Khamis, 11 Oktober 2012

PEMBENTANGAN...MEMBACA...BERCERITA...

Huuuhhaaiiiii semua....Apa khabar? Sihat? Harap la korang semua sihat hendaknya...Fuh dah lama jugak aku tak buat entri dekat blog aku ni...dah naik suram aku tengok...okla, kali ni aku nak kongsi dengan korang semua tentang pendapat dan juga pandangan aku dalam mengkelasifikasikan individu yang dipanggil MEMBENTANG, MEMBACA, DAN BERCERITA...Aku yakin sangat, bila kita berada dalam dunia akademik, kita tidak akan terlepas dengan tugasan sama ada secara bertulis mahupun secara lisan. Fokus kepada entri ini ialah kepada tugasan secara LISAN.

Bila bercakap mengenai LISAN sudah tentu kita akan terbayang tentang percakapan bukan? Jadi, untuk dipendekkan cerita, tugasan secara LISAN ini ialah satu bentuk tugasan yang memerlukan diri kita untuk bercakap atau senang kata, tugasan pembentang. Bila kita ditugaskan untuk membentang sesuatu tugasan yang diberikan, sudah tentu kita merasa gugup dan takut untuk berdiri dan bercakap di hadapan orang ramai bukan? Aku juga pernah menghadapi perkara yang sama...dan alhamdulillah aku dapat mengatasi perasaan gugup tersebut dengan baik.

Semasa sesi pembentangan, kita diminta membentang sesuatu tugasan yang telah diberikan, namun amat mendukacitakan bila sesi pembentangan...individu yang membentang tersebut tidak melaksanakan tugasnya dengan baik. Dalam  konteks ini, ada segelintir individu semasa membentang tidak menunjukkan ciri-ciri yang dia sedang membentang. Sebaliknya, hanya membaca...(Ingat apa??? Sesi membaca berita ka????) Sekiranya ada membuat perkara sedemikian, saya nasihatkan di sini agar anda mengubah tindakan anda tersebut. Bukan apa, tindakan anda itu hanya akan membuatkan para pendengar cepat bosan sehinggakan ada yang tidak dapat menumpukan kepada pembacaan anda...Akhirnya, sesi pembentangan anda menjadi melankolik, suram dan muram tidak bermaya....Sekaligus akan menjejaskan markah penilaian pembantangan anda.

Lantas, bagaimanakah cara untuk menjadi seorang pembantang yang baik? Apabila bercakap mengenai pembantang yang baik, ini bermakna semasa sesi pembentangan "Si Pembentang" mampu bercakap tanpa melihat skrip mahupun "Handout" yang diedarkan kepada pembaca... Malah, "Si Pembentang" mampu menangkap jiwa pendengar untuk mendengar pembantangan yang sedang dilakukan... Bagaimana? Dengan menggunakan bahasa yang dekat dengan pendengar serta menggunakan "Bahasa Tubuh" yang baik serta intonasi suara yang bersesuaian. Malah pembentang yang baik juga, ialah individu yang bijak untuk bermain dengan isu-isu semasa dan mampu menjawab serta memenuhi kehendak soalan yang dikemukan oleh pendengar semasa sesi soal jawab bergantung kepada tajuk yang dibentangkan.

Bagaimana pula dengan Bercerita? Adakah dengan menggunakan kaedah bercerita itu relevan semasa sesi pembentangan? Bagi saya amat bagus dan sangat relevan! Ini kerana, dengan cara itu pendengar akan lebih memahami sesuatu tajuk yang sedang dibentangkan. Namun ditekankan di sini, bercerita hanya merujuk kepada apa sahaja yang berkaitan dengan apa yang hendak disampaikan dan bukannya melalut tak tentu hala.

Amat jelas bukan untuk menjadi seorang pembentang yang baik...Anda hanya perlu yakin dengan setiap perincian kata semasa sesi pembentangan. Perkara ini dapat membantu anda dan para pendengar untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan disamping membentuk kemahiran Insaniah yang unggul. Sekiranya anda berhadapan dengan kekeliruan atau kekaburan terhadap sesuatu perkara semasa sesi pembentangan...Jangan risau, kerana anda boleh menanyakan pendapat atau pandangan daripada para pendengar terhadap masalah anda tersebut semasa sesi soal jawab. Justeru, akan wujud interaksi dua hala di antara pembentang dengan pendengar yang mana, situasi tersebut mampu menghidupkan lagi suasana semasa sesi pembentangan.

Selamat Mencuba!






Rabu, 10 Oktober 2012

AKU DIZALIMI (-_-)



Amat benar kata mak aku...bila kita berjauhan daripada keluarga tercinta, baru kita akan menghargai mereka sewaktu masih masih di sisi mereka... Jauh daripada keluarga telah mengajar aku agar tabah mengharungi cabaran tanpa mengenal erti putus asa...Bermulanya semester baru, makin banyak cabaran yang aku kena lalui...berhadapan dengan situasi baru...atmosfera baru...rakan baru...tugasan baru dan juga musuh baru...

Sinonim dengan tajuk entri aku kali ni, aku terasa amat dizalimi oleh individu-individu yang hanya ingin mengeksploitasi diriku yang kerdil serta cetek ilmunya ini....Terasa amat terbeban dengan tanggungjawab yang terpaksa kau tanggung sendiri...Bila aku sibuk bersengkang mata, mencari idea, menyiapkan tugasan berkumpulan....Mereka sibuk bersuka-ria...menginjak-injak diriku di atas kegembiraan mereka....Lantaran aku terpaksa mengusung bebanan tanpa dibantu...Tidak kurang juga buat mereka, yang telah banyak menabur janji-janji manis...semata-mata ingin menyenangkan hatiku...bila aku dirundum kegelisahan...kerumitan....Namun diakhir permainan mereka itu, hanya akan meninggalkan luka yang teramat perit...Setiap pengorbananku, hanya mampu meraih pujian enteng...hanya mampu dibalas dengan senyuman sinis...hanya mampu ku raih dengan tangis....tangis kecewa dengan sikap mereka....

Amat benar, untuk menampakkan bahawa diri ini tidak lemah...terpaksa ku mereka muka gembira....menyorok duka...menghapus gelisah...menyimpan seribu rasa kecewa...disebalik senyum dan wajah ceria...Teman terdahulu sudah berpaling..tak ingin lagi bersamaku untuk menyelami keperitan ini...Teman baru pula...terlihat bagaikan dibebani dengan derita ini...Sudah cukup! Aku tidak sanggup menjadi diriku di tika ini...Tidak sama sekali menggambarkan diriku yang sebenar...

Betapaku berharap agar semua masalah ini lekas sirna dari hidupku...Aku ingin kembali seperti yang dulu...bisa hidup dengan tenang...bisa berfikir dengan waras..bisa bergerak bebas...tanpa dibatasi dengan duka...tangis...dan suram...




LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Purple Heart - Link Select
Purple Heart Set Pointer



Instagram