Rabu, 15 Ogos 2012

NAK JADI MENARIK DI AIDILFITRI???


Hai semua....apa khabar???? sihak ka jugak??? harap korang semua sihat la yerrr....Apa macam dengan persiapan menyambut lebaran ni??? Baju raya dah ada???? Kuih dah cukup stok???? apa menu yang korang rancang untuk hidangan tetamu nanti????? (Mesti dah nak complete kan....Aku harap begitulah....) Ok..kita berfokus dengan tajuk entri aku ni...Sejak kebelakangan ni...aku selalu menerima panggilan...sms dari kawan-kawan aku...tanya macam mana nak nampak cantik di pagi raya nanti...Hurmmmmm...aku pun bagila cadangan....(Ini pun mengikut apa yang aku amalkan selama ni..) 

First berkenaan dengan baju raya.....kebanyakkan daripada korang mesti dah tetapkan tema untuk raya tahun ni kan...???? ada yang nak warna Merah,Kuning kUNYIT...Hijau Pucuk Pisang...Cokelat Almond London..."hah Aku plak BABY PINK ok....." huhuhuhuhu....tak kesahla warna apa yang korang pilih tu...janji bersesuaian dengan penampilan anda...tapi bagi yang berjiwa remaja macam aku ni kan....aku sangat galakkan korang pilih warna lembut dan bukan yang terlalu terang (10 batu lagi orang dah boleh cam korang....hahahahahhaha) "Warna lembut macam mana????" ni macam....Biru aqua...Pink senada...Violet....Hijau daun...(pokoknya semua warna yang buatkan mata orang yang menatapnya sejuk saja...) Apa macam boleh?????

"Kuih raya plak????" Bagi aku...itu terpulang dengan korang..asalkan kuih tradisi tidak 
dilupakan atau tak dihidangkan....Kuih kontemporari juga kena ada..baru ada nampak pembaharuan kan..kan..kan....Sebab kuih kontemporari macam Almond London, Jintan Susu, Apricot Biscuit...memang menjadi pilihan anak-anak muda zaman sekarang.....Snack ringan juga kalau korang suka...boleh jugak dihidangkan....




Ermmm....menu plak...korang kenala tau citarasa keluarga korang dulu..baru ambik tau pasal citarasa orang lain....misalnya dalam keluarga 
aku ni...famili aku suka menu Ayam Masak Merah...Rendang Tok...dan juga Ayam Masak Likuk (Masak Lengkuas....wajib ada ni...) Lepas tu baru sediakan menu kegemaran tetamu korang..macam kawan korang...Pakwe atau makwe korang...(Hahahahha....aku nasib baik masih bujang...tak yah sibuk nak sediakan masakan Makwe aku...hihihihi..)

Laman Rumah pulak...macam biasa...kenala ada Pelita...itu yang asas sebelum pasang hiasan rumah yang lain...macam Ketupat...Lampu liplap-liplap...Dekorasi Perabot dan sebagainya....




Ini adalah sebahagian daripada pengalaman aku dalam membuat persediaan raya...dan alhamdulillah semua famili aku gembira dengan apa yang aku sediakan untuk mereka...Jadi kalau korang dah dapat sedikit idea daripada cadangan aku ni untuk tampil cantik di pagi raya...apa lagi mulakan gerakan Transformasi anda...Tapi ingat kena berpadah-padah..dan elakkan pembaziran ok...salam..(^_^)

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram