Khamis, 9 Ogos 2012

HARI TAK SELALUNYA CERAH

kadang-kadang apa yang kita idamkan atau yang kita impikan dalam hidup ni tak semestinya kita perolehi...Malah kita juga perlu ingat bahawa setiap kegembiraan yang kita dapat tidak akan kekal selamanya.....(huhuhuhu jadi emosional sikit malam ni...) Sedih..gembira...nangis dan tawa...turun dan naik merupakan lumrah hidup kita sebagai seorang manusia.....

Aku rasa sakit hati bila mendengar atau terbaca mahupun terlihat sesetengah masyarakat di sekelilingku yang selalu mengeluh...mengadu tentang masalah mereka....tak kisahla dengan menggunakan media saluran apa sekalipun.....Ni ada lagi yang duk siap menyalahkan Takdir...malah ada yang lebih dahsyat sanggup membelakangi Tuhan kerana beranggapan bahawa...Tuhan tidak berlaku adil ke atas dirinya....(Aku pun pernah juga buat macam tu...tapi aku segera sedar....dan memohon ampun dari-Nya...) Aku amat mempercayai dengan sebuah istilah ni......"Hidup ini ibarat roda.....kadang kita di atas...kadang kita di bawah..." Benar dan amat yakin dengan mesej yang cuba di sampaikan dalam ungkapan tu....Sebagai manusia ni....kita kenala mempercayai ketentuan Takdir yang telah dicatatkan oleh Tuhan...Bagi yang beragama Islam pula, kita dah diwajibkan untuk akur dengan salah satu daripada Rukun Iman...iaitu 'Beriman kepada Qada' dan Qadar ALLAH SWT'.



Berbalik semula dengan diri aku ni, selama ni aku sering berhadapan dengan pelbagai Dugaan....dan tidak kurang juga aku pernah peroleh kegembiraan....Sewaktu gembira....aku sering terlupa untuk mengucapkan syukur Kepada Allah...dan bila berduka baru aku sujud merintih sayu kepada-Nya...aku memang manusia yang penuh dengan dosa...tapi setiap hari aku berusaha untuk memohon ampun kepada Allah menerusi doa ku yang tidak seberapa...



Pesanan buat saya kepada sidang pembaca...jangan cepat berbangga dengan kejayaan dunia yang tidak seberapa....tapi berbanggala dengan usaha untuk mendekatkan diri kepada sang Pencipta di alam yang kekal di Sana...(Syurga).













Layan Lagu ni...


Insya-ALLAH ada jalannya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram