bertuah, dilahirkan, dibesarkan dan menghabiskan sisa hidupku di bumi bertuah ini. Sabah Bumi Bertuah.







Selasa, 4 Disember 2018

Hari Aids Sedunia



Pertubuhan Kesihatan Sedunia, World Health Organisation (WHO) telah menetapkan 1  disember setiap tahun sebagai Hari Aids Sedunia. Bila bercakap mengenai HIV/ AIDS pasti minda kita masih lagi terarah kepada titik  fokus negatif semata-mata. Secara peribadinya, saya sangat sedih dan terpanggil untuk memperbetulkan minda anda yang masih lagi sempit mengenai virus tersebut.

   
    Baiklah, entry saya buat kali ini bukan untuk memperjelaskan dengan panjang lebar mengenai virus tersebut. Ini kerana, anda sendiri boleh mencari maklumat mengenainya melalui platform yang benar seperti Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Badan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Aids Malaysia, Malaysia Aids Council (MAC) dan yang lain.(Pastikan anda melakukan pencarian menggunakan saluran yang benar, jadilah pengguna laman sesawang yg bijak). Tema sambutan Hari Aids Bagi tahun 2018 yang telah diuar-uarkan oleh pihak KKM ialah “Ketahui Status, Dapatkan Rawatan”

   Pihak KKM, NGO dan MAC khususnya telah banyak mengadakan program yang bersifat ilmiah bagi memperbetulkan minda masyarakat Malaysia mengenai HIV/AIDS. Seperti di negeri kelahiran saya sendiri Sabah, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah baru-baru ini telah menganjurkan sebuah Kem yang diberi nama KEM KELESTARIAN KOMUNITI SIFAT HIV (KKIWANTSIHAT) bertempat di sebuah kem latihan yang sangat cantik iaitu Permai D’Valley, Kg Ratau, Tebobon Kota Kinabalu. Kem tersebut telah diadakan selama 3 hari 2 malam, dan yang paling best semua kos penginapan,makan dan minum ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur. 
   
    Saya sendiri tidak melepaskan peluang untuk menyertai Kem tersebut, dengan niat ingin menambah ilmu pengetahuan mengenai HIV/ AIDS, dan yang penting dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru. Konsep yang digarapkan didalam Kem tersebut sangatlah santai, berilmiah dan kami dilatih untuk menjadi tulang belakang kepada pihak KKM untuk menyebarluaskan maklumat yang tepat mengenai virus tersebut serta menjadi squat yang dapat membantu mencapai hasrat murni semua pihak untuk mencapai Sifat Stigma dan Diskriminasi (Getting to Zero) dengan cara menyampaikan maklumat tepat dan mutakhir kepada orang awam sebalik pulang daripada kem tersebut.

        Jadi saya ingin kongsikan beberapa gambar yang saya peroleh daripada pihak penganjur dan rakan- rakan yang menyertai kem tersebut;
Ice breaking

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

















LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram